Assalamualaikum buat semua, dah laaama teringin nak makan dan buat sendiri kuih badak berendam, selalu jumpa resipi yg kena kukus.Hurmm mmg malas kuih 2 mcm ni nak ngukus, sebab belum tentu hasilnya memuaskan hati heheh. Bila di google cari nampak ada kat Myresipi@kakbesah. Cepat2 akk ke dapur, lagi pula inti kelapa masih ada lagi. Angin rajin pun datang le .Terima kasih ya kak besah kerana kongsikan resipi ni. Juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian kakbesah dan kak zila berkunjung dan memeriahkan lagi dapur embunrosaliza, bila akk2 nak buka blog, boleh la kami2 kenal dengan lebih dekat lagi heheh
KUIH BADAK BERENDAM
Resipi : KakBesah@Myresipi
kongsi bersama : embunRosaliza
Bahan-bahan ( dlm 20 biji )
2 cawan tepung pulut
lebih kurang 11/2 cawan perahan air daun pandan.
1/2 sudu teh garam
inti kelapa secukupnya - cara mmbuatnya sama dgn inti kuih koci @ onde-onde
utk dadih;
21/2 cwan santan, 2 sudu tepung beras & 1/2 sudu teh garam
3 helai daun pandan
*jika nk buat kuah banyak/cam bubur, bubuhla gula sekadar manis2 buah sj..
Cara-cara
1. Campurata semua bahan2 utk dadih, lalu dikacau atas api hingga pekat.lebihkurang 10 mnit - ketepikan.
2. Culat2 kan inti kelapa.ikut suka la nk besar @ kecil
3. Campurkan garam dgn air pandan & gunakan campuran itu utk menguli tepung pulut hingga mnjadi doh yg boleh dibentuk.
4. Ambil sedikit doh, bulat2 kan lalu dileperkan. letakkan inti dlm nya dan dikelim rapat. buat hingga habis. letak atas plastik agar x melekat.
5. Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih.pastu masukkan 'badak2' (bola2 pulut la hehe..) kedalamnya.
6. Bila kesemua bola2 timbul/terapung, biar mendidih 3,4 minit barulah di angkat & ditos kan.
7. Terus masukkan kedalam dadih tadi..
8. Siap utk hidangan family tersayang..
Akk buat sikit je kuih ni pada 31.7.12, tak sangka my abe suka kuih ni. Santan putih tu nampak kemerah jambuan sebab guna periuk yg baru lps buat sirap ros heheh.
Teerima kasih kakbesah ya atas resipi yg sedap ni
Friday, August 3, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
nmpk sedap kuih badak berendam ni...unik kan namanya...
masuk list la...
nak try buat juga nanti...
Post a Comment