Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Thursday, November 17, 2011

RENDANG DAGING

Assalamualaikum buat semua, apa khabar hari ini, sekolah pun hampir bercuti, mesti ada yang merancang untuk cuti2 malaysia ataupun balik kampung ooo balik kampung. Bagi akk dalam bulan november ni ada kat KL je, dak Eqa ada latihan hoki dan Aqil nak di sunatkan insyallah pada 27.11.11kalo tiada aral melintang, pas tu pulak my abe pun nak exam. Panjang intro ni.


Berbalik pada menu rendang daging ya, selalu juga akk masak rendang, tapi tak sekerap akk masak gulai atau kari. Hari tu ada tengok Achik Erna@Kak Erna buat rendang hitam, tapi akk tak reti mana nak buat rendang2 ni.  Biasanya resipi yg akk selalu buat rendang tu, main lebur je dalam periuk atau kuali, tak payah tumis2.  Berbeza pula untuk rendang kali ini, semua bahan2 di tumis terlebih dahulu , rasanya amat sedap dan banyak sikit seredaknya eh seredak lak macam biskut raya pulak, tah apa org panggil ya, bestt sangat rendang ni.

Google cari resipi rendang yang simple, terjumpa lah  kat  Myresipi@melati, tempat yang paling akk suka untuk mencuba resipi, dan lama web MYRESIPI  yang paling dekat dihati akk untuk mencari dan mencuba  resipi masa tak ada blog dulu, hari2 mesti buka myresipi mcm org buka FB. Minta izin ya MYR akk kongsi resipi kat sini untuk rujukan masa hadapan, dan sudah pasti rendang ini akan menjadi pilihan 




RENDANG DAGING

Bahan-bahan ( 5-6 orang )


1kg daging- potong kecik-kecik - akk guna 1/2 kg
2 peket kecik rempah kurma - akk guna rempah kari
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa
****BAHAN KISAR**
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1/2cm halia
1-1/2cm lengkuas
15-20 biji cili kering
***BAHAN MAYANG ***
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Cara-cara


1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian   masukkan santan.
4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.


sedap. suka akk ngan rendang ni, hari tu buat untuk mkn ngan nasi lemak halba dan lemang
Pinggan klasik jaman dulu2 masa akk sekolah rendah lagi, hangkut dari gobok bonda heheh,bila buat posing cantik berkilat lagi pinggan nostalgia ni, kalo ada byk boleh buat set makan, pinggannya elok je dalam makan dalam ni tak hinggat dunia mau jadi BelOOn rasanya kalo habis sepinggan penuh tanpa tambah pun heheh. Penyudahnya akk  call bonda minta lagi sebiji dua, bonda akk okk je, mekasih Ma.

15 comments:

Pepagi dah ada rendang daging...kak cek suka...sedapnya mkn ngan nasi impit...pas tu ada lak kuah kacang..fuhhhh...memang sesuaiiii sgtnya...:D
 
kak rosa~~ byk ke daging korban? hihi.. tun jarang2 masak rendang. biasa nk mkn rendang tunggu raya, lauk wajib yg mama tun masak =)
 
Terbayang klu rendang tu dicicah dengan pulut... nyumnyum :)
 
tak kira mcmana rsp sekalipun kak, kalau namanya rendang saya suka je..bak sikit, malas rasa nak masak ni...
 
Assalam kak rosaliza,
daging rendang nampak sungguh sedapp..memang banayk recipe dari myresipi yang kita pun selalu nak cuba..bak kata tak pernah kekeringan idea lah kalau masuk situ kan..
 
sedapnya rendang.....tering pulak nak makan, nak buat malas pulak...mmmm tumpanglah semulut di sini ya Rosa...dah ngences pun!
 
Selamat tgh hari Embun
sedapnye lauk kat sini..bagi Rahel sepinggan..nak mkn ngan nasi puteh.
 
wah nampak sgt sedap!yummy2x~
 
Kak Rosa,nmpak sedap rendag nih,sy skang nih kalo msk rendang suka rendang gaharu resepi CMG,mmg best,nanti nak try versi nih pula la,sbb akak kata sedap,hihi..Tapi tang kale dia pon dah nmpk cantik n semestinya sedap kan..DAGING KORBAN PON MMG BYK SGT LAM PETI TUH,kna msk slang2 lah kan,kalo x,maunya kna darah tinggi..
 
akak, saya dtng bawa nasi ni nak mkn ngan rendang ni ada lagi tak kak?...hehe sedapnya..:)
 
Salam Kak Rosa..waa..ada rendang kat sini..nnt nk try resepi ni lah..nmpk menyelerakan..stok daging byk lg..xtau bile bleh abis..mkn 2 org jer hihii..
 
saya kalau rendang ni makan gitu2 aje kak, buat pun x pandai... tapi tgk kak buat ni berkilat elok aje. Dah parking dalam pinggan lama tu macam kena pulak.. :)
 
assalam rosa..dah buat rendang ye.tak hitam pun tak kisah rosa..janji sedapkan..
 
sedapnya rendang daging, cheq tak pandai la wat rendang..
 
kak...boleh ajar buat kerisik tak? susahnya cari kerisik kat sabah nie...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...