Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 26, 2020

KETUPAT PALAS KELANTAN

Assalamualikum, hari ni puasa hari ke 28, jumaat 22.5.2020, merajin kan diri buat ketupat palas serunding daging cara saya.

 Pulut yg di arung dgn santan
 Daun palas yg di buka terlebih dahulu
 Mula2 buat agak lambat sikit
 Pulut lps arung, sejukkan terlebih dahulu
 Tangkai panjang2, siap baru potong
 Hasil air tangan Eqa dan adik puteri. X tau ketupat versi negeri mana
 Siap potong tangkai, siap sedia utk rebus, lebih kurang sejam merebus dgn periuk tertutup
 Untuk di frozenkan
 Yg ni ada org nk beli, jual rm1 sebiji, tp mcm x berbaloi sebab berat 30 biji lbih dr lkg yg tepatnya 1479gram 30 biji
Siap di rebus dan siap utk di mkn

KETUPAT MANIS SERUNDING DAGING
RESIPI : EMBUNROSALIZA
Rujukan : Norly ExSMTM

Bahan2
2 kg beras pulut, cuci bersih dan rendam  4 jam
Daun palas secukupnya
1 kg Santan Pekat
31/2  Cawan gula.
2 Sudu Besar Garam
Daun Palas Secukupnya

Cara2
1. Didihkan air didalam pengukus
2. Masukkan pulut kukus sehingga masak 30 minit.
3. Masak santan bersama garam hingga mendidih dan agak pekat, masukkan gula kacau sebati dan mati kan api
4. Sejukkan seketika santan
5. Apabila pulut sudah naik wap, keluarkan pulut dr kukus.
6. Masukkan pulut kedlm bekas yg besar (besen )
7. Masukkan santan kemudian kacau sebati sehingga mesra dan santan meresap ke dlm pulut.
8. Bungkus ketupat sehingga habis
9. Potong daun atau tangkai yg berlebihan.
10. Gunakan tangkai yg di potong sebagai lapik atau alas di dasar periuk.
11. Susun ketupat didalam periuk
12. Masukkan air sehingga separuh ketupat.
13. Tutup periuk, rebus ketupat sehingga air hampir kering.
14. Kalau nk selamat apa bila air hampir kering, keluarkan air dr periuk, lps tu rebus blk sehingga air kering, masa ni jaga api dan ketupat jgn sehingga hangit ( tujuan utk keringkan air betul utk melambatkan ketupat dr basi.
15. Siap, sejukkan.
16. Sekiranya ingin frozen, lps bungkus masukkan ke dlm plastik, dan masukkan di tempat beku. Boleh di kukus utk mkn.
17. Siap.


2 comments:

Ooo jual juga ketupat daun palas ye.
Sedap ketupat ini, boleh isi macam-macam inti.
 
Kebetulan hari tu ada org nk 30 biji Amie, sambil2 buat tu lps la kos daun palas yg mahal tu. Memang kenangan sungguh daun palas 2 pelepah harga rm 5
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...