Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 24, 2011

ROTI SOSEJ

Assalamualaikum buat semua, hari selasa  ari tu akk bercadang nak buat roti yang ada sosej...tapi kat paler ni dok ingat nak letak sosej kat dalam tu je. Doh roti tu akk guna resipi HaSue, Donut ...lagi, seka sanagt dengan resipi ni, roti pun sedap je


Bila google cari bentuk  roti sosej keluar Dapur Tanpa Sempadan ( Mat Gebu), akk pun mencuba lah buat ala2 bunga gitu. sosej blossom bun...mekasih ya Mat kongsi2kan ilmu di alam maya ni. 4 biji akk buat bentuk tampuk bunga gini}~ 


perasan je lebih,,,rupa tak secantik mana pun




Pas tu tak sudah lagi..akk cari lagi kelainannya..jumpa lah pulak kat Myresipi, bentuknya lagi senang, tapi guna kaedah yang sama juga, potong 8 tapi jangan putus. Jadi akk buat gini lah pulak}~ 


yg ni bentuk memanjang....suka tgk




Komen para juri umah akk ni...wahhhhh mama sedapnya macam kat kedai, sedap pulak tu, roti lembut je. Ada sekeping tu akk simpan untuk SIL, mlm baru dia mkan, mcm tak caya je dia  akk buat, eh kak macam beli kat kedai je , roti pun lembut je. Kmebang semangkuk rasa hehe.


Bila petang pula akk suruh abe beli roti gardenia untuk bf anak2 esok, ada ke patut dia kata dah pandai buat roti tu takyah la beli dah,  hhuhuhu tak patut betul


Mekasih banyak2 buat Hasue yang telah kongsi resipinya kat myresepi. Minta izin ya sue akk Copy n paste resipi donut ...lagi kat sini


Sumber }~ Hasue @ myresipi

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )


500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama) - akk tambah 1 sudu teh baking powder kerana mauripan tak cukup sepeket
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


Cara-cara

Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.


Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.


Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).


Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.


Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526


Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..


Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.


Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)


Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^


**akk terlebih rehat doh..sampaikan doh mengembang penuh besen heheh...uli pagi2 lagi tapi bz ngan amani je, alhamdulillah hasil roti memang lembut je, terima kasih sue.

20 comments:

Naemah....caya le. moga berjaya. Berat ira pun lingkungan tu juga. tp masih tersimpan hajat nak turunkan juga tapi tu le pasal..tak tahan godaan....

agaknya kalau nak kuatkan semangat tak leh masuk sini...
 
selamat pagi...
belum sarapan lagi ni...lapo la pulak....sedap mkn pagi2 ni..dgn milo panas...
 
Assalam kak rosa,
ini favourite my 2nd son..suka roti yang just sausage aje tak suka letak sayur2..hehe..dah lama pulak kita tak buat roti ni..cantik roti akak ni..
 
nampak sangat menjadi n gebuss..
 
wah kak dah meroti ye,bestkan buat roti sendiri
 
aiseh sedapnye roti hotdog ni kak.
 
assalam rosaliza..patut le suami cakap macam tu..he he..
akak tengok pun dah cantik dah roti rosa tu..
rasa dah tentu la sedapkan..
 
Salam...
Teringat janji dgn anak buah. Nak buat roti untuk dia jual kat sekolah... Dia nak kumpul duit sendiri untuk pegi lawatan. Itu cabaran yg cikgu bagi katanya...
 
As salam kak rosa,
Lps ni akk blh buka kedai roti.. Nmpk elok je bentuk sosej tu.
 
wahh sedapnya roti tu kak...nieza pun suka bubuh sosej tu pastu bubuh mayonis dan sos cili memang berketoila mkn nanti..hehe
 
mmg cm kt kdai..hehe
 
kak.. ehem3.. mencurigakan jer ni.. saya rasa macam sama jer kat kedai punya.. ngaku cepat kak.. hahaha

BACA ENTRY BARU MIZI : Mizi Join Satu Benda
 
akakk...smlm dr tgh hari tu tenet mengong ntah apa2 jek..kuar signal gprs jer ha..huhu*sampai umah org je terus ngadu.hehe..

cantik dah roti akak tu..penah wat sekali dulu best jer kasi putaq2 roti sosej ni kan..sue pun guna doh ni gak..mekasih ye kak..

p/s:betul laa cakap abe akak tuh..xyah beli roti dah..hahaha
 
Assalamualaikum Rosa..wah3 baru ternmpk roti sosej kat cni, cantik berbunga2,mst dh abis kan..huhu..sedapnye roti camni mmg kesukaan anak2 akak :)
 
cedapnya!
 
nampak sedap roti ni kak....

salam kenal ye....
 
Assalam n salam kenal mama amani..Wah nmpak sedap jer roti mama amani buat nih,da lagi utk aunty x..hihi..
 
waaa....sdapnya kakkkkk!!!

nanak!!huhu...

nk try buat tapi takot xjd sob2 ='=

entry best : Tempat Larangan bagi Manusia~
 
wah.. boleh bukak kedailah gini.. buat macam ala-ala dunkin donut..:)
 
sedapnya... dah lama tak buat roti
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...