Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 1, 2011

CUCUR BOM MANIS

Assalamualaikum buat semua, 2 , 3  hari ni punyalah malas nak sapu sawang rumah alam maya ni, hari ini rajin sikit sebab ada kelapangan dipagi yang mulia ini. banyak lagi menu tertunggak yang berebut2 untuk di n3kan. Seboleh2nya nak di n3kan semua sebelum balik kampung raya haji nanti.


Cucur bom manis ni dah lama akk buat masa resipi ni tengah  panas2 lagi, tapi biasalah akk semua yg dah basi baru bopleh letak kat blog, janji resipinya tak basi dan boleh di rujuk untuk masa hadapan. Sedap elok je kembongnya. My Abe kata macam roti, tapi akk terlupa nak letak garam masa gorengan pertama dan kedua. Lepas tu baru tambah garam. Akk tgk kat rumah Yana pas tu terus buat






CUCUR BOM MANIS




Bahan2 :
  • 1 sdt yis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sdb gula
  • 3 sdb susu pekat manis
  • secubit garam
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  • Campurkan yis, gula, susu & sedikit air..larutkan..Ana biar sampai pekat berbuih.
  • Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
  • Perap aduna dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng
  • Panaskan minyak masak.
  • Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan & goreng hingga keperangan.
  • Hidangkan..yummyy...

Akk buat 3 adunan maknanya 3 cawan.





Sedap dimakan panas2.


p/s sedar tak sedar rupa2nya hari ini dah pun  1.11.11. Sekejap masa berlalu

19 comments:

assalamualaikum liza.
tentu seronok menyambut aidil adha di kg ya.:)) en daun n lina balik kg sama ke?
arwah mak sy dulu rajin buat cucur mcm ni cuma arwah tak letak susu manis tp gunakan gula melaka@manisan@gula merah. bahan yg lain2 semua sama.
mmg sedap lbh2 lg ms tu kami mkn sec beramai, maklumlah adik beradik berderet tp mmg seronoklah...
 
kak rosa.. cantik je kembong2 akak wat.. tun je wat mcm alien.. hehe..
uwaaaaa~~~~~~~~~~~~~~~ tun x balik kampung raya niiii.. sob sob.. dh laa duk kt sarawak ni mcm x meriah je nk raya. uhuk uhuk..
 
@anis

Waalaikummussalam anis.linapg insyallah balik, en daun tak balik,tahun ni turn katlangkawi heheh.

Oh mesti bestkan bila letak gula melaka, nnt letak la resipi bolehlah kita cuba. Anak2 kat rumah ni mmg suka cucur ke jemput2 ke. Rumah kita pun meriah ni, anak2 tgh besar ni hehe
 
@tun_telani

Assalam tun, akk pun tak reti nak buat bOOlat2 cucur ni tu, tu je lah yang elok bulat senget2 sikit utk di posing heheheh.

Akk balik pun kejap je balk sabtu, isnin dh blk KL.Mesti tak best raya di tempat orgkan, raya aji kat ganu pun best jugakan.
 
Cucoq bom singgit... Awat gambaq jd blur tu?
 
Emmmm...bulat2...cantik dipandang...sedap dimakan..>:D
 
"anak saya suka ni..tp yg si kakak tu asyik dok soh beli cucur adabi..yg dok nyanyi2 kt iklan tv tu..padahal senang jer nak buat cucur manis ni kan..."
 
Selamat petang Rosaliza
Rahel dah sampai ni..nak mintak sikit cucur boom manis tu..bole wat minum petang..hehe..
 
Assalam kak rosa,akak blk klntan eks..Kat sana raya aji mmg meriah kan,kat utara nih biasa2 jer kak..Alahai nmpk sedap cucur akak tuh,pekena time ujan2 gini ashik ngap2,mmg xsedap dah licin kak..Minum lak air teh,hihi..
 
assalam kak rosa,mai la anto sepiring ngah lapo ni..
 
Salam Kak Rosa..geramnya tgk bulat2 cucur akak..mcm nk bt lg jee..hehee

Bestnya akak blk raya kat kg..yana raya kat kedah taun nii..uwwaaaa..nk ikut hihiii
 
assalam kak, apa khabar? wahh dah siap nak blk kampung ke?...hehe sedap cucur ni...lum buat lagi teringat mak masa dulu-dulu selalu buat cucur ni.
 
dah lama nani tak buat mende goreng2 ni...erm...bahan2 semua dah ada...cuma tak cukup excited lagi nak buat. heheh
 
tengah lapar ni...sedap kalau dapat makan cucur ni..
Selamat pulang ke kg...kg akak kat mana????
 
Assalamualaikum kak Rosa..dah lama tak makan cucur manis cam ni, best la kalau dpt mkn siap dgn kopi pagi2 ni,sesuai sgt..
 
harap2 nak ler anak saya makan bila saya cuba buat nanti. susah sikit tekak anak dara saya tu.

Salam kenalan...kasehmia.blogspot.com
 
Banyak kali try buat.. tapi mesti tak secantik Kak Liza punya... uwaaaaaa
 
Assalam rosa..goreng bom manis ni..makan masa hujan petang2 memang sedap kan..
 
kite jer x terbuat2 lg cucur nih kak..bhn simple je tapi tak terbuat2 pun.hihi
elok jer molat2 cucur akak tu ha
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...