Bye bye, habis game terus balik Johor, sirkit ke 5 berlangsung di KL, jumpa lagi di Open Kuantan lepas raya haji
Friday, November 14, 2014
LIGA HOKI KPM - SIRKIT 4 KUANTAN - SSTMI
Liga hoki KPM sirkit 4 berlangsung di Kuantan pada 26 - 28 September 2014 : ~
Tuesday, November 11, 2014
PAJERI NENAS KUNING
Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Lemaunya nak taip N3 lama berehat mcm ni lah jadinya. Pajeri nenas ni selalu makan masa kecil2 dulu, kat kelantan pajeri macam ni agak popular juga. Ada yg suka pajeri tanpa santan mcm ni dan ada juga yg menggunakan santan dan kerisik tu. Bagi saya dua2 pun ok, saya suka saya suka. Pajeri biasanya mcm acar untuk menghilangkan rasa muak pada nasi yg berperisa
PAJERI NENAS KUNING
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com
1 biji nenas - kupas kulit dan potong kecil - di celur sekejap
3 ulas bawang merah - di mayang
2 ulas bawang putih - di mayang
Sedikit halia - di mayang
kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
Garam
Gula - 1 sudu besar
Cuka - 1 ke 2 sudu besar
Sedikit serbuk Kunyit
Air
Cara - cara
PAJERI NENAS KUNING
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com
1 biji nenas - kupas kulit dan potong kecil - di celur sekejap
3 ulas bawang merah - di mayang
2 ulas bawang putih - di mayang
Sedikit halia - di mayang
kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
Garam
Gula - 1 sudu besar
Cuka - 1 ke 2 sudu besar
Sedikit serbuk Kunyit
Air
Cara - cara
- Tumis bawang merah, bawang putih, masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan serbuk kunyit.
- Masukkan air,cuka garam, dan gula
- Kemudian masukkan nenas
- Masak sehingga agak pekat sikit
- Sesuaikan rasa, masam dan manis. Siap
Friday, October 31, 2014
KERABU TAUGEH BERSAMA KERANG
Assalamualaikum buat semua dan salam sejahtera, sesekali makan kerabu memang best, Tapi kalo bab2 kerabu ni tak boleh lawan air tangan bonda yg membuatnya pasti lagi sedap. Jarang2 beli taugeh kat rumah ni, anak2 pun tak suka sangat makan taugeh ni,
KERABU TAUGEH BERSAMA KERANG
Resipi : Resipiummi
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
KERABU TAUGEH BERSAMA KERANG
Resipi : Resipiummi
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
2 cawan taugeh
5 batang kacang botor
1 biji bawang besar – boleh kurangkan
1 biji cili merah – boleh tambah
1/2 cawan udang kering -rosaliza guna isi ikan
1 cawan isi kerang rebus – boleh tambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya - kelapa goreng perang
Garam dan gula secukup rasa
5 batang kacang botor
1 biji bawang besar – boleh kurangkan
1 biji cili merah – boleh tambah
1/2 cawan udang kering -rosaliza guna isi ikan
1 cawan isi kerang rebus – boleh tambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya - kelapa goreng perang
Garam dan gula secukup rasa
** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi . Anda boleh tambah atau kurang ikut pada selera masing-masing ya..
CARA PENYEDIAAN:
Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis kemudian bersihkan taugeh dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja .rosaliza tak celur
Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing
Sekejap rasanya dah pun penghujung bulan Oktober
Friday, October 24, 2014
HOKI ZON BANGSAR 7-11/4/14 - SKBB GIRLS N BOYS JUARA
Entry tertunda bukan siaran tertunda ya, kenangan atau dairi hoki skbb, lewat sangat n3 ni, tapi kena letak juga. Nak buat karangan pun tak ada idea dh. Tgk gambar je lah :~
Tahniah buat semua
AQIL
AmbOOOOi ADDA
Tahniah buat semua
Tahniah buat semua
AQIL
AmbOOOOi ADDA
Tahniah buat semua
Thursday, October 23, 2014
SSTMI - HOKI KPM SIRKIT 3 - KUALA LUMPUR
Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua, sirkit 3 berlangsung di Kuala Lumpur dalam bulan Syawal, tarikh tak ingat. SSTMI games pukul 8 malam, maknanya tak ada gambar dlm kamera. Kalo snap pic pun mesti kelabu asap. Masa ni ramai pemain yg kena sakit mata.
