Assalam buat semua, semalam akk masak nasi dagang sekilo buat makan2 . Kali ini makan dengan ikan tongkol, telur rebus, kari ayam dan acar timun untuk menghilangkan muak nasi tersebut.
Nasib baik berbaki sikit lagi dapat lah akk snap pic, kalo tak rugi rasanya, masa ni lauk ayam dah habis. Jom tengok rupa paras nasi dagang akk }~
Resipi Nasi Dagang
1 kg beras nasi dagang - di rendam semalaman
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 inci halia*
* semua bahan2 bertanda* dimayang halus
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1 sudu besar halba
1 sudu teh garam @ secukup rasa
2 sudu besar gula
2 helai daun pandan
Cara- cara
Didihkan air terlebih dahulu, alas pengukus dengan daun pandan, kemudian masukkan beras yang telah ditoskan. Kukus selama 20 minit.
Kemudian angkat dan keluarkan beras tadi dan di gaul dengan santan cair, dan kukus 20 minit lagi
Sambil mengukus, sediakan santan pekat. Satukan santan, bawang, halia, halba, garam dan gula,kacau sehingga garam dan gula hancur sahaja, kemudian angkat dan ketepikan.
Angkat beras tadi dan masukkan kedalam bekas dan digaul dengan santan pekat pula. kemudian kukus sehingga masak. 10 - 20 minit.
Kalo beli selalunya nasi keras dan tak berapa nak masak, tapi harganya rm 3.50 - rm 4.00 tak berbaloi rasanya.
Monday, March 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
semlm panggil adik beradik abe mkn2 kat sini, adik bradik akk semua jauh2.
takat nak mkn berdua je maik beli, nk buat sikit tak berbaloi pulak..beras dia kaler perang sikit.kalo kat klate rm 5.00 per kg
lapo ni...huhu
tapi akak tak pandai sangat buatnya..jadinya akak masak macam masak nasi biasa aje..
Dah ada beras tu boleh lah on projek mendagangkan nasi hehe,
Kita serupa sama2 minat nasi dagang
menyelerakan sungguh menu akak nih..rasanya lum pnh mkn laa nasik dgg nih kak..huhu..cian kan!
Post a Comment