Assalamualaikum buat semua dan salam sejahtera buat sekelian blogger dan bukan blogger. Hitam bukan sebarang hitam, hitam itu menawan. Akk memang terrawan ngan sambal hitam ni, sekali makan memang terus jatuh chenta.
Pertama kali akk makan sambal hitam ni masa tahun lepas, balik kampung, tengok ada sambal hitam ni, usha bonda kat mana dapat, rupa2nya adik ipar dia yg dok Jerantut bagi, belimbing buluh yang di rebus, dan sedikit samabal yang sudah siap sedia untuk dimakan.
Dah lama teringin nak makan, masa tu amani lam perut lagi heheh. Dapat juga akk rasa. Sedap sangat.
Cuti sekolah baru2 ni, masa dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, singgah rumah jiran akk yang kat KL ni, rumah dia kat Lipis. Dalam singgah2 tu makan lah pulak nasi, rejeki jangan di tolak, bala jangan dicarikan....alhamdulillah, kami dihidangkan dengan ikan sungai ( lupa nama ikan tu, bukan patin ya ) masak tempoyak, bersama lauk sampingan yang lain. Ya Allah punya lah sedap bila orang pahang masak tempoyak tu, lagipula mkn free heheh. Di hidangkan bersama sambal hitam...sedapnya.
Bila nak balik tu dia siap bekalkan akk belimbing buluh yang siap di rebus...sebab dia tgk akk pandai makan sambal tu. Kak Zana tu ajarlah serba sedikit cara2 nak masak sambal hitam ni.
Akk ada juga google tgk resipi ni, tapi rata2 tumbuk bawang yang mentah dulu baru goreng. Berbeza ngan cara Kak Zana, dia kata semua goreng dulu pas tu tumbuk dan goreng semua...akk ikut cara dia, memang sedap sanagat.
Panjang pula menaipnya, amani tengah tido tu, Tadi p cucuk dia, ntuk bulan, beratnya 7.2kg, masa HKL ari tu 7.6kag timbang sekali ngan pampes hehe. Berat naik sekitar 200gram je.
Jom tgk rupa paras sambal hitam ni}~
Sedapnya..lagi sedap bila kunyah2 ikan bilis tu, n bau harum bawang
Beginilah rupa belimbing buluh yang di rebus, belimbing ini di rebus bersama garam selama 8 jam...eh betul ke org pahang, hari tu lupa pulak nak tanya kak zana, bila google, rata2 kata kena rebus 8 jam..hehe.
Sambal hitam ni lawannya dengan masak lemak putih..memnag terangkat pinggan masa makan tu heheh
Resipi Sambal Hitam Pahang
Belimbing buluh rebus secukupnya
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
segenggam ikan bilis*
cili padi secukupnya*
gula @ perasa
sedikit minyak masak
Cara2
Goreng semua bahan2 * sehingga layu n wangi. Kemudian angkat dan toskan. Tumbuk cili sehingga lumat dan diikuti bawang merah n putih. Selepas tu masukkan belimbing, tumbuk pecah2 sahaja. Guna lebihan minyak tadi untuk menggoreng semula bahan2 yang di tumbuk tadi. tambahkan perasa atau gula.
Semasa akk menggoreng ni... baunya menusuk2 kedalam hidung..bau cilinya kuat n terbersin2..perhatian !!!jauhkan bayi dari dapur heheh
Monday, March 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
arwah MIL dulu suka gak guna belimbing buluh ni wat sambal..adehh,kembang liur ni haa..sdp2
mesti sedapkan...
boleh la try nnt ni..
tapi sambal ni, sedap rasanya pedas2, masam, bau sedap je.
Oh kat sarawak pun ada gak ek sambal guna belimbing buluh ni. Mekasih ya sue
kombinasi masam pedas tu yg lagi sedap. kalo tempat kenduri mmg popularlah samabl ni...kat pahang la
nk ckit uhuuhu..terliur ni =)
entry best : Apa yang lebih baik daripada Dunia dan Isinya??
memang bagus rosa punya kempen sambal hitam ni..jadi teringin sungguh nak rasa..
kalau dah ada belimbing rebus tu lagi senangkan..tinggal buat je..
kongsi kat korang
wah terlepas pandang kat sini pun ada sambal hitam ni ya..sedap kan..oh tapi yang akak punya digoreng dulu bahan2 tu ya..mesti lagi umphh ni..kiss amani sikit buat kita ya..
tuan rmh jom folow me.. aq dh folow blog ni :)
Post a Comment