Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 23, 2011

PUDING ROTI MARBLE

Ramadhan yang ke 23..sekejap jekan masa berlalu, sekarang sibuk nak balik kampung pula. Insyallah esok lepas buka akk balik kampung.


Puuding rpti marble yang tak pernah jemu dimakan dan dibuat. Bulan2 puasa ni roti tak jalan mkn gitu, selalu nak ngabiskan roti yang berbaki



puding roti marble
resipi asal : HANAmemories
CnP : Blog LINAPG
kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan ( satu loyang )
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 (sy gn agar2 10g)
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air (4cawan)
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan
  6.  hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.

selamat menjalani ibadah puasa

Monday, August 22, 2011

PUDING ROTI KARAMEL

Assalamualaikum buat semua. Hari ini dah pun 22 ramadhan, tak lama lagi Syawal menjelma tiba. Banyak lagi n3 menuggu untuk dilangsaikan sebelum jadi terlebih basi. 


Seminggu sekali akk buat puding roti karamel ni, anak2 memang suka. 


PUDING TELOR BEROTI @ PUDING ROTI KREMER
resepi asal : http://embunrosaliza.blogspot.com 


Bahan2nya

~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam
~ 1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis
~esen vanilla

Cara- cara

Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blender  bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang  gula hangus dan kukus sehingga masak..



****Gula Hangus****
sediakan loyang dan masukkan 3 sudu besar gula, nyalakan api yang sederhana, kacau gula sentiasa agar gula tidak hangit , tunggu sehingga gula cair sepenuhnya dan berwarna kekuning2an. Kemudian, terus angkat loyang dari atas dapur, ketepi. Gula hangus ini akan mengeras, tetapi akan cair semula bila kita mengukus nnt. 





Semalam pun akk ada buat tapi guna coffemate, pas tu letak perisa coklat, menjadi juga. Kalo sempat nnt akk n3 puding yang tu pulak.

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua

KAD RAYA

Selamat hari raya aidil fitri buat semua, suka bila dapat ecard raya dari teman blogger


dari NIDA di New Zealand

Semoga persahabatan maya kita berpanjangan, jangan sedih2 raya di rantau ya

Sunday, August 21, 2011

BUTIR NANGKA

Salam ceria buat semua, dahpun 21 hari kita berpuasa. Butir nangka warna warni. Sejak akhir2 ni, ramai blogger  masakkan membuat kuih muih yang berwarna warni, ala2 pelangi, tapi tak lah sampai 7 kaler pun. Akk pun terpengaruh juga, lagi pula memang cantik bila warna warni.


 rendam dengan air terlebih daulu sebelum masuk dalam kuah
 suka tengok warna warni, kalo yg ori kaler putih je
 kuah putih je, kuah ni akk campur dengan 1 sudu halba
lemak manis berkrim.....


Selamat menjakani ibadah puasa dan selamat mengukis buat semua

Saturday, August 20, 2011

KUEH TEOW LADNA

Assalam, dah pun masuk hari ke 20 kita berpuasa, masing2 dah sibuk buat biskut dan persiapan terakhir beli baju raya. Minggu depan ramai yang akan meninggalkan rumah masing2 untuk pulang ke kampung halaman masing. Boleh dikatakan ramai blogger2  ni perantau.


Menu kesukaan anak2, kueh teow ladna, Kalo Eqa dan Adda makan kat kedai tak ada benda lain yang diorang nak , mesti kueh teow ladna je., kecualilah kalo kita semua makan nasi, barulah dia makan nasi.


KUEH TEOW LADNA
Resepi : embunrosaliza


Bahan-bahan


kueh teow -  digoreng seketika dan di campur kicap manis, ketepikan


Untuk kuah


4 ulas bawang putih - diketuk2
2 sudu minyak
2 sudu sos tiram
2 kiub ayam
2 biji telur
sekeping dada ayam - di potong kecil
sotong - di potong bulat
lobak merah
putik jagung
kailan
cili padi
cili merah
garam  secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung
air secukupnya

Cara-cara


1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kuning. 
2. Masukkan ayam yg dipotong kecil2,kemudian masukkan sotong biarkan seketika.
3. Bila ayam dah masak, masukkan air, sos tiram, kiub ayam, dan garam, tunggu sehingga air mendidih. seketika. 
4. Masukkan lobak merah dan sayur2 lain serta cili.
5. Masukkan telur
6. Kemudian  masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah.
7.Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow.

Cara menghidang, cuma letak kueh teow dalam pinggan kemudian letakkan kuah ke atas kueh teow tadi, siap. Sedap dimakan panas2.

Kueh teow kesukaan Eqa dan Bby Adda


Masak 2 bungkus tak berapa nak cukup untuk diulang lepas balik terawih, habis masa buka lagi. 


Puas hati makan hasil buatan sendiri, dulu2 rasa macam susah je nak buat kueh teow ladna ni, rupanya senang bangat.


Selamat menjalani ibadah puasa buat semua

Friday, August 19, 2011

DONUT...

