Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Saturday, December 31, 2011

NASI AIR @ NASI SUP

Hari ini merupakan hari terakhir di tahun 2011, selamat datang 2012. Dah petang2 baru nak mengn3, ini pun sebab nak menghabiskan edisi n3 tertunggak, jom lah layan nasi air atau nasi sup kesukaan semua kat rumah ni :~


NASI AIR @ NASI SUP
resipi : embunrosaliza

Bahan2 untuk Nasi :~
3 cawan beras
9 cawan air
Masak nasi seperti biasa menggunakkan rice cooker.


Untuk Sup
500 gram daging  ( akk rebus dalam kuantiti yang banyak untuk cepat empuk dan simpan air rebusan, senang sikit nak masak)
5 ulas bawang merah - di hiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - di ketuk
1paket sup bunjut ( sekali ngan rempah 4 sekawan )
2 kiub ayam
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


1. Panaskan minyak , tumiskan rempah 4 sekawan, bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Masukkan air rebusan daging, dan juga hirisan daging  dan juga air ( tak kira sebanyak mana kita nak kuah )
3. Masukkan sup bunjut dan kiub ayam, masak dengan api sederhana, ( akk renih dalam sejam juga walaupun daging dah rebus)
4. Perasakan dengan garam secukup rasa,


Sambal Kicap
5 biji cili padi
1 ulas bawang putih
secubit gula
kicap secukupnya
~ tumbuk cili, bawang putih dan gula. Letak dalam mangkuk, masukkan kicap manis secukupnya.


~ Ikan bilis di goreng garing
~ bawang goreng
~ telur Masin  ~ di rebus.


selamat menyambut tahun baru 2012

2 comments:

Selamat pagi dan selamat tahun baru buat rosa dn keluarga..
 
assalam rosa..akak pun suka jugak makan nasi dengan sup aje..anak2 pun suka..cuma nak kena tambah dengan sambal kicap je.bagi pedas
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...