Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat buat semua. Esok seluruh umat isalam akan menyambut bulan Ramadhan, di kesempatan ini akk ingin mengucapkan buat semua, Selamat menjalani ibadah puasa, semoga segala amalan kita di terima Allah. Sekian
Bercerita tentang N3 hari ini pulak :~ Dengan perasaan ingin mencuba, pagi 8.7.12 akk telah DIY taufu fah, resipi kak Ilahjy. Alhamdulillah menjadi dan rasa yg sangat sedap. Kekadang tu bila beli kat pasar mlm terlalu keras sikit dan rasa rasa lain sikit, yg ni sedap n lembut sangat. Terima kasih pada kak Ilahjy pada resipi sumbangannya. Izinkan saya panjangkan resipi kat dapur Embunrosaliza pula untuk di kongsi2kan bersama yg lain
TAUFU FAH
Resipi : Ilahjy (resepi sumbangan JY )
Kongsi bersama : http://embunrosaliza.blogspot.com
Bahan2
3 CAWAN KACANG SOYA (RENDAM 8JAM)
1 CAWAN TEPUNG JAGUNG
18 CAWAN AIR (GUNA UNTUK MENGISAR KACANG)
1 CAWAN AIR MASAK/MINERAL
1 SUDU TEH UBAT TAHU FAH/SAIKO (KAT KEDAI UBAT CINA ADA)
AIR GULA MERAH SECUKUPNYA UNTUK DIMAKAN BERSAMA TAHU FAH NI...ATAU AIR GULA PUTIH PUN BOLEH IKUT SELERA KITA
CARA MEMBUATNYA:
1. KISAR KACANG SOYA DGN AIR 18 CAWAN TU SAMPAI HANCUR.
2. TAPIS GUNA KAIN PUTIH. JANGAN SAMPAI ADA TERMASUK SISA KACANG DLM AIR TU..NANTI TAK JADI PULA
3. PASTIKAN JUMLAH AIR KACANG SOYA CUKUP 18 CAWAN SETELAH DIMASUKAN KEDALAM PERIUK.
4. DIDIHKAN AIR TERSEBUT.
5.DALAM BEKAS YANG TAHAN PANAS..PERIUK ATAU BEKAS SIMPAN NASI TUU... YG SECUKUP BESAR DGN AIR SOYA. (BEKAS KE DUA LAH NI..)
6. BANCUHKAN 1 CWN AIR DGN 1 SUDU TEH SAIKO TADI SAMPAI SEBATI. MASUKAN KE DLM BEKAS DI ATAS.( bancuh bersama tepung jagung )
7.KEMUDIAN TUANGKAN AIR KACANG SOYA YG MENDIDIH TADI KEDALAM PERIUK BERISI BANCUHAN TUUU.. TUANG TINGGI2 TAU.
8.TUTUP DGN PENUTUP PERIUK BIAR BEKU. 15 MINIT DAH BOLEH MAKAN.! JANGAN DIUSIK2 SELEPAS TUANG KE DLM PERIUK TU NANTI TAK JADI PULA KALAU DAH 1/2 JAM TAK BEKU.. MAKSUDNYA TAK MENJADI LAH.. KENA LAH CUBA LG...
9.KACANG MESTI YG BERKUALITI BARU JADI. KACANG YG ROSAK ATAU DISIMPAN DLM PETI SEJUK TAK AKAN JADI TAHU FA KITA TU
SELAMAT MENCUBA... BANYAK DAH SAYA MENGAJAR DIKELAS SECARA PERCUMA RAMAI KAWAN2 DAH BUAT BISNES SAMBIL2LAN BW PERGI TEMPAT KERJA ....
ADA SESAPA TAK TAHU TAHU FAH NI MCMANA? ALAH KAT PASAR MALAM BYK JUAL...DLM BEKAS PLATIK DICEDUK GUNA SENDUK NIPIS TUUU DIJUAL BERSAMA AIR KACANG SOYA TUUU..
RESEPI NI PAYAH ORANG NAK KASI...(KEDEKUT ILMU).. SO SEMENTARA DAH ADA NI AMEK LAH BUAT KOLEKSI BAGI YG BERMINAT LAH...
TERIMAKASIH. . KALAU TAK MENJADI TAN! YA SAYA SEMULA...
BOLEH DIWARNAKAN SEMASA MENDIDIH TADI...PINK ATAU HIJAU.... TAPI AIR GULA PUTIH AJE LAH..MAKANNYA. .
PETUA DARI SEORANG AHLI RESPEKS * (copy n paste dari blog kak ilahjy )
kalu ikut apo yg den belajar dgn adik chef li tu ( pengarang buku jutawan senyap )
sukatan kacang soya tu 1kg nisbah dgn air 10 liter. kacang soya yg bagus dari kanada.
dio tak pahit. yg lain tu ada sikit pahit.
maso nak campurkan air soya tu ngan saiko, kono masukkan saiko dulu dlm bokeh ( yg kato cik jalilah, periuk )
tuangkan laju ( dlm kiraan 10 saat ). sobab, kalu lambat soya tu akan beku. fungsi saiko ialah membekukan
air soya tu. lopeh dah curah abih. pokap atau tutup permukaan ateh soya tu dgn kain ( selalu org guno tuala
good morning ) ini untuk merapatkan molikul2 soya tu. kalu tak dio akan memocah. tak berapo jadi la kiro
permukaan dio tu. laie satu, kalu dah buleh makan, buangkan permukaan ateh dio yg berbuih tu. bukan apa,
ko ado yg goli kang nampak buih2. pas tu maso makan tu kan, campur dgn air soya. lotak lak ais dlm 4~4 kiub,
fuhh amek2 sodap jang.
Banyak sangat dapat satu bekas nasi yg kecil tu. Taufufah ni akk simpan dlm peti ais 3 hari pun masih ok lagi. Anak2 makan sikit je, tu pun amik hati mama dia. Tapi bila hari ke3 ada yg baru nak rasa, pas tu tanya dh habis ke ?..Maknanya sedap la tu. Lain kali rasa dulu yg mama buat, ini bukan beli pasar malam huhuhu..anak2ku penghibur hati ku
Friday, July 20, 2012
Thursday, July 19, 2012
SAMBAL BELACAN BUAH BACANG
Assalam, dah lama terliur nak makan dan menerai sambal belacan buah bacang, malam tadi MIL sampai dari kampung, ada buah bacang 2 biji. petang ni (29.6.12 ) terus menumbuk sambal belacan, sekejap je siap. Dah lama habis sambal ni, baru leh letak N3 hari ni ( 19.7.12) Terima kasih buah Naz yg pandai menggoda akk dan berkongsi resipi. Akk panjangkan resipi sambal ni kat sini pulak, untuk rujukan masa depan :
pic pulak kelabu asap...kalo snap mlm2 selalu jd mcm ni.
SAMBAL BELACAN BUAH BACANG
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan :
pic pulak kelabu asap...kalo snap mlm2 selalu jd mcm ni.
SAMBAL BELACAN BUAH BACANG
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan :
- 1 biji buah bacang yang masak(sederhana besar)
- 6 biji cili merah
- 4-6 biji cili padi
- 2 inci belacan - dibakar
- Gula
- Garam
- Asam limau nipis/ limau kasturi
Cara-cara :
- Kupas kulit buah bacang dan cincang kasar isinya.
- Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan bakar hingga mendapat teksture yang dikehendaki(sebab ada orang suka sambal belacan yang halus, ada juga yang suka cilinya masih kasar-kasar).
- Masukkan gula dan garam. Gaul rata.
- Masukkan pula buah bacang yang telah dicincang kasar tadi. Gaul rata dan rasa masin dan manisnya biar seimbang.
- Perahkan jus limau nipis/ kasturi sekiranya suka atau perlu.
- Hidangkan.
NOTA :
- Kepedasan tu boleh adjust ye.. Ikut la lidah masing-masing tahap kepedasannya..
SELAMAT MENCUBA!
Wednesday, July 18, 2012
HOKI - ROYAL SELANGOR CLUB
13.7.12
pasukan akhir, skbb girl A lawan sekolah apa tah....
Eqa buat panalty....
Mendapat tempat ke 2 setelah kalah panalty 2-3
pasukan akhir, skbb girl A lawan sekolah apa tah....
Eqa buat panalty....
Mendapat tempat ke 2 setelah kalah panalty 2-3
Monday, July 16, 2012
SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU@ PUCUK UBI KAYU
Selamat petang buat semua, dh senja baru nak post n3. Pertama kali makan sambal tempoyak daun kayu ni bulan posa tahun lepas, memang sangat2 jatuh chenta dan sedap sangat, masa tu kawan akk beli kat pasar malam, dia tau akk suka tempoyak dan di belinya satu utk akk rm3.00 sebekas kecil je, memamg sedap sangat. Dari rasa tu akk mencuba dan mengolah sambal pucuk ubi kayu ni ( daun2 lain tak ada kecuali pucuk ubi dan daun kunyit saje.
Sambal tempoyak pucuk ubi
1 ikat pucuk ubi - di celur terlebih dahulu kemudian di hiris halus2,
1 helai daun kunyit - hiris halus
7 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
segemgam ikan bilis *
2 sudu besar tempoyak
1 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
garam dan perasa ( embun guna kiub ikan bilis )
Cara2
Tumbuk bahan bertanda, kemudian masukkan pucuk ubi dan semua bahan2 diatas ke dalam periuk , masaklah dengan api yg perlahan. Sesuaikan rasa. Siap

