Thursday, December 8, 2011

TELOR MASAK KICAP LADA HITAM

Assalammualaikum buat semua, masa memula tun dok tayang telor kicap lada hitam ni, terus akk terguda. Kat rumah ni menu telur tu memang wajib, tak ada telur bermakna makan nasi tak kenyang la bebudak ni. Terima kasih buat kak Ummi yg berkongsi resipi, akk c n p rumah Tun




TELOR MASAK KICAP LADA HITAM
Resepi: Kak Ummi @ HSH
Cn P : Tun @ life is a constant battle
Bahan:-
  • 3 biji telor
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
  • 2 cm halia - dihiris halus btg mancis
  • 1/4 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 - 4 sudu besar kicap pekat ABC
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 - 2 sudu besar kicap masin
  • 1/2 biji lada benggala hijau - hiris memanjang - xde, tun letak cili merah n cili padi
  • 1/2 biji lada benggala merah - hiris memanjang - xde jugak
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • sedikit garam (jka perlu)
  • sedikit air
  • minyak utk menumis
Cara-Cara:-
  1. Goreng dulu telor sebiji-sebiji berasingan (telor mata). Ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, kicap masin, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambah garam jika perlu.
  4. Masak hingga mendidih dan masukkan telor yang digoreng tadi.
  5. Masukkan lada benggala dan diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana hingga kuah menyerap dan sedikit pekat. (lada benggala n tomato jgn dibiar layu sangat)
  6. Tutup api dan hidangkan.
Akk tambah carrot n sedikit taugeh, nak ngabiskan, anak2 mmg tak makan, bab sayurnya mak je lah yg mkn

15 comments:

salam kak rosa..lama x singgah sini, mcm sedap jer..anak2 mesti sukakannya..dah nama pun telurkan... :))
 
Kak Liza, geramnya tengok taugeh dia... segar bugar gitu..:)
 
Kak Rosa,kira 2in1 lah kan,da tauge sebagai sayur,xyah msk sayur dah,hehe..Simple2 gini mmg sedap..Sy kalo mls sgt n hb xblk mkn,goreng telur n mkn ngan kicap pon dah ok,hehe..
 
sama la kak kat rumah saya pun kena ada telor
 
salam kak rosa....lauk yg simple tp bessstttt...xyah masak lauk lain dah...hihihihi
 
Emm simple dan menyelerakan..budak2 memang minat lauk yg camni..licin jer pinggan..
 
ade tauge ke 2?bebudak ni msti ambik telur ngn kuah je kan hi3
 
sedap ni...suka gak msk gini..simple dan menyelerakan:)
 
Kitorg pn ada gak menu telur ni tp guna telur ayam kampung.
 
dah ambik resepi telur ni utk hdngan t/hari...cuma Mp tak letak bnyak sayur.....licinnnnn anak2 makan..tak payah buat lauk lain...thnks...smple tapi mnyelerakan...
 
makan ke bebudak kat umah tu ada lada itam bagai ni..pepon telur mata tetap menjadi pujaan hati hehehe
 
Assalam Rosa,
kalau tengok lauk begini kira dah lengkaplah, sebab dah siap bertaugeh lagi tu...sedap makan dengan nasi panas time perut kosong nih!
 
assalam rosa..he he..akak memang tergelak dibuatnya..
tak de tekur makan tak kenyang..dirumah akak ni bukan anak je..suami pun sama..hari2 goreng telur..ada untuk ada..ada lah dia punya
sampaikan goreng sendiri dah
 
salam kak rosa ^^ mmg sedap telur kicap masak camnih.. mkn ngan nasi panas, kalau tun, mmg xyah lauk lain dah..
 
jap agy wana nk cuba buatlah terliur laaa plk..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...