Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 15, 2013

RESEPI PES TOMYAM DAN TOMYAM ASLI THAI

Assalamualikum, ini menu sebelum puasa lagi tau.  Tekak teringin nak mkn tomyam memandangkan ada sayur2 yg sesui utk di buat tomyam, dah tau kiub tomyam dah habis tapi lupa pula nak beli. Maka dgn rajinnya mengoogle cari resipi pes tomyam. Myresipi dan akk memang tak dapat dipisahkan, senang cerita cari kat myresipi je mudah semua ada kat situ. Sedap tomyam ni, secukup rasa mcm guna kiub juga cukup rasa ( hehh sekali lagi )


PES TOM YAM DAN TOMYAM ASLI THAI
Resepi : Myresipi @ CikManis
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • ***PERENCAH TOMYAM***
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili kering
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu udang kering
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 inci belacan (dibakar)
  • air asam jawa, gula & garam- Nisan - Rosaliza tambah
  • Kiub ayam - EmbunRosaliza tambah
  • ***SUP TOMYAM***
  • 1/4 ekor ayam
  • 5 ekor udang
  • 2 ekor sotong
  • 1 biji bawang besar (potong enam)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 batang lobak merah, bunga kobis dan sebagainya
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato (potong empat)
  • 1 sudu besar perencah tomyam buatan sendiri
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis
  • 3 sudu susu cair / susu sejat
  • cili padi
  • garam
  • daun ketumbar

Cara-cara

  1. Mula-mula sediakan perencah tomyam. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga menjadi pes. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nk guna boleh ambik..
  2. Untuk tomyam, rebus ayam beberapa minit bersama air. Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas. Kemudian masukkan sotong, udang, sayur-sayuran seperti lobak merah, bunga kobis, tomato dan sebagainya.
  3. Masukkan pes tomyam, sos ikan, perahan limau nipis dan sedikit garam.
  4. Padamkan api. Masukkan susu cair dan daun ketumbar.
  5. Tomyam sedia dihidang.


Agak cair sikit kaler tu kerana akk letak dlm 2 sudu besar je, takut amani pedas, huhu rupanya dia tak mkn pun tomyam ni.




Ini akk buat masa belum puasa lagi,

Selamat menjalani ibadah puasa













12 comments:

Assalam..nampak cam tomyam kat kedai la...
 
Assalam...pepagi dah tengok tomyam.. :| mula la nak bilang berapa jam lagi nak bukak puasa.. aiyoo... hihi
 
HAI KAK..RAJIN BUAT PES SDRI..HEHE..TAPI LG SEDAP DR YG BELI KAN..

eh hurup beso..dah malas nak padam..eheh
 
tqvm for sharing..tomyam adalah kegemaran ku..
 
Assalam Kak,
wah rajin betul buat pes tomyam..
my anak2 suka hirup tom yam, tak kiralah yang merah ke yang putih..selalu kita guna kiub tu aje..hehe..malas nak buat pesnya sendri..hehe
 
sedapnya tomyam.. tetiba je basah tekak ni.. nyam nyam.. tq for resepi.. :D
 
sedapnya tomyam..dalam rumah suripun kalau tomyam..mmg tak sedar licin seperiuk..
 
tomyam..mmg sedap dan mudah nak buatnyakann...

 
Ikut resepi ni memang best....dah 3x makcik buat tapi tak ambik gambar...maklum time tu belum punya blog masakan....
 
Belum buat tomyam lagi sejak puasa ni ER
 
Senang je sebenarnye buat pes tu ye..dah muak beli yang segera.. :)
 
Resepi yang simple, tapi sedap !!
boleh makan ngn nasi, boleh makan ngn bihun..
nak cuba ikut resepi ni la nnt..terliur..

Jemput ke blog saya..

http://norzuryati.blogspot.com

~perkongsian ttg kehidupan, tips kesihatan, tips kecantikan, tazkirah dan sebagainya..
moga bermanfaat
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...