Thursday, June 21, 2012

KEK COKLAT DAN KEK KASTARD PANDAN



Salam ceria buat semua. Kek coklat ni AYUNALISA yg buat untuk besday anak buahnya Athirah, tq ateh yg telah menyeposerkan kek buat kak yang. Kami potong2 kek ni kar CH 5.5.12 lagiii


Kek Coklat Lembap
by:http://ayunalisa.blogspot.com
copi from: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan -hasue guna cawan 200ml
3/4 cawan gula pasir*
1 cawan serbuk koko*
1 cawan susu sejat*
1 cawan susu pekat*
1 cawan minyak masak*
1/2 sudu teh serbuk nescafe*
1 sudu besar pati oren sunquick*

4 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara2:
  1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan. Masak sehingga gula cair sepenuhnya,tidak perlu mendidih. *Panaskan oven pada suhu 180c ## klu nk kukus..jgn lupe pnaskan gk la pngukus tu
  2. Dalam bekas agak besar,pecahkan telur dan pukul sedikit sehingga agak kembang. Masukkan adunan ke dalam bekas berisi telur tadi dan gaul sebati(guna handwhisk atau senduk)
  3. Setelah itu ayakkan tepung,baking powder dan soda bikarbonat ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan menggunakan handwhisk.
  4. Gris loyang 9x9 dengan butter n lapikkan dengan baking paper. Tuangkan adunan(hasue tapis adunan ketika masukkan dalam loyang) ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak. --aku pn tapis gk n tutup loyang ngn aluminium foil..xnk kasi wap2 air tu jatuh ats kek je..
  5. Selamat mencuba

Coklat ganache:
Panaskan lebih kurang 180g coklat masakan cara double boiler,dah cair tambahkan 2 sudu besar whipping cream dan satu sudu besar butter..kacau rata menggunakan handwhisk.
Sejukkan sebentar dan tuangkan ke atas kek. Hias ikut kreativiti sendiri





 kastard kurang cantik, comot je, tapi nak juga tayang. Sebenarnya ada cerita di sebalik kejadian ini. sebenarnya kelam kabut buat kerja. Lain kali tak boleh buat kerja dengan kelam kabut, semua benda nak buat tapi masa tak cukup, 


Kek yang banyak sangat cacat celanya, tapi rasa tersangat sedap lemak manis berkrim. Dulu akk buat pun tak sehuduh yg ini
KEK KASTARD PANDAN - SWEET 4EVER@myresipi

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 1 biji kek span pandan / kek span keladi
  • bahan (A)
  • gula kastor -180gram
  • air daun pandan - 500ML
  • serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
  • bahan (B)
  • santan pekat - 400ML
  • tepong hoen kwee hijau - 85gram
  • pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
  • secubit garam
  • UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara


  1.  kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
  2. untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
  3. satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya

  7.  letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.

  8.  hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • tepong super fine - 150 gram - AKK guna tepung ros
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML - akk guna minyak
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh - akk tak letak
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara


  1.  satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

  2.  perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

  4.  sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

  5.  bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)
  6. kek dimasak mengunakan api bawah dan atas

12 comments:

kek kastard pandan tu mmg best kan.. teringat2 kesedapannya...
 
@madihaa
Akk suka sangat dengan kek ni, tak jemu mkn, rasa mcm mkn kuih n kek pun ada. rasanya yg lemak manis dan sejuk tu yg bestkan madihaa
 
nani pun rasa macam nak buat lagi kek pandan kastard ni. memang sedapppp!
 
nmpak sedap jer semuanya...!!!
 
Kastard pandan memang sedap tapi Amie kalau buat punselalu permukaannya berjerawat, tapi masa belajar buat ada cikgunya, elok je he he hehh
 
sedap kek kastad tu.. nk try wt ari tu.. xtau nk amek respi ktne/.hihi
 
Salam Kak Rosa..Yana suka kek pandan kastard tuu.. sedapnya klu dapat..dh terasa kelembutannya hihii..
 
rajinnya akk buat kek kastad...Liza malas betul bab nk melapis tu...hihihi
 
salam rosa..apa ada pada rupa..yang penting sedap..
 
kek kastad pandan tu dh lama x buat..aritu buat x berkastad..jd laa kek pandan jek..kek ceklat tu mmg best n lazat..hehe..mesti seronok sgt besday girl dpt kek sedap belaka
 
salam Rosa...nampak sedap kek kastad tu..tingin gak nk buat tp tggu laaaaaa....
 
bestnyer tgk kek yg sedapx2 tu kak..saya suka mkn kek kastard tu tapi tak pernah buat sendiri lagi.nak kena cubalah satu hari nanti:)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...