Seterusnya Sirkit ke 4 akan berlansung di Kuantan Pahang
Seterusnya Sirkit ke 4 akan berlansung di Kuantan Pahang
Wednesday, October 22, 2014
SSTMI - HOKI KPM SIRKIT 2 - MELAKA
Sirkit ke 2 berlangsung di Padang Hoki UTEM Melaka, tarikh lupa pulak. Kami datang pada hari ke 2 game, Gerak dari KL pagi2 lagi tapi sampai padang hoki masa perlawanan tengah berlangsung. Gambar pun tak banyak snap, ini je yg ada :~
Penyokong setia datang , Masjid di Alor Gajah
Sirkit Ke 3 berlangsung di KL
Penyokong setia datang , Masjid di Alor Gajah
Sirkit Ke 3 berlangsung di KL
SSTMI - HOKI KPM SIRKIT 1 PERAK
Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah pcku segar bugar dah sekarang,N3 pasal hoki anak2ku pasti memenuhi ruangan blog Embun. Lama sudah gambar2 tersimpan dlm kamera. Pada yg kurang berminat pada sukan hoki sila abaikan ya. N3 ini di buat khas untuk kenang2an anak2ku yg semua terlibat dgn hoki sekolah, dari peringkat zon hingga ke peringkat negeri.
Hoki KPM ini baru bermula dan di perkenalkan pada tahun 2014 bagi pasukan perempuan bawah 14. Alhamdulillah anakku Eqa juga terlibat dlm KPM ini. Maka kami ibu bapa yg sentiasa memberi semangat dan dorongan sentiasa ikut kemana sahaja dia main.
Hoki KPM ini melibatkan semua sekolah sukan di Malaysia, samada sekolah sukan negeri dan sekolah sukan Malaysia. Setiap negeri mempunyai Sekolah Sukan Negeri masing. Sekolah sukan Malaysia ada 4 sekolah di Malaysia iaitu SSTMI ( Sek Sukan Tungku Mahkota Ismail ), Sekolah Sukan Pahang - Gambang, Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Sabah.
Sirkit 1 anakku berlansung di Padang Hoki Batu Gajah ( KTM ) :~
Hari ke 2 game
Alhamdulillah dua2 game menang.
Maaf gambar huru hara tak ikut turutan kat kamera pulak
Hoki KPM ini baru bermula dan di perkenalkan pada tahun 2014 bagi pasukan perempuan bawah 14. Alhamdulillah anakku Eqa juga terlibat dlm KPM ini. Maka kami ibu bapa yg sentiasa memberi semangat dan dorongan sentiasa ikut kemana sahaja dia main.
Hoki KPM ini melibatkan semua sekolah sukan di Malaysia, samada sekolah sukan negeri dan sekolah sukan Malaysia. Setiap negeri mempunyai Sekolah Sukan Negeri masing. Sekolah sukan Malaysia ada 4 sekolah di Malaysia iaitu SSTMI ( Sek Sukan Tungku Mahkota Ismail ), Sekolah Sukan Pahang - Gambang, Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Sabah.
Sirkit 1 anakku berlansung di Padang Hoki Batu Gajah ( KTM ) :~
Hari ke 2 game
Alhamdulillah dua2 game menang.
Maaf gambar huru hara tak ikut turutan kat kamera pulak
Tuesday, October 21, 2014
INDULGENCE CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE @ KEK INDULGENCE BEST
Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua, kek yang paling di gemari anak2 kat rumah ni, kali pertama buat sendiri kek indulgence,kali pertama lina pg tulun buatkan, akk buat kek coklat je. Tq linapg atas tunjuk ajar ya. Kek ni seperna hari jadi dak Eqa, masa besdaynya dia berada di asrama, jadi masa cuti hari merdeka baru buat kek untuk dia
Cara-Cara:
![]() |
RESEPI INDULGENCE CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE
By : LiNa Pg
(Untuk step by step sila rujuk ke blog Evelyn Gemina, untuk rcp CCMC refer blog kakzu)
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
LAPISAN KEK
KEK COKLAT MOIST/KEK SPAN - potong kepada 3 lapisan
Kek Coklat Moist resepi simpanan LiNa Pg boleh refer SINI
Kalau nk buat Kek Span boleh refer SINI
Boleh guna mana resepi kek span kesukaan masing2.Kat Blog rujukan di atas juga ada rcp kek span/chiffon
LAPISAN CHEESE
Bahan-Bahan
- 250 gm creamcheese
- 120 gm gula castor
- 150 gm uht whipping cream (LiNa Pg guna non diary-itu jer yg ada)
- 1 tbsp gelatin
- air panas secukupnye (~60ml )
Cara-Cara:
- Biarkan cheese pade suhu bilik. Bile dah lembut putar cheese dan gula castor hingge kembang.
