Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 26, 2012

BEGEDIL DAGING BURGER

Selamat petang buat semua, suatu hari tu, teringin sangat nak makan begedil, daging kisar mmg tak ada kat rumah, jarang sangat beli. daging burger memang ada. Mula2 tu ingat nak main hentam je, tapi rajin pulak mengoogle cari kut2 ada yg pernah buat. Rupa2nya memang begedil daging burger ni sudah popular dan ramai yg mencubanya. Masa google2 tu akk buka dapur izah muffin lover. Terima kasih buat izah yg telah mengongsikan resipi ini. Akk panjangkan resipi ke dapur Embunrosaliza pulak







RESEPI BEGEDIL DAGING BERGER
resepi: Zack 
c n p : Izah
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

16-18 biji kecil atau bergantung pada saiz

Bahan:
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger
Daun sup/daun bawang dicincang- optional
1/sb - 1sb tepung jagung

1 biji telur, dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Basuh dan buang kulit kentang.

2. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.

3. Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat (ketika kentang masih panas).

4. Bila kentang agak suam, masukkan daging burger (defrost dahulu) dan daun sup/daun bawang (jika guna) dan gaul sebati. Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng. Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2sb tepung jagung.

4. Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.

5. Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali (untuk mengelakkan begedil hancur).

6. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.

7. Angkat dan toskan atas paper towel.

Anak2 semua suka, mula tu ingatkan diorang tak mkn huhu. mkn gitu je, mcm mkn kuih muih hehe

amani suka sangat

Monday, June 25, 2012

AYAM MASAK PADANG

Selamat pagi Isnin buat semua. Hari tu 18.6, tgk mamahawa ada tayangan  ayam masak padang, sambil2 dok hafal resipi terus akk ke dapur siapkan juadah lunch hari ini. Siap masak2 n snap pic  terus akk berlari2 anak ( bawa amani sekali ) ke singapore untuk  cnp resipi di blog mamahawa tapi sayang seribu kali sayang ,bila nk copy tu x dpt la pulak ,rupa2nya mama dah bagi perlindungan sepenuhnya pada resipi dia, ok tak apa. Kita teruskan  larian  lg,   akk ke penang umah linapg  copy n paste resipi dari situ ....fuhhhhhh penat rasa dalam cuaca yg panas mcm ni . Terima kasih pada DJ @ Dapurku Sayang. Rasa ayam masak padang ni mcm ala2 tumis nasi kerabu, 




AYAM MASAK PADANG
Resipi : Dapurku sayang @ dayangjack
cnp : Linapg
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan rendah lemak
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar :
  • 4 tangkai cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • sedikit kunyit hidup
  • 10 biji cili api
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak (boleh tambah air jika perlu).

Sedap lauk ni, cuma akk lebihkan kuah sikit, anak2 mmg suka berkuah. TQ ya DJ

Sunday, June 24, 2012

SELAMAT HARI LAHIR NUR SYAZA AFIQAH

Assalamualikum dab selamat petang buat semua. Hari ini 24.6.2012 genaplah Nur Syaza Afiqah 11 tahun. Semalam dia ke Ipoh untuk perlawanan Hoki terbuka remaja bawah 12 tahun, nasib tak menyebelahi dia menang 2 perlawanan kalah 2 perlawanan...habis. Pada sebelah malam pulak ada pertandingan gelecek bola hoki, alhamdulillah pasukkan dia mendapat tempat kedua, ada juga hadia yg dapat .


Sekarang dia dalam perjalanan pulang dari Ipoh, sekejap lagi sampai lah tu. Tadi gembira sangat dia bila Cikgu hokinya ( cikgu Hasnizia ) yang baik hati telah membuat suprise utk besday dia, terus dia sms akk bagitau kegembiraannya heheh.


Selamat hari lahir Eqa,semoga Eqa berjaya hidup di duani  dunia dan akhirat . Serta menjadi anak yg soleh , berjaya dalam semua apa yg eqa ceburi samaada pelajaran mahupun hoki kesukaan Eqa . Semua gambar semalam :~
 suka ambil gambar buat mulut kembOOng mcm tu


Majlis Bandaraya Ipoh...

Rasanya ini adalah kenangan paling indah bila cikgu dia suprise kan kek besday ini, dia mmg tak tahu langsung akan ada kek untuk dia. Potong kek masa dok homestay Ipoh. Terima kasih cikgu. Tq juga pada Wana, akk cilok gambar ni dari FB wana, terima kasih

Thursday, June 21, 2012

KEK COKLAT DAN KEK KASTARD PANDAN



Salam ceria buat semua. Kek coklat ni AYUNALISA yg buat untuk besday anak buahnya Athirah, tq ateh yg telah menyeposerkan kek buat kak yang. Kami potong2 kek ni kar CH 5.5.12 lagiii


Kek Coklat Lembap
by:http://ayunalisa.blogspot.com
copi from: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan -hasue guna cawan 200ml
3/4 cawan gula pasir*
1 cawan serbuk koko*
1 cawan susu sejat*
1 cawan susu pekat*
1 cawan minyak masak*
1/2 sudu teh serbuk nescafe*
1 sudu besar pati oren sunquick*

4 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara2:
  1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan. Masak sehingga gula cair sepenuhnya,tidak perlu mendidih. *Panaskan oven pada suhu 180c ## klu nk kukus..jgn lupe pnaskan gk la pngukus tu
  2. Dalam bekas agak besar,pecahkan telur dan pukul sedikit sehingga agak kembang. Masukkan adunan ke dalam bekas berisi telur tadi dan gaul sebati(guna handwhisk atau senduk)
  3. Setelah itu ayakkan tepung,baking powder dan soda bikarbonat ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan menggunakan handwhisk.
  4. Gris loyang 9x9 dengan butter n lapikkan dengan baking paper. Tuangkan adunan(hasue tapis adunan ketika masukkan dalam loyang) ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak. --aku pn tapis gk n tutup loyang ngn aluminium foil..xnk kasi wap2 air tu jatuh ats kek je..
  5. Selamat mencuba

