Saturday, March 19, 2011

KEK KASTARD PANDAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Projek pertama oven baru. Dah lama akk dok idamkan nak buat kek kastard pandan ni. Selalu beli je, itu pun dah lama rasanya tak makan kek ni. 


Pada mulanya rasa macam susah je nak buat kek ni, rupanya senang bangat. Akk guna kek span sweet4ever juga untuk kek ini . Minta izin ya akk copy n paste resipi kat sini.




KEK KASTARD PANDAN - SWEET 4EVER@myresipi

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 1 biji kek span pandan / kek span keladi
  • bahan (A)
  • gula kastor -180gram
  • air daun pandan - 500ML
  • serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
  • bahan (B)
  • santan pekat - 400ML
  • tepong hoen kwee hijau - 85gram
  • pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
  • secubit garam
  • UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara


  1.  kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
  2. untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
  3. satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya

  7.  letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.

  8.  hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..



Inilah rupa setelah di kastardkan


Anak2 semua suka makan kek ni, nyaman makan sejuk2

KEK SPAN PANDAN - SWEET 4EVER@myresipi




Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • tepong super fine - 150 gram - AKK guna tepung ros
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML - akk guna minyak
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh - akk tak letak
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara


  1.  satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

  2.  perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

  4.  sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

  5.  bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)
  6. kek dimasak mengunakan api bawah dan atas    

23 comments:

ehem2..awal pagi tayang kek nih...perasmian oven ye kak..meh sini nak perasmian makan kat cyber lak..hihih..cantik dah akak buat tu..pasni wat kek deko2 lak ye kak..kalo dah terer leh bisnes lak... :)
 
}~ Hasue...hehehh suka nak tayang walaupun tak selawo mana pun heheh...moh kita rasmikan potong kek sesama.

bab2 mendeko tu yang payah sikit sue, keras tangan akk ni.

mekasih ya sue
 
cantik laa warna kek ni..hihi dah namanya kek pandan kan...tentulah cantik hijaunya :D
 
}~ Zarin...akk guna kaler ijau n air pandan je, pandan paste tak ada kat umah. mekasih zarin
 
cantiknya....mesti sedap kan...mintak sket ?
 
Salam..Nampak sedap ni..wahhhhh...project perasmian lah ni yaaaaa
 
amboi lawanya kek kastad akak ni..berbaloi hasilnya ngan oven baru tuh..mesti budak2 suka sangat..
 
assalam ros..menariknya kek ros tu..cantik..
kalau anak2 ros dah suka..mesti sedap jugak tu kan..
 
Jelesnya kak tengok orang yang pandai buat kuih ni... awat ler kalau Nida buat jarang yg jadi, klu jadi pun macam kureng jer..hehe
 
as salam kak liza.


ni kalau baru keluar dari frezer sedap. macam ayaq terjun lalu kat tekak ... he33
 
Ada try kek lapis kukus yg ada letak serikaya tu.Sedapnya!!!Dari blog ni kot sebab lupa ambik resipi dari mana.
 
}~ Sue @ Nenie...sedap sanagt pada tekak akk la..sejuk n nyaman je..tq nenie tak lama lagi habis pantang bolehlah cuba hehhe..tapi ngan anak kecil susahkan nak buat keja
 
}~ Noormasri....sedap sangat bagi org yg tak pandai buat kek mcm saya ni
 
}~ Linapg...inilah hasilnya..anak2 semua suka, tapi sempat lah juga buat bf pagi ni
 
}~ Kak Erna...sedap kak bagi tekak saya la..itu lah pengukur kesedapan apa2 masakan, kalo anak2 suka n cakap sedap, maka sedaplah tu heheh
 
}~ Wachak..assalam chak..memang dingin bak air terjun mengalir je heheh
 
}~ Nida..assalam nida..akk bukan pandai mana pun buat kek2 ni..masih belajar lagi nida. Akk buat pun tak lah secantik mana pun heheh
 
kak ni saya dah order macam macam dah kat akak tapi x pernah dapat dapat lagi ni kak

renung sejenak
 
}~ Scarlet o'hara..kek lapis kuku sarawak kut yg scarlett buat tu..memang sedap kalo letak seri kaya, moist je kek.. akk tak pasti lah , kalo kek lapis bumi tu pun ada boh kaya juga
 
}~ MIzi....oder2 jangan tak oder mizi..suka akk mizi mai conteng2 kat sini
 
macam tak susah..nak try lah..harap harap menjadi..=D
 
}~ Aniz...memang senang sangat kalo ikut cara2 yang tuan resipi tu bagi..akk pun percubaan pertama ni, memang jadi, rasa pun sedap sangat..samaa dgn yg beli
 
salam ziarah...sedapnyer kek tu..bila la ley buat
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...