Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 31, 2012

ASAM PEDAS - RESIPI KAK ANYMZ LAGI

Selamat berpuasa buat semua. Cuaca di luar sana pagi ini sangat mendung, hanya menanti masa je hujan akan membasahi bumi KL. Dengan angin yg agak kuat di pagi hari..sejuk terasa. 


Ok cerita pasal N3 ini.  semenjak jatuh chenta dengan resipi asam pedas kak anim ni, dh berkali2 akk buat asam pedas ni, cuma kekadang tu tak cukup bahan atau sayur mayurnay dan tak ambil gambar. Tapi tiap kali masak asam pedas tu memang teringat kat empunya resipi je



Asam Pedas Kak Anim.
Resepi : Kak Anim
Copy n paste : sheila
Bahan :
  • 1 ekor ikan talapia hitam.kalau guna ikan tenggiri ambil 1/2 ekor/1/2 ikan jenahak/ikan merah - sheila guna ikan pari  
  • 20 tangkai cili kering - didihkan sebentar angkat dan toskan - dikisar
  • 1 labu kecil bawang besar - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • sedikit halia - dikisar
  • sedikit kunyit hidup - dikisar
  • 1 kuntum bunga kantan - dikisar
  • 2 batang serai - dikisar
  • sedikit daun kesum - di kisar
  • air asam jawa secukupnya
  • 1 kiub ikan bilis 
  • garam secukup rasa
  • beberapa batang bendi
  • tomato - dibelah 4
  • sedikit serbuk kunyit 
  • sedikit serbuk lada hitam 

  • Cara memasak :
  1. Ikan di bersihkan dan dilumur garam dan sedikit serbuk kunyit.Ketepikan 
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak @ pecah minyak.
  3. Pastikan cili betul2 masak masukkan sedikit air asam jawa, kacau sedikit.
  4. Masukkan ikan dan didihkan sebentar, kemudian masukan garam dan kiub ikan bilis.
  5. Masukkan lebihan air asam jawa dan biarkan mendidih lagi. Kemudian baru masukkan  bendi ,tomato @ terung jika suka.
  6. Kecilkan api dan didihkan hingga masak.Tabur sedikit serbuk lada hitam, biarkan seketika dan boleh tutup api dan sedia untuk di hidang.

CT zaliedana dan nOOrsha pun ada juga buat asam pedas ni semlm..sedapkan

Monday, July 30, 2012

AMANI PUASA

Ya la sangat puasa tu....Assalamaulaikum buat semua. Amani puasa ??? Eh mana ada saje je, nak cerita pasal budak Puteri Amani ni yg akan masuk 2 tahun pada bulan 10 nnt. Sebenarnya amani sejak dari awal puasa lagi tak mau mkn,hanya minum susu dan air saje. Tapi bila time buka, mkn itu ini, walaupun sikit . Agaknya dia pun terasa sama puasa. 


ok lah nak gosok basuk jap. nnt anak2  n my abe pakai baju tak bergosok pulak

Saturday, July 28, 2012

KERABU UDANG DAN TERUNG BAKAR

Selamat pagi buat semua dan selamat berhujung minggu,pasti ramai yg keluar  shopping keperluan hari raya hari ini kan. Bagi kakitangan kerajaan best lah dapat juga bonus. Bagi kami2 suri rumah ni, kalo lah kerajaan bagi bonus alangkah bahagianya hehe...boleh ke verangan mcm ni heheh.


Okeh kerabu udang ini resipi HASUE, dia menggunakan udg galah, dapur akk hanya ada udang besar biasa je, tapi tekak ni terasa nak mkn juga makanya akk pun buat juga, rasanya memang sedap mkn sambal belacan. Terung yg akk guna ni mcm liat sikit, ada satu je yg empuk eloknya, kejadian kerabu pun seadanya, rasanya memang sedap




KERABU UDANG GALAH BERSAMA TERUNG BAKAR
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
kongsi bersama : EmbunRosaliza

Bahan2:
4 ekor udang galah -Bakar,kupas kulit dan hiris isinya - EmbunRosaliza guna udang besar biasa
4 batang terung panjang(ungu)-bakar dan ambil isinya
1 batang cili merah(nak tambah pun boleh)*
10-15 biji cili padi(merah+hijau)*-nak pedas lagi,tambah la yer ikut selera
1 ulas bawang merah*
1 sudu belacan bakar*
Garam dan gula secukup rasa*
3 biji limau kasturi -atau secukup rasa

