Resepi : Ikan Siakap Masak Kari
Olahan : Amie's Little Kitchen
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (800 gram) - bersihkan dan potong 4
2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 sudu makan serbuk kari ikan - Amie tambah lagi 1 sudu serbuk kari daging
2 biji tomato - belah 2
2 biji cili hijau - belah 2
2 pelepah daun kari - lurutkan daunnya
1 sudu makan pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
minyak
Bahan kisar:
10 biji cili kering
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya untuk menumis bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Perlahankan api dan masukkan serbuk kari ikan serta serbuk kari daging dan daun kari.
3. Gaul rata dan tambahkan 1 cawan air serta pati asam jawa. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan pekat dan apabila kuah mula mendidih sekali lagi, masukkan ikan siakap.
5. Jangan masak terlalu lama kerana ikan siakap sangat lembut. Berhati-hati ketika membalikkan ikan siakap supaya tidak pecah.
6. Masak di antara 5-7 minit.
7. Masukkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
8. Masukkan tomato dan cili hijau.
9. Setelah santan pekat dan naik minyak, tutup api dapur.
6 comments:
Terliur nengok kari ikan siakap ni....
Wah, nice idea kak. Mesti mewah rasanya.
Bila tengok pulut dakap, dll beberapa hari dulu dlm dashboard, dah teringin... tp tak bole klik. huhu. ms intenet ok, terus komen laju-laju.
Mohon maaf sempena Ramadhan ini kak.. :)
Post a Comment