Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 11, 2012

PAU GEBU - WATER ROUX

Assalamualaikum buat semua. Hari tuuuu ( lamanya bunyi tapi dlm bln ramadhan lagi 31.7.12 ) Akk ni kalo nak buat inti kelapa mesti buat sebiji terus, pas tu simpan, pas tu banyak la menu guna inti kelapa hehe. Ini pun ada lebihan inti kelapa, masa buat ketayap hari tu,  dari pada membazir begitu saje, baik guna buat pau ni, lagi pula memang dah lama sangat tak mengePau hehe. Terima kasih buat ROS Jintanmanis.com yg berkongsi resipi pau ini.

Kaler nampak cam kekuning2an sikit, sebenarnya memang putih melepak.
Pau Gebu ( water roux)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahanya
500 gram tepung pau ( low protein flour) - Rosaliza guna tepung gandum je
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis
resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
untuk inti kelapa
3/4 cawan kelapa parut ( ros guna kelapa inti tu)
3 sudu besar gula merah
satu ikat daun pandan
sedikit air suam

1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.

variasi inti bagi pau
sri kaya pandan
kacang merah
krim coklat
( Ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.

2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.
-ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.


Boh inti kelapa banyak2. Masa sahur tu panaskan blk,
Sedap...

5 comments:

rajinnya akak buat pau..
mas pun dah try resepi ni..
memang lembut gebu jerk pau tu kan..
 
rajinnya akak buat pau...saya beli jer kalau nak makan...
 
ya Allah..rajinnya kak liza nih.. 2,3,4 hari nih krg sihat laa kak. Nak menguih pun x larat.. Nengok akak wat pau tetiba rasa kagum.hehee.. Nmpk gebuss sgt pau akak tu..pasti lembut jek
 
gebus gebas pau kak rosa..mmg sedap kalau boh inti banyak2 tambah lak inti nyoq lagi mabeles
 
Mak aii..byknya inti. Kalau jual berebut org beli ni...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...