- Pukul whipping cream hingga kental.Ketepikan
- Taburkan gelatin ke dalam air panas.Biarkan kembang.Kacau hingga larut.Kalau tak larut, panaskan secara double boil.Sejukkan
- Masukkan gelatine ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.Kaup balik dengan whipping cream hingga sebati.Ketepikan
CHOCOLATE MOUSSE
- 300 gm whipping cream
- 1 tbsp gelatine ( cairkan dengan 60 ml air panas )
- 50 gm serbuk koko + 100 gm gula icing ( satukan dengan air suam 1/2 cawan, jadikan pes )LiNa pg guna 1/2 cawan serbuk koko+1/2 cawan susu-double boil
- 1 tbsp nescaffe + 1 1/2 tbsp air panas ( pilihan ) (LiNa Pg xletak)
Cara-Cara:
- Putar whipping hingge softpeak.
- Satukan kesemua bahan dengan kaedah kaup balik.Ketepikan
CHOCOLATE GANACHE/TOPPING
- 150ml whipping cream
- 350g dark chocolate
- 1 tbsp butter - cairkan
Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.
CARA MELAPIS KEK
- Paling bawah => Lapisan pertama - KEK
Lapisan kedua - Coklat Mousse
Lapisan ketiga - KEK
Lapisan keempat - Cheese
Lapisan kelima - KEK
Lapisan keenam - Coklat Mousse
- Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan coklat mousse
- Sejukkan kek di dalam petisejuk beberapa jam (semalaman pun ok)
- Tuang ganache ke seluruh kek.
- Hias ikut creativity masing2
Seronok juga bila tgk hasil yg agak cantik, hurmm biasalah mudah berpuas hati bg org yg keras n tak pandai seperti saya ni
Potong kek pun tak sama lagi senget n benget
Monday, October 20, 2014
KETUPAT SOTONG KELANTAN @ TUPAK SUTUN
Assalamualikum buat semua, ketupat sotong menu masa bulan puasa duluuuuu. Sebenarnya resipi original ketupat ni menggunakan beras pulut yg belum di masak lagi. Tapi untuk memudahkan kerja, guna pulut yg di tanak lagi mudah dan pulut pun tak terburai. Lagi satu sotong yg di gunakan mestilah segar bugar, kalo guna yg dh di fros takut pulut keluar dan sotong pecah. Dah banyak kali buat ketupat sotong ni, bila di cari2 dlm blog sendiri tak keluar pulak resipi ketupat sotong ni. sebagai rujukan sendiri kena juga tepek resipi tradisi klate ni. : ~
Nasib baik ada juga snap gambar guna hp. Mcm ni lah rupa paras ketupat sotong kelantan, rasanya lemak manis berkrimmm. Kalo beli tersangat lah mahal. Menu ini sangat popular di bulan Ramadhan
KETUPAT SOTONG KELANTAN @ TUPAK SUTUN
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan2
10 ekor sotong segar bersaiz sederhana ( bersihkan cabut kepala, gigi dan tulangnya )
1 cawan santan sederhana pekat - separas sotong
11/2 keping nisan
Gula 2 ke 3 sudu besar
Sedikit garam
3 helai daun pandan
Lidi secukupnya
Untuk pulut
1 cawan pulut
1 cawan santan
Secubit garam
Cara2
Nasib baik ada juga snap gambar guna hp. Mcm ni lah rupa paras ketupat sotong kelantan, rasanya lemak manis berkrimmm. Kalo beli tersangat lah mahal. Menu ini sangat popular di bulan Ramadhan
KETUPAT SOTONG KELANTAN @ TUPAK SUTUN
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan2
10 ekor sotong segar bersaiz sederhana ( bersihkan cabut kepala, gigi dan tulangnya )
1 cawan santan sederhana pekat - separas sotong
11/2 keping nisan
Gula 2 ke 3 sudu besar
Sedikit garam
3 helai daun pandan
Lidi secukupnya
Untuk pulut
1 cawan pulut
1 cawan santan
Secubit garam
Cara2
- Masak pulut seperti biasa masak nasi biasa.
- Sejukkan sekejap pulut yg telah masak
- Ambil sedikit pulut dan masukkan kedalam sotong.
- Tutup pulut tadi dengan menggunakan kepala sotong , kemudian cucuk atau kemaskan dgn lidi, agar pulut tidak terkeluar semasa merebus nanti.
- Lapik dasar periuk dgn daun pandan, kemudian susun sotong.
- Pecah2kan nisan , masukan gula garam dan santan ke dalam periuk yg berisi sotong tadi. ( santan paras sotong )
- Masak dgn api sederhana, dan tutup periuk. Masaklah sehingga kuah pekat.
- Siap......sedia untuk dimakan
Simple je resipi, kalo nak merasa sila buat sendiri. Anak2 suka makan
Subscribe to:
Posts (Atom)











