Assalamualaikum, hari ke 19 kita berpuasa. Sejak puasa ni baru sekali je membuat puding roti karamel ni, anak2 kurang sikit makan puding masa berbuka, atau pun makan lepas solat terawih, agaknya malas nak ambil dlm peti ais kut , kalo hari biasa laju je makannya. Akk buat ni utk menghabiskan roti je, biasa lah roti, kalo mkn dengan kaya gitu je mmg tak jalan hehe, tapi roti beli gak sokmo, standby la takut sedar lewat ke apa hehe, alhamdulillah setakat hari ni belum terbabas sahur lagi, mudah2an terjaga la untuk sahur hari2 seterusnya . Roti ada 5 keping, akk bubuh kesemuanya, ok juga lah .
PUDING ROTI KARAMER
resepi asal : http://embunrosaliza.blogspot.com
Bahan2nya
~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia - akk letak 5 keping
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam @ 1 cawan susu cair + 1 cawan air
~ 1 @ 3/4 @ 1/2 cawan susu pekat manis
~esen vanilla
Cara- cara
Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak..
****Gula Hangus****
sediakan loyang dan masukkan 3 sudu besar gula, nyalakan api yang sederhana, kacau gula sentiasa agar gula tidak hangit , tunggu sehingga gula cair sepenuhnya dan berwarna kekuning2an. Kemudian, terus angkat loyang dari atas dapur, ketepi. Gula hangus ini akan mengeras, tetapi akan cair semula bila kita mengukus nnt.

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua. Mood ngukis belum kunjung tiba lagi , berterbangan di bawa angin lalu.
6 comments:
Nampak sedap sgt puding akak tyg tu haaa..berkrimmm jek
Post a Comment