Cara:
  1. Tumbuk bahan2 bertanda *.
  2. Gaulkan semua bahan2 dalam bekas.
  3. Perahkan limau kasturi.
  4. Gaul sebati dan sebatikan rasa. Sedia untuk dihidangkan
Selamat berhujung minggu buat semua

Friday, July 27, 2012

NEKBAT

N3 ke dua hari ni, tapi resipi nekbat ni tak ada ya, sebenarnya akk beli nekbat ni rm 2.00 dapat 8 biji, akk beli hari ahad lepas, blk je terus snap gambar, nak buat ni dh banyak kuih muih lain, makanya akk simpan la dlm peti ais. Hari dengan rajinnya akk nak buat..tiba2 dh penuh dengan cendawan..lalu cik tong la yg dapat. Ini saje nak berkongsi rupa paras nekbat, tentu ramai yg tak mengenali kuih yg sangat popular di klate. Kuih ini masih tawar lagi, ada juga yg org jual yg dh manis. Kalo letak air gula sendiri kita boleh ejas manisnya. Meh tgk nekbat :~


cantikkan kaler dia, tapi rasa biasa2 saje manis. yg ni belum di masukkan air gula. 


Selamat berbuka buat semua

KOLANG KALING @ BUAH KABUNG SIRAP ROS

Assalamualaikum buat semua, sejak bulan puasa ni rajin pulak mengN3, rasa mcm bersemagat je nak update blog kalo ada masa mesti nak letak n3. Terima kasih buat semua yg membaca blog embunkasehrosaliza, kunjungan kawan2 sekelian memberi semagat untuk akk, terima kasih sekali lagi. 


Ok bercerita pasal kolang kaling ni, sebenarnya masa Azlina TerminalHijrah buat akk tertanya2 juga apa kebenda kolang kaling ni, Ooooo rupa2nya buah kabung. Sebelum ni akk hanya tau nama buah kabung je.


Hari tu ada org jual buah kabung yg masih segar . Kalo dekat pasal selayang memang murah buah segar mcm ni, tapi ada ikut musim sahaja. Buah kabung yg dah digulakan menjadi mahal.


Akk copy and paste dari rumah Linapg


RESEPI BUAH KOLANG KALING@KABUNG SIRAP ROSE
sharing: linapg
Kongsi bersama : EmbunRosaliza
BAHAN BAHAN
  • Buah kolang kaling (buah kabung)
  • 1 liter air
  • 300 g gula pasir
  • 2 helai daun pandan (linapg boh esen rose)
  • Perisa sirap ros secukupnya

CARA MEMBUATNYA
  1. Buah kolang kaling dibersihkan terlebih dahulu
  2. Masak air bersama2 gula dan daun pandan sehingga larut kesemua gula
  3. Masukkan perisa sirap ros secukupnya dan biarkan air gula agak pekat diikuti dengan buah kolang kaling tadi dan biarkan ia mendidih sebentar
Sedap kenyal2 manja buah kabung sirap ros ini, memang jatuh cinta. Lepas buka dan sahur mesti nak makan sikit. Sikit lagi berbaki, nampaknya nak kena pg cari buah kabung lagi ni.
bila tengok pada kaler merah menyala mcm ni, memang tertarik utk merasa.
beginilah rupa buah kabung yg masih segar...putih jernih , suci n mulus je. Buah ni selalu ada dlm ABC, akk suka kenyal2 gitu

Akk buat pada 25.7.12

Thursday, July 26, 2012

WEDGES

 Assalamualaikum dan selamat petang, dah kul 4.14pm baru dapat mengN3 hehehe.Crispy potato wedges resipi nOOrsha, memang menjadi kesukaan anak2 kat rumah ni, wedges ni akk buat masa cuti sekolah hari tu lagi, lama betul mengambil masa untuk tayangan. Mekasih ya Sha berkongsi resipi ringkas ini. Akk panjangkan ke dapur EmbunRosaliza pula resipi ini :~


Crispy Potato Wedges

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

Selamat berpuasa buat semua......

Wednesday, July 25, 2012

IKAN SIAKAP TIGA RASA

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua pengunjung Embunkaseh Rosaliza. Sekejap saja masa berlalu, hari ni dah pun masuk hari ke 5 umat isalam berpuasa. Alhamdulillah cuaca pun ok saje tidak terlampau panas macam bulan jun hari tu....sejuk n nyaman je terasa.


