Dibulan ramadhan mcm ni, selalunya roti kurang laku, untuk menghabiskan roti, akk buat lah roti goreng ranggup masa sahur, memang semua suka mkn panas2, stok roti memang sentiasa ada kat rumah. Terima kasih pada HASUE yg telah berkongsi resipi ni, dh tak terhitung berapa kali dh akk buat ni heheh
Resipi : HaSue @ Myresipi
kongsi bersama :embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-bahan ( Satu family leh makan )
8 keping roti
Serikaya - Secukupnya
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)
mendung je hari ni
6 comments:
samalah kat umah ni, roti selalu je x abis..nak lak bln pose ni bdk2 krg mkn roti g2 je..ingat nak wat puding je balance roti tu..dr smlm lg nak wat tp x dan..kena lah jg ari ni wat sblm roti berkulat..huhu
Post a Comment