Friday, July 13, 2012
IKAN CENCARU SUMBAT GORENG
Assalam buat semua, dah lama nak masak ikan cencaru sumbat, tapi kelapa pulak tak ada, selalunya akk punggah kelapa dari kampung. Masa blk kampung cuti sekolah hari tu, sbb cuti seminggu sampai lupa nak kupas nyor untuk bekalan ke KL huhu. Memandangkan banyak resipi cencaru sumbat guna kelapa, jadi akk mengGoogle terjumpa resipi Kak Nor Secubit Garam buat ikan cencaru sumbat tanpa kelapa , terus akk menbuatnya. Oh ya ikan cencaru juga dikenali sebagai ikan jeket ( masa akk dok asrama dulu2 ), kalo di klate di panggil ike kheronge, sebut betul2 khonge ( kalo dibahasa malaysikan jadi khorenge gitu heheh )
Merapu meraban pulak . Minta izin ya kak nor nak kongsi resipi di dapur embunrosaliza pulak.
IKAN CENCARU SUMBAT GORENG
resipi : K.Nor@SecubitGaram
kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan:
3 ekor ikan cencaru
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 in kunyit hidup
1 biji cili merah
3 - 5 biji cili api
sedikit belacan
3 sudu besar air asam jawa pekat
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
garam
gula
minyak
Cara:
Belah belakang ikan cencaru, bersihkan dan toskan.
Tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, cili merah, cili api dan belacan hingga lumat.
Masukkan air asam jawa, daun kunyit, gula dan garam dan gaul.
Masukkan kedalam ikan cencaru dan perap 1/2 jam.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.
sedap ikan ni, mmg sesuai di hidang di bulan puasa nnt
insyallah mlm ni, lepas isyak akk nak blk kampung nak ambil nyor banyak2, bonda kata ada banyak kelapa .

