Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Friday, November 11, 2011

ROTI ARAB - 11.11.11

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua, roti arab yang lama dah habis. Sedap roti ni, rupa2nya roti arab dan roti puri lebih kurang sama je cuma lain nama yang diberi.Perbezaannya ialah cara penyediaan, roti puri gula di masak bersama bahan2 lain. Manakala  roti arab guna air suam. Roti arab ke roti puri ke, kedua2nya akk suka dan disukai oleh anak2. Minta izin ya akk C n P kat sini untuk rujukan masa hadapan :~ 




ROTI PURI
resipi : sofinar@myresipi
kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan ( 10 org makan )


2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak- terlupa nak letak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum


Cara - cara

    1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
    2. tepung di gaul dengan yis
    3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
    4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
    5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
    6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
    7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
    8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging


    note: untuk mendapat roti yg kembOOng, hendaklah rajin menyimbah2kan minyak panas tanpa henti keatas roti arab, sehingga betul2 kembOOng, 



    sedap makan cicah ngan sambal bilis.


    Cantik tarikh hari ni kan 11.11.11

    18 comments:

    Assalamualaikum kak rosa
    best ni kalau cicah dgn kari,cantik kejadiaannya
     
    mat pagi Liza
    kembong banget roti arab ni..siok mkn ngan kuah kari..
     
    "ermm memang sedap ni kalau dicicah ngan kari daging ker kari ayam ker kan..."
     
    nampak gebu je roti arab tu...sedapnyalah kalau dapat barang sebiji, cicah apa-apa kuah, minum pulak secawan teh panas....mmmmm
     
    Gebunya roti arab ni. cicah kari best!
     
    gebunya... sy sehari ke sehari nk bt tapi x bt bt..
     
    Kak Cek suka roti ni...asyik betangguh je nak buat...sedapnya cecah ngan kari...:D
     
    As salam kak rosa,
    lps ni akak buat la roti yg betul2 arab.. Roti arab yg sebesar pinggan dan tebal tu..hehe..
     
    gebunya.....fuhhh mmng sedap kalau dicicah ngan kari....errrrrr...ada lagi tak???? perut tengah lapar ni...
     
    gomoknya roti akak ni..heheheh...geram tengok.....:)
     
    kalau nani buat ni, mesti selang seli...1 gemok, 1 kurus, 1 gemok, 1 kurus...tapi dah sejuk pon tetap juga lembut.
     
    kaka sy mmg suka kedua2 roti ni..tp selalu beli ready made jer kat giant..
     
    banyak kembOOOng itu roti..licin jer kejadiannya.Sedap ni cicah kari@sardin.
     
    assalam kak rosa..alalal..tembong nya roti arab ni..mudah aje ni..leh praktis nanti kt goa...hihi
     
    assalam kak liza

    ari tu ada pi makan roti puri kat mamak. roti tu dah mcam keropok lak. nipis jer. kalau roti arab mcam kak liza punyer ni sedap mencecah ni :P
     
    sedapnya kak..nampak gebus sungguh:)
     
    assalam rosaliza..memang nampak gebu betul roti rosa ni..akak dah lama ambil resepi..tapi tak terbuat buat lagi..
     
    salam kak liza.. bestnya roti arab .. memang kembang semangkuk naik.. hihi. dulu dah pernah buat tapi x berapa nak jadi la hihi .. mungkin lain kali nak kena try lagi
     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...