Monday, June 27, 2011

TELOR DADAR PECAH SERANGKAK

Sedap sungguh telur dadar ala2 mata kerbau ni, resipi akk ambil kat rumah UMMI HOME SWEET HOME . Minta izin ya saya  copy n paste kat sini pulak untuk rujukkan masa depan, pasti akan meyusul lagi menu telor gini,





TELOR DADAR PECAH SERANGKAK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

  • 4 biji telor
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 1/2 cawan isi ayam - didadu kecil
  • 2 sudu teh rempah kari daging
  • 1 tangkai cili merah - dihiris halus
  • sedikit daun bawang
  • sedikit bawang goreng
  • garam secukup rasa
  • sedikit minysk untuk menggoreng
Cara-Cara:-




  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar tadi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan diikuti dengan rempah, kacau balik hingga ayam masak. Ratakan ayam dalam kuali.
  3. Perlahankan api. Ambil sebiji telor dan pecahkan terus ke dalam kuali (ala-ala masak telor mata kerbau). Seterusnya pecahkan telor hingga habis dengan meletak telor perlahan-lahan di dalam kuali menutupi isi ayam.
  4. Tabur garam secukup rasa. Tutup kuali selama 1 - 2 minit.
  5. Bila nampak telor sudah 3/4 masak, tabur bawang goreng dan tutup api. Tolakkan telor dadar perlahan-lahan ke dalam pinggan. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja......

15 comments:

nampak simple tapi sedap!!
 
wow..different..boleh cuba nie =)
 
Assalam kak rosa,uii sedapnyer telur nih,mkn ngan roti bakaq pon bestnih..
 
hai...kalau saya buat ni kena tukar tajuk kak rosa...bukan pecah serangkak...pecah sebijik aje he he he
 
assalam rosaliza..memang lain..belum pernah jumpa resepi ni
mudah dan ringkas..tentu sedap ye rosa..
 
salam rosaliza...satu lagi resipi hujung bulan...tq..tq...
 
salam kak..

ape kbr?..lm x BW ni..hehe. waduhh2!..geram nengok telur tu..nmpk sedap jer...nanti2 nk cube gak.
 
As salam kak rosa, dh nmpk rupa pizza dh telur dadar ni. Pizza rasa telur..hehe.. Suka tgk foto yg clear, dh mkin pro la tu kn.
 
Wah kak..anak2 Naz tgk ni mesti suka sbb telur kuning kat dlm nya tu cam cair lagi.. Tak keras..
 
mesti sedapkan..nnpk pun dah menarik n menyelerakannn
 
emm..menarik jugak..hari ni tak leh cuba sbb tengah hari tadi hubby dah gulai telur huhu
 
kak rosa..telur tu pecah kat atas isi ayam ke?nmpk best tp cam terkompius..ke pecah telur dulu, tabur isi ayam kat atas telur?
 
hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers
 
menu yang tak pernah jemu..telur!hihii
 
memang nampak best n sedap tu kak..best sebab simple n sedap..ni mkn ngan nasi lemak buh sambal mmg x hengat laa jawabnya nih..hehe..


chatbox x nmpk laa kat sebelah ni kak..huhu...nak ajak minum teh lemon nih..yg stoberi x bukak lg.hihi
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...