Tupat Dakap yg akk buat ni kosong je kat dlm, kalo yg ada inti pisang tu akk panggil pulut pisang ( biasanya ada dijual sebagai sarapan ). Kalo tupat dakap ni biasanya org buat masa raya, ganti ketupat daun palas. Begitulah kisah.
Sebenarnya pertama kali akk buat ketupat dakap ni. selalu dok tgk Linapg membuatnya. Kalo masa hari raya MIL Linapg selalu bagi ketupat ni buat santapan kita kat kampung, memang sedap sangat maklum lah air tangan org dulu2.
Minta izin akk nak C n P resipi ya adikku. Kalo nak tgk ketupat daun pisang yg comel boleh ke TMK
RESEPI KETUPAT DAUN PISANG/KETUPAT DAKAP
By : Lina pg
Kongsi bersama : embunrosaliza
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras pulut.
- 700-750ml santan pekat
- 2 sb gula
- secubit garam (lina pg letak 1sk)
- Daun pisang dan tali rafia (untuk membalut ketupat)
CARA-CARA:
- Beras pulut dicuci hingga betul2 bersih (cuci hingga air cucian menjadi jernih).Rendam semalaman.Toskan hinggan kering
- Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih
- Sementara itu satukan santan pekat, garam dan gula (Garam dan gula ikut selera ya).Kacau hingga garam dan gula hancur.Rasa dulu masin dan manisnya.
- Panaskan santan atas api hingga naik wap sahaja.Jangan biarkan santan mendidih takut pecah minyak dan cantik.Sentiasa kacau ya.Tutup api dan sejuk sebentar.
- Kukus beras pulut hingga separuh masak (anggaran 20min)
- Angkat pulut dan tuang ke dalam bekas yang besar.Pulut diarun dengan santan.Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit dan gaul rata.Memadai setakat lembabkan pulut.Kalau dah ok, tak perlu habeskan semua santan.Biarkan sebentar supaya pulut mesra dengan santan (anggaran 10minit)
- Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus hingga masak.(pastikan air kukusan telah mendidih)Anggaran dalam 20-25min.
- Setelah pulut masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas yang besar.Sejukkan sebentar
- Daun pisang hendaklah dilayukan atas api atau di bawah cahaya matahari supaya daun pisang tidak pecah semasa proses membalut ketupat.
- Daun pisang dilap bersih dan siat lebar sedikit dari tapak tangan.Macam buat lepat tuh..
- Letakkan pulut lebih 2 sudu besar dan dibentuk seperti gambar kat atas tuh.Sorry ya..saya tak tunjukkan step by step sebab buat 2-3 kerja dalam satu masa.Nak cepat punya pasal.
- Selesai membalut, kukus semula ketupat selama 8-10min.Ketupat sedia dimakan...
Oh ya baru teringat akk masak dsbs dan tupat dakap ni masa hari bapa hari tu, dh lamakan,
10 comments:
pandai wt sndr lg puas mkn.Dh comey dh ketupat dakap ni..kerahan tenaga camtu la mcm2 saiz,janji cpt siap hehe
mas selalu beli jerkk..
meh sepinggan wat berbuka nnti...he3
Post a Comment