Resipi donut yang paling best dan memang menjadi, kalo dulu2 akk buat donut selalunya kejadian tu tak seperti yang kita impikan. Tetapi setelah mencuba resipi HASUE ni, memang menjadi dan gebusss je donut, malahan boleh juga dibuat roti, atau pizza.


Kali ini buat topping coklat, memang habis dimakan anak2 sesambil main berlari2 berkejaran diluar rumah, anak2 kat sini bila time bulan puasa terasa macam pesta lak, diaorang boleh keluar rumah main bersama, yang kecil main kejar dan bunga api je, tapi yang remaja sikit ada juga lah yang main mercun. Dekat2 pukul 9 tu, senyap sekejap, masing2 pergi solat terawih.


Jom buat donut mudah ini, terima ksaih banyak2 pada penyumbang resipi ini HASUE 





DONUT ... LAGI

resipi : HASUE
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara


  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
gebu je donut ni

yang ni saje ngetest, buat roti ala pizza dengan menggunakan 
adunan ini...


selamat berpuasa hari yang ke 19

Thursday, August 18, 2011

DAGING MERAH ALA THAI

Salam ramadhan yang ke 18 buat semua. Mesti dalam paler masing2 sibuk dok fikir2 nak masak apa hari inikan. Kalo dah ada menu, best je rasa, tak payah nak fikir2 lagi. Macam akk biasanya tanya anak2 je nak makan apa hari ini....tetapi ada juga menu yang akk pilih pun, janji ada yang diaorg suka. Lagi pula anak2 akk ni buka posa, lepas je minum air terus makan nasi, sesambil makan nasi tu selang seli lah dengan kuih muih. Masa buka posa best je tengok diorang ni makan, tapi sahur cuma akk, Along, angah dan Eqa je makan nasi, yang lain2 tu mkn roti ke conflake atau biskut je. 


Ini salah satu dari menu kesukaan anak2 akk, memang menjadi ata mereka, lagi sedap dari kat kedai.....jom tengok resipi kut2 ada yang nak masak daging hari ini.
DAGING MERAH ALA THAI
resepi : jeezy@ myresipi
kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan - bahan 


1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)


Cara-cara


1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 .
2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket


tersangatlah sedap daging merah ala thai ini.


Selamat menjalani ibadah puasa buat semua.

Wednesday, August 17, 2011

SALAD BUAH-BUAHAN

Alhamdulillah, hari ini dah pun masuk hari ke 17 kita berpuasa, cepat sangat masa berlalu.Masing2 dah siap buat biskut raya, akk belum lagi, bahan2 semua dah beli. Tahun ini akk buat biskut yang anak2 suka sahaja, dan 2, 3 jenis je.


Ada ke patut salad buah buat buka posa...tak patut,....tak patut. Sebenarnya akk buat ni, bagi memenuhi permintaan bby adda, kesian lak dia nak makan salad ni, jadi nak tak nak terpaksa lah akk buatnya,. Hari tu dia tengok 5 rencah 5 rasa , terliur lah pulak, dan dia minta untuk buat buka posanya. Semagkuk besar akk buat semangkuk kecil je dia makan. Teruja nak main masak2 pun ada heheh.


SALAD BUAH - BUAHAN
Resipi : embunrosaliza


1. Buah2an secukupnya 
- dipotong dadu kemudian direndam air garam
2. mayonis - secukupnya
3. 1 sudu besar gula


Cara- cara
Toskan buah2an yang dipotong tadi, kemudian masukkan kedalam bekas yang agak besar. Masukkan mayonis dan gula. Gaul hingga rata. Tutup bekas tadi ,kemudian boleh lah disimpan didalam peti ais. Siap.
akk guna semua buah dalam bekas  ni. Banyak sangat dapat, tapi yang dikutipnya anggur je heheh


dua hari jugalah nak ngabiskan salad ni


Selamat berpuasa buat semua.....

Tuesday, August 16, 2011

IKAN TERUBUK BAKAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ini insyaallah kita berpuasa hari ke16, terasa macam sekejap saje menjalani ibadah puasa tahun ni.


Menu ikan terubuk bakar ni yang dah sejuk ya, maknanya akk buat n3 apa yang akk masak minggu lepas, baru sempat nak n3, lagi pula akk snap pic untuk seminggu baru transfer ke pc, malas juga nak upload kalo sikit2. Itu pun byk juga pic yang tak sempat dan tak ingat nak snap.


Menu terubuk bakar ni, kalo tak silap akk sama lak  masa yang RYO buat tayangan amal terubuk bakar  segarnya kat Miri


terubu ni akk bakar atas dapur gas je, malas lah nak bakar ngan arang, nak bagi keluar bara tu pu dah dekat sejam huhu, malasnya.


Akk buat air asam, main potong2 je, tak ada yang istimewa pun
ikan bakar ni hanya akk sorang yang makan, yalah makan time buka posa, susah sikit takut tercekik tulang je. Lepas makan nasi akk ratah gitu je. Pertama kali bakar ikan di bulan puasa.


Selamat menjalani ibadah puasa, semoga segala amalan yang kita lakukan hari ini diberkati Allah.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...