Thursday, July 12, 2012
BINGKISAN DARI DESA BUAT TATAPAN - EN DAUN
30.5.12 cuti sekolah baru2 ni akk sempat blk kampung selama seminggu. Bingkisan ini khas buat tatapan adik2ku.
Ain dan Nabila, dh besar mereka ( anak arwah abe sulungku )
Amani panggil aman, suka bergayut kat palang besi utk letak generasi kedua
model lepas bangun tido,
labu air di tepi pagar sebelah rumah
pokok anggur yg semakin besar n merimbun..buah tara. Dah beralih ke tepi kolam.
jom ar adik2 ku sekelian kita balik kampung. Esok malam 13.7.12, insyallah akk n famili blk kampung lagi. Jom la LINAPG kita blk sama2 cuti sabtu ahad je

HOKI DI MAJLIS BANDARAYA IPOH ( MBI )
Hoki ini berlangsung pada 23.6.12 - 24.6.12, ini merupakan acara yg diadakan setiap tahun, penyertaan adalah terbuka pada semua sekolah sama ada bawah 18 atau bawah 12 tahun. Penyertaan dari seluruh Malaysia, sesiapa yg ingin menghantar pasukan di alu2kan. Pasukkan SKBB menghantar 3 pasukkan 2 pasukkan lelaki dan 1 pasukkan perempuan. Pada tahun ini SKBB hanya ke suku akhir sahaja. Sekian
Pelapis cilik hoki bersama Cikgu
Yokkk kita main golek2 kat sini pulak, Amani dan Ucunya
p/s Esok 13.7.12 ada perlawanan hoki di RSC ( royal selangor club )
Pelapis cilik hoki bersama Cikgu
Yokkk kita main golek2 kat sini pulak, Amani dan Ucunya
p/s Esok 13.7.12 ada perlawanan hoki di RSC ( royal selangor club )
Wednesday, July 11, 2012
WORDLESS WEDNESDAY
Tak lekang dek panas...tak lapuk dek hujan....dari dulu kini dan selamanya dihati
Dak Amani pun sukee
Dak Amani pun sukee
Monday, July 9, 2012
KEK KEJU @ LIGHT CHEESE CAKE
Dah pun 9.7.12 , baru sempat nak letak n3, ruginya banyak hari tak megemas kinikan blog kesayangan ni. Sejak akhir2 ini bayak benda2 yg hendak dibuat, tapi tak terbuat2 juga, menjahit baju anak2 pun belum siap, baju mama laju siap hehe. Langsir yg ruang tamu baru siap dlm bilik baru je gunting. Hurmmm langsir umah akk ni biasa2 je jahit lurus je takde yg pelik2 heheh .
Semalm ke Nilai lagi jalan2 cuci mata. .
Kek Keju menjadi kesukaan anak2 kat rumah ni, tapi makan sikit2 je tapi berulang2.Sebenarnya dah lama juga akk buat kek ni, tapi hari ini baru sempat mengN3. Selepas ini insyallah akan buat lagi kek yg sangat sedap ini. Resipi ni biasa lah akk guna resipi HASUE Mekasih Sue berkongsi resipi. Akk panjangkan resipi ini seklai lagi disini
LIGHT CHEESE CAKE @ KEK KEJU
kejadian yg serupa berulang kembali, kek menjadi 2 lapis, tapi akk suka yg mcm ni, yg kat bawah best je. tapi lagi best bila di makan yg gebu dan yang padat tu, sedap......

Kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A• beberapa titik esen vanila/jus lemon
Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja

Subscribe to:
Posts (Atom)