Siakap 3 rasa ini akk buat sebelum puasa lagi, menu bulan posa belum masuk lagi, kebanyakkan tak sempat pun nak ambil gambar. Ikan siakap memang menjadi kesukaan anak2. Setiap kali ke pasar mesti beli sekurang2nya sekor. Kalo di pasar dekat  Selayang harga sekilo ikan siakap ni RM 16.90, agak murah jika di bandingkan dengan pasaraya2 tersohor tu. Kalo nak cerita pasal harga memang tak mkn la, tapi dari beli yg dah masak lagi mahal, berbaloi2 kita masak sendiri kat rumah kan.


Terima kasih Linapg, berkongsi resipi ini ni Myresipi. Minta izin akk nak letak resipi ini di dapur EmbunRosaliza sebagai rujukan masa hadapan :~


SIAKAP 3 RASA ( BERSAMBAL )
Resipi : Linapg@MYR
Kongsi bersama : EmbunRosaliza


Bahan-bahan ( 3 orang makan )

1 ekor ikan siakap (apa2 jenis ikan pun boleh)
5 biji cili hijau (dikisar)
2 biji cili merah (dikisar)
1 labu bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
2 biji tomato (dikisar)
3 batang serai (dikisar)
1cm halia (dikisar)
1 biji cili merah (dipotong serong)
1 biji cili hijau (dipotong serong)
Daun ketumbar (dihiris)
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tepung jagung
Garam + Kunyit
Minyak
Air
Cara-cara

Ikan dibersihkan, lumurkan dengan garam kunyit dan tepung jagung.Goreng hingga garing dan ketepikan
Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sos tiram kacau lagi.
Masukkan air ikut citarasa (jika ingin berkuah, lebihkan air).Tunggu hingga kuah mendidih.
Masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.Kacau sebentar.Tuangkan kuah ke atas ikan.
SELAMAT MENCUBA

terima kasih buat semua pengujung EmbunRosaliza, 

Tuesday, July 24, 2012

DONUT KAKBESAH - DONUT KENTANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, donut ni dah lamaaaaa sangat akk buat, sangatttt sedap dan memang lembut, terima kasih buat kakbesah@MYR yg berkongsi resipi donut ini, dah selalu buat, mmg gebus gebas.


DONUT KAKBESAH

Bahan-bahan ( - )

600 gm tepung gandum(6 cawan)
1 bungkus yis mauripan
2 biji kentang rebus
1 biji telur besar (jika kecil- 2 biji)
1/2 cawan gula pasir (100g))
1/2 cawan marjerin (125g)
1/2 sudu garam
1/2 cawan air
1 sudu mkn susu tepung
Cara-cara

campurkan tepung,susu dan yis kering rata2.
blend dgn blender cili sume bahan2 yg lain. hingga sebati.
uli tepung dgn bahan2 yg diblend tadi hingga kenyal. kalau kurang air - tambah saja, kalau trlembik tambah lg tepung. biar kembang lebih kurang satu jam.
bulat2 kan doh sebesar bola pingpong lalu dileperkn sedikit.biar mengembang sekali lagi lebih kurang sejam.
apabila hendak digoreng buat lubang ditghnya dengn jari.goreng dgn api perlahan supaya dalamnya masak.
tabur dengan gula kaster/halus atau salut dengan coklat..

Montok donutku ini, sedap

Monday, July 23, 2012

SIAKAP KUKUS SOS TIRAM

Assalamualikum buat semua, selamat berpuasa ya, N3 pertama di bulan puasa. Sebenarnya menu ni dah lama akk buat, anak2 suka sangat makan ikan siakap, tak kisah masak kukus atau sweet and sour, sekali hadap je licin, tinggal tulang jer huhu.


Resipi ini sebenarnya menggunakan ikan terubuk, memandangkan tulangnya banyak sangat akk tukar ke ikan siakap, senang anak dan mamanya nak makan. Kalo guna ikan terubuk ada lah yg tercekik tulang. Terima kasih buat HASUE yg berkongsi resipi ikan siakap kukus yg teramat simple ini, sapa2 pun boleh buat janji ada ikan.