Coklat ganache:
Panaskan lebih kurang 180g coklat masakan cara double boiler,dah cair tambahkan 2 sudu besar whipping cream dan satu sudu besar butter..kacau rata menggunakan handwhisk.
Sejukkan sebentar dan tuangkan ke atas kek. Hias ikut kreativiti sendiri





 kastard kurang cantik, comot je, tapi nak juga tayang. Sebenarnya ada cerita di sebalik kejadian ini. sebenarnya kelam kabut buat kerja. Lain kali tak boleh buat kerja dengan kelam kabut, semua benda nak buat tapi masa tak cukup, 


Kek yang banyak sangat cacat celanya, tapi rasa tersangat sedap lemak manis berkrim. Dulu akk buat pun tak sehuduh yg ini
KEK KASTARD PANDAN - SWEET 4EVER@myresipi

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 1 biji kek span pandan / kek span keladi
  • bahan (A)
  • gula kastor -180gram
  • air daun pandan - 500ML
  • serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
  • bahan (B)
  • santan pekat - 400ML
  • tepong hoen kwee hijau - 85gram
  • pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
  • secubit garam
  • UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara


  1.  kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
  2. untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
  3. satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya

  7.  letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.

  8.  hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • tepong super fine - 150 gram - AKK guna tepung ros
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML - akk guna minyak
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh - akk tak letak
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara


  1.  satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

  2.  perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

  4.  sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

  5.  bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)
  6. kek dimasak mengunakan api bawah dan atas

Wednesday, June 20, 2012

WORDLESS WEDNESDAY

Tak ada kerja....






Tuesday, June 19, 2012

ALBUM AMANI

Bertempat di MARDI  CH pada 5.5.2012, Amani dan aksinya:~














posing tah apa2...

Saturday, June 16, 2012

TAMAN BOTANI PERDANA

Dahulunya dikenali dengan Taman Tasik Perdana. Terletak di belakang  Masjid Negara. Taman botani ini sentiasa berubah2 dari masa kesemasa. Akk yang selalu kesana pun dapat tengok perubahan, apatah lagi kalo yang setahun sekali kesana pasti nampak banyak perubahan. gambar ni dah lama tersimpan. Sebahgian dari tempat yg menarik di sini, selain dari taman permainan :~






masa ni udara bersih lagi. Pagi tadi dlm kul 10.30 - 1.30 akk ke Puncak Alam , kelam rasa kuat sangat jerebu sakit mata terutama di sekitar sungai buluh

Friday, June 15, 2012

SAYUR KELADI

Selamat pagi jumaat buat semua. Rasanya hampir seminggu kawasan akk tak hujan , panas berbahang je. Tapi semlm dan pagi ni akk tengok mentari macam sakit je cahaya mcm kemerahan sikit, hangat semacam saje sehangat hati ini..


Menu sayur lagi hari ini, suka akk dengan sayur keladi yang lembik loktek mcm ni, ala2 hancur lebur gitu.


SAYUR KELADI
Resipi :embunrosaliza.blogspot.com
Bahan2
3 pokok keladi - dibersih dan disiat2 kulitnya,kemudian potong
4 cawan santan
4 ulas bawang merah* @ 1 labu bawabg besar
1 ulas bawang putih*
4 hirisan lengkuas*
1 inci kunyit*
1 kiub ikan bilis
garam secukup rasa
10 ekor udang
1 keping asam keping


Cara2
1. Rebus batang keladi dan isinya sehingga empuk, kemudian toskan airnya
2. Blender bahan2 bertanda * . 
3. Masukkan santan kedalam periuk, dan semua bahan2 diatas. Masak sehingga mendidih.
4. Sesuaikan rasa.


p/s sayur keladi hendaklah betul2 lembut atau empuk, kalo tidak boleh menyebabkan kegatalan pada tekak selepas makan.


Sayur macam ni sedap dimakan bersama ikan goreng atau ikan pekasam..mmg bertambah2 lemak.
Tak sampai 15 minit dah siap n3 ini, tapi semakin hari semakin tak berapa nak aktif dah, banyak masuk angin keluar asap je.

Tuesday, June 12, 2012

MASAK LEMAK PUCUK PAKU

Salam ceria di hari selasa, N3 pertama di bulan jun, malas betul sekarang ni nak mengupdate. Alasan utama masak makanan main campak2 je pas tu tak amil gambar kedua menu ulang tayang yg biasa2 kalo yg luar biasa tu ambik juga gambarnya cuma angin rajin kirang sikit.


Menu sayur campak2 juga ni, dah lama sangat buat. Anak2 memang suka dengan sayur pucuk paku, tak kisah masak lemak putih atau lemak kuning, janji masak lemak, kalo goreng mereka kurengg sikit.


MASAK LEMAK PUCUK PAKU
resipi : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan2


Seikat besar  pucuk paku - ambil bahagian lembut  sahaja
10 ekor udang
4 cawan santan
4 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
3 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
1 kiub ikan bilis
garam secukup rasa


Cara2
1. Tumbuk bahan bertanda * 
2. Didihkan santan bersama bahan yg di tumbuk hingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam dan kiub ikan bilis
4. Masukkan pucuk paku dan udang
5 Apa bila mendidih, sesuaikan rasa. Siap.


 Sedap dimakan bersama ikan goreng serta ulam2an dan budu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...