Saturday, November 26, 2011

MACARONI GORENG

Salam maal hijrah buat semua. Hari ini terasa sunyi je dunia maya ini. Agaknya ramai yang cuti2 Malaysia. Hari ini akk dok rumah je, baru je lepas buat karipap doh Tun, kenyang lagi ni. Boring pulak rasa bila dunia maya ni sunyi dan sepi. Walaupun dimana anda berada, akk doakan semoga sentiasa dilindungi Allah sentiasa.


Macaroni goreng menjadi kesukaan anak2. Tapi yang ni buat masa mandi manda hari tu, letak sekejap je licin, yang paling byk mkn si along la hehe. 


Kat dalam macaroni tu ada daging, sosej dan telor. Kalo buat basah2 macam ni anak2 mmg suka sangat. Akk ikut cara Knor secubit garam letak air rebusan dalam macaroni ni, ternyata lagi sdap. 


MACARONI GORENG
resipi : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan2
1 peket macaroni - akk guna san remo
( direbus hingga lembut bersama sedikit minyak )
1 cawan air rebusan macaroni - akk guna lebih secawan
2 labu bawang besar kuning * 
5 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering* rebus seketika
2 biji tomato*
1 biji telur
2 kiub ayam
Sos ikan atau nampla
4 batang sosej
sedikit daging yang sudah direbus /  isi ayam
Sedikit Oyster
Garam secukup rasa
1 batang carrot - di sagat atau dipotong mancis
Sedikit minyak


Cara2
1. Rebus macaroni bersama sedikit minyak sehingga lembut, asingkan 1 cawan atau lebih air rebusan macaroni. Toskan macaroni.
2. Blender bahan2 bertanda (* )
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan blender tadi, kemudian masukkan terus isi ayam atau daging yang telah direbus. Tunggu sehingga wangi. Masukkan oyster, kiub, sos ikan dan juga sedikit garam, gaul sebati
4. Masukkan secawan atau lebih air rebusan tadi. tunggu hingga mendidih
5. Kemudian masukkan carrot, dan diikuti macaroni, gaul hingga sebati, buat sedikit lubang di tepi kuali, pecahkan sbiji telur, tunggu sehingga telur pekat, barulah di gaul2 mesra.
6. Sesuaikan rasa, siap. Alihkan macaroni kedalam bekas yang sesuai. 


Nota kaki :~ jika dibiarkan mee atau macaroni didalam kuali akan menyebabkan mee,kue teow atau macaroni kita menjadi kering.  Mengikut pengalaman akk la, heheh selalu gak lepas cedok dalam bekas, yg lebih tu biar kat dlm kuali, apa2 yang kita masak basah2 jadi kering atau kembang semangkuk heheh mungkin cara org lain berbeza, ini cara akk 

10 comments:

assalam kak rosa,sedap tu macaroni goreng.Peberet budak2 kat umah ni jugak.Kalau boh sosej segala bagai tu mmg kompom sedap sgt la
 
Rahel pun suka makaroni goreng..biasa letak ayam ngan udang..sedap.
 
Assalam,

Love macaroni goreng...sodappp
 
Assalamualaikum kak Rosa..amboi sedapnya makaroni goreng. Bila dh cemiuh mkn nasi mmg best sgt mkn makaroni...lg pedas lg best..:)

Salam Maal Hijrah 1433....
 
Assalam rosa..salam maal hijrah.
akak pun suka buat macaroni goeng nor tu.anak2 suka
 
Salam Maal Hijrah Rosa,
memang kalau macaroni goreng yang banyak aksesorinya....cepat je licin ye... Amie suka, anak-anakpun suka kalau goreng style begini!
 
salam maal hijrah kak rosa.. tun dh lama x makan macaroni goreng. biasa goreng macaroni wat mcm mee goreng biasa je..
 
Assalam rosa, biasa terserempak kt kotak komen org lain je, arini saya menyinggah sini sebab ada bau mac goreng yg yummylicious giteww.... :)
 
Assalamualaikum kak...

Salam Maal Hijrah utk akak dan keluarga...
Makaroni goreng mmng sedap...kesukaan anak2 Mp jugak...
 
salam maal hijrah..
sedapnya makaroni goreng....
saya tak berapa pandai buat..tapi pandai makan..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...