Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Friday, May 3, 2013

KEK KUKUS MASAM MANIS @ KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES

Assalammualaikum buat semua, sekejap je dah pun hari Jumaat. Riang rasa hati ini, insyallah mlm nanti my abe akan tiba dari India, hurmmm  selama 2 minggu di tinggalkan,  semoga selamat sampai ya dan di permudahkan segala urusan serta di lindungi Allah sentiasa.

Okeh cerita pasal kek ni, sebenarnya dah lama akk buat masa blk kampung cuti sekolah sama dengan kek lapis cheese tu, kek ni memang tahan lama walaupun tak di simpan dlm peti ais. Terima kasih buat kak fida myr berkongsi resipi  kek yug sedap ini. Hari tu ada tgk Linapg buat kek ni,cantik.





KEK KUKUS MASAM MANIS
Resepi :Kak Fida MYResepi
Kongsi Bersama : EmbunRosaliza

 Bahan-bahan ( loyang 10x7 )
  •  5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais) 
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata) 
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata) 
  • 1 sk rata baking powder* 
  • 1 sb ovalette 
  • 150 ml susu cair 
  • 1/2 sk garam 
  • 100 ml minyak jagung/masak 
  • 1 sk esen vanilla 
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka 
  • secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen) 


Cara-cara
1  Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.

2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.

3.  Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.

 4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

 5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...

 6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.


 Untuk membuat kek lapis perisa choc dan choc chip...

adunan dibahagi dua dan bubuh 2 sb serbuk koko yang dicampur air atau 2 sk choc paste pada 1 bahagian adunan.Tabur choc chip pd lapisan putih ketika mengukus.

Insyaalah pagi sabtu akan bertolak ke kampung halaman,untuk menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia. Undi adalah rahsia hehe.

p/s syukur dan rasa gembira sangat bila blog suam2 kuku atau nak kata yg lebih tepat lagi  blog hidup segan mati tak mahu ni, tetiba ramai sangat visitor dari semlm lagi terima kasih Kongsi Resipi yg berkongsikan resipi  INI di FB . Tiba2 rasa mcm bersemangat je bila ramai tamu

12 comments:

pandai liza buat cantik..akak kalau buat kek yang berlapis2 ni tak cantik jadi nya
 
Makan ni la yang buat cheq terhegeh2 nk cuba kek velvet lapis hawflakes tu...Gebus gebas kek ni kan..

Pssttt..visitor punya ramai tu..cam nak sambut abe ngoh dari Mumbai jer haha..tadi jengok kat KR dah 5000 lebih LIKE...hebat
 
salam kenalan dr SCR..

saya pun suka buat kek velvet hawflakes ni..rasanya sedap masam manis..

singgah sini..www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
 
Salam Rosa...atie pernah buat sekali jer kek ni tp depa kat umah ni mcm x bape minat lak..hemmmm
 
Assalamualaikum Rosa,
Amie paling suka buat kek kukus ada haw flakes... suka susun-susun lepas tu bila dipotong nampak cantik... ni dah lama tak buat, tengok di sini macam timbul pulak semangat nak melapis!
Selamat mengundi Rosa... jangan lupa bawa kad pengenalan he he ehh.
 
eh ada juga dapaur akak kek ni...sgt tregoda zila tgk..
 
cantik kek akak ni, ceria je warna warni...
 
Wee...geram jer tengok kek ji...nampak gebu...sesap tu
 
Comelnya kek ni...mcm2 kaler...

Selamat mengundi ya kak....
 
Assallamualaikum kak Liza..

Kak, hubby Naz kan suka kek ni tau. Tapi wife dia ni yg malas nk kukus selapis2 tu..hehehe.. Hubby Naz bukan penggemar kek pun tp kek ni mmg dia makan.
 
salam kak...
nmpk gebu dan moist.... dah lama tak mencuba resepi kakfida myr nih... bila ntah nak mencuba lagik..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...