Assalammualaikum dan sejahtera buat semua rakan taulan dan sahabat handai, adik-kakak dan semua.......
Hari selasa ari tu akk sempat juga buat nasi kerabu, sambil2 dok belajar mendeko cheese tart ngan Hasue, baru faham n reti sikit rasanya hehehe.
Akk tak ada sukatan yang tepat masa buat nasi kerabu ni, bila akk tengok kat Myresepi @ Yani, resepinya lebih kurang je, jadi akk ambil c n p sini, Nasi kerabu perantau ni, sesui juga untuk akk ya, akk pun merantau juga kat KL ni, asalnya kat kampung je.
Nasi kerabu yang tiada kerabu..dan ikan goreng yang tidak di celup tepung, punyalah nak cepat
NASI KERABU PERANTAU
Resipi asal : Yani @ Myresipi
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
@@ Nasi @@
4 cwn beras
1 sudu kecil garam - akk tak letak
4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
2-3 titik pewarna kuning - akk letak kaler biru
2-3 helai daun limau purut(optional) - tak letak
1 btg serai-diketuk(optional)- saya tak letak sebab tak suka. - akk pun
@@ Sambal Tumis @@
5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit - tak letak
200ml/ 1/2 tin santan pekat
2 btg serai
2 keping asam gelugur
2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
garam dan gula melaka
@@ Sambal ikan @@
1 ekor ikan kembung- saiz besar
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut - kelapa yang digoreng hingga kuning
2 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
1 batang serai
1cm halia
@@ Kerabu @@
kubis
timun
taugeh
daun kesum
@@ Bahan lain- optional @@
solok lada
telur asin
bawang jeruk
ayam goreng kunyit
sambal belacan
Cara-cara
## Sediakan sambal tumis ##
blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
## Masak nasi ##
Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.
@@ Kerabu @@
Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap
Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi.
Kali ini solok pun tak buat, kalo nak yang bersolok boleh klik kat SINI
susahnya n3 huhuhu,
Thursday, March 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
rajin rosa buat nasi kerabu..
selalu beli jer..ade satu kedai ni mmg jual masakan dr kelantan mmg best...kalau gi kedai lain mmg tak same rase dgn kedai ni...
saye suka mkn laksam jugakkk...
waaa...sodap!!
entry baru : Kisah Secawan Kopi~
Nasi kerabu yg tak leh dipanggil kerabu ni sbb kerabunya takdak..haha.. Yg lain dh ada tp ulaman je yg ditinggalkn. Buh la kobis ke tauge ke. Lg best utk dimkn.
P/s : Byk ruang kosong di bwh n3. Akk delete la ruang tu. Igt kot blog ada mslh tknikal td.
ingatkn nasi kerabu atau nasi dagang ni ada beras khas ke apa..takde ek kak?nasi kerabu ni tak pernah buat n x pernah mkn...hanya org rajin cam akak jer selalu buat kot..hihi...
sian akak susah nak ngentri..ada bodyguard dah ek..hihi..brp kilo dah amani skrg kak?
Entry Baru Mizi : Sakit Bukan Main
Boleh g klate sokmo lah kalo suka laksam heheh
Nasi kerabu n budu takleh dipisahkan heheh
Masa akk cnp resepi tu silap lak, nak delet tak reti tu jadi banyak kosong, tersilap enter masa tu heheh
Meh g kampung akk setiap pagi mesti ada org jual nasi kerabu ni, rm 2.00 je sebungkus lauk ayam panggang atau daging bakar.
Kat Kl ni nasi kerabu tak best mana sue, nk mkn yg sedap sikit kena buat sendiri ,
Nasi ni guna beras biasa je, nak lebih aroma letak daun pandan n kaler biru je sue.
Meh la dok berjiran ngan akk nnt laju je tenet sue heheh
Post a Comment