 Ikan Terubok Kukus Sos Tiram @ IKAN SIAKAP KUKUS SOS TIRAM
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com 

Bahan2:-tidak terhad,boleh tambah/kurangkan ikut selera

1 ekor ikan terubok(lebih kurang 1kg) - embunrosaliza guna ikan siakap
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 tangkai cili merah*-boleh tambah cili padi kalau nak pedas
1inch halia*
2 batang serai(hiris dulu)*-boleh tambah kalau suka
3 sudu besar sos tiram-bancuh dgn 3 sudu bsr air
Garam(jika perlu) dan lada sulah secukup rasa

->Bahan2 bertanda * ditumbuk/dikisar halus

Cara2:

Panaskan pengukus
Bersihkan ikan dan belah belakangnya.
Lumurkan dengan garam,sos tiram dan bahan2 hiris masukkan juga ke bahagian ikan yang sudah dibelah tadi. Tambahkan lada sulah.
Kukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak. Selamat mencuba!


Sedap isinya dan kuahnya.....
Akk buat juga kerabu mangga..memang kena gandigan menu ini.


Selamat menjalani ibadah puasa, semoga pahala yg penuh kita perolehi hari ini dan seterusnya

Friday, July 20, 2012

TAUFU FAH

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat buat semua. Esok seluruh umat isalam akan menyambut bulan Ramadhan, di kesempatan ini akk ingin mengucapkan buat semua, Selamat menjalani ibadah puasa, semoga segala amalan kita di terima Allah. Sekian

Bercerita tentang N3 hari ini pulak :~ Dengan perasaan ingin mencuba, pagi  8.7.12 akk telah DIY taufu fah, resipi kak Ilahjy.  Alhamdulillah menjadi dan rasa yg sangat sedap. Kekadang tu bila beli kat pasar mlm terlalu keras sikit dan rasa rasa lain sikit, yg ni sedap n lembut sangat. Terima kasih pada kak Ilahjy pada resipi sumbangannya. Izinkan saya panjangkan resipi kat dapur Embunrosaliza pula untuk di kongsi2kan bersama yg lain


TAUFU FAH
Resipi : Ilahjy (resepi sumbangan JY )
Kongsi bersama : http://embunrosaliza.blogspot.com


Bahan2
 3 CAWAN KACANG SOYA (RENDAM 8JAM)
1 CAWAN TEPUNG JAGUNG
18 CAWAN AIR (GUNA UNTUK MENGISAR KACANG)
1 CAWAN AIR MASAK/MINERAL
1 SUDU TEH UBAT TAHU FAH/SAIKO (KAT KEDAI UBAT CINA ADA)

AIR GULA MERAH SECUKUPNYA UNTUK DIMAKAN BERSAMA TAHU FAH NI...ATAU AIR GULA PUTIH PUN BOLEH IKUT SELERA KITA

CARA MEMBUATNYA:

1. KISAR KACANG SOYA DGN AIR 18 CAWAN TU SAMPAI HANCUR.
2. TAPIS GUNA KAIN PUTIH. JANGAN SAMPAI ADA TERMASUK SISA KACANG DLM AIR TU..NANTI TAK JADI PULA
3. PASTIKAN JUMLAH AIR KACANG SOYA CUKUP 18 CAWAN SETELAH DIMASUKAN KEDALAM PERIUK.
4. DIDIHKAN AIR TERSEBUT.
5.DALAM BEKAS YANG TAHAN PANAS..PERIUK ATAU BEKAS SIMPAN NASI TUU... YG SECUKUP BESAR DGN AIR SOYA. (BEKAS KE DUA LAH NI..)
6. BANCUHKAN 1 CWN AIR DGN 1 SUDU TEH SAIKO TADI SAMPAI SEBATI. MASUKAN KE DLM BEKAS DI ATAS.( bancuh bersama tepung jagung )
7.KEMUDIAN TUANGKAN AIR KACANG SOYA YG MENDIDIH TADI KEDALAM PERIUK BERISI BANCUHAN TUUU.. TUANG TINGGI2 TAU.
8.TUTUP DGN PENUTUP PERIUK BIAR BEKU. 15 MINIT DAH BOLEH MAKAN.! JANGAN DIUSIK2 SELEPAS TUANG KE DLM PERIUK TU NANTI TAK JADI PULA KALAU DAH 1/2 JAM TAK BEKU.. MAKSUDNYA TAK MENJADI LAH.. KENA LAH CUBA LG...
9.KACANG MESTI YG BERKUALITI BARU JADI