Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 9, 2012

IKAN KELI BERLADO - resipi kak Anymz

Selamat petang buat semua, petang baru dapat letak N3, pagi ni rajin sikit buat sekuk raya. Semalam pun buat juga tat nenas gebu best tu, pagi ni terasa sakit sangat lengan kiri ni, bila di ingat2kan rupa2nya buat terap tat, guna acuan besar dia tak mahu keluar pulak huhu, sudahnya akk guna acuan yg kecil je, elok je keluar tat tu. Ehh cerita pasal tat pulak,

Ok balik pada N3 hari ni, ikan keli berlado kak Anymz  - my kitchen , ni memang sedap sambal lado tu, anak2 memang cukup suka kalo berlado mcm ni. Akk ni kalo beli ikan keli yg dah di siangkan, tapi balik rumah akk mesti potong sama kepala dia, tah kenapa suka sangat potong paler ikan keli ni heheh.

Ikan Goreng Berlado
Resepi:anymz @ mykitchen
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan2

5 ekor ikan sembilang-yg sudah siap di siang-hasue masak ikan tenggiri - rosaliza guna ikan keli
8 biji cili merah
25 biji cili padi-tak makan pedas kurangkan lerrr - rosaliza  letak sikit jer
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur-hasue ganti jus asam jawa 1 sudu besar
minyak utk menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa
sedikit gula- segenggam
sedikit serbuk kunyit
5-6 biji limau kasturi

Cara

Ikan sembilang di bersihkan..Cuci dengan limau kasturi dan sedikit garam.Toskan
Ikan kemudian di gaul dengan garam dan serbuk kunyit;ketepikan
Panaskan minyak di dalam
Goreng ikan hingga garing.Ketepikan
Cili merah,cili padi,bawang besar dan bawang putih di kisar menggunakan pengisar kering.
Tambah air lebih kurang sesudu di dlm mangkuk sambal tu
Keluarkan lebihan minyak gorengan ikan tadi dan tinggalkan secukupnya utk menumis cili
Dengan lebihan minyak tadi tumis cili yang di kisar sehingga naik bau.
Masukkan garam,gula dan asam keping
Tumis cili hingga garing.kecilkan api
Susun ikan di dalam pinggan dan curahkan sambal tadi di atas ikan..


sedap ikan berlado mcm ni, memang laju je mkn, tangsambal tu memang besttt sangat, mekasih kak Anim

11 comments:

perhhh...mas paling tak tahan tengok keli masak berlado gini...
rasa nak cari nasi jerkkkk....
mengancamm tu..
 
wah, ni kita suka bab gigit2 siripnya tu.. hihi
 
Assalamualaikum Rosa
Wah! sedapnya ikan goreng berlado...mcm nak cuba jer petang ni....terliur Kak Lin...
 
Wah kak liza dah start mngukis eks..sy tart jnis gulung xpndai,last men hentam wat bntuk bunga gedabak beso,sbb tuh wat 3aduan..Erm ikn keli febret hb,tapi bini dia sekli pon xnah msk,men bli jerk selalu,huhu..
 
mmg sdap ikan ni...ikan pon rangup je
 
salam rosa..akak pun suka..sedap ni
 
sedapnye keli berladoo..follow sini
 
Rajinnya Rosa mengetart....
tu yang sungguh menggoda tu... susunan ikan keli yang menunggu untuk dijamah!
 
yummmmyyy...feberet mala n hb nie..:)
 
fuhhhh memang tak tahan tengok ikan ikan keli ni....peberet saya dan anak2 ni....
 
sdap kan sambal berlado kak nim nih..guna cili segar x la pedas meleting cam cili kering.hehe..best eh kak guna ikan keli?nyumm
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...