Assalamualikum buat semua, masuk hari ke 18 kita berpuasa, alhamdulillah setakat hari ini anak2 dgn semangat yg wajar berpuasa, Aqil 9 tahun yg bersahur dgn cornflakes dan air milo je, Adda 8 tahun kdg2 minum air dgn roti je, masih bertahan tanpa banyak soal. Alhamdulillah berkat belajar puasa masa umur 5 tahun lagi. Kat rumah ni yg bersahur dgn nasi hanya kami 4 org je, 4 lagi mkn roti atau telur separuh msk atau apa2 yg di minta je. Kalo dulu selalu je goreng nasi waktu sahur, tapi kali ni jarang2 goreng nasi.
Ok lah bercerita pasal nekbat ni, akk beli yg kering kat pasar pagi ahad di pantai dalam, nekbat ni memang selalu di cari2 waktu ramahdan, kerana bulan2 lain tak akan ada org jual nekbat ni. Sekali mesti rasa nak mkn nekbat. Kalo blk klate tak sempat pulak nak beli nekbat ni, selalu dok cari yg tiada kat KL je.
Nekbat sira ni ikut selera masing2, nak manis buat air gula letak banyak sikit. Hari tu akk tak sukat pulak gula, kira ni anggaran saje ya
NEKBAT SIRA
Bahan2
12 biji nekbat kering
5 sudu besar gula
21/2 cawan air
Daun pandan
Cara2
Masak gula bersama air dan daun pandan
Apa bila gula telah hancur, masukkan nekbat.
Perlahankan api biar nekbat meresapkan kesemua air gula dan mengembang.
Tutup api dan sejukkan
Enak di makan sejuk2
nekbat kering kaler oren, kalau kat ganu kita mengikut kak Nor kaler ori, tanpa pewarna
Bila di sira nekmat jadi kembOOng n Kembanggg sikit, hati2 masa ni mudah pecah atau hancur. Sedap bau wangi daun pandan
Pada sesiapa yg mengidam nak mkn ni boleh lah ke pasar pagi di pantai dlm, berdekatan dgn stesen komuter pantai dlm. Boleh di beli di sana rm 3.00 12 biji
http://resepi-trg.blogspot.my/2011/06/nekbat.html?m=1
Saturday, July 27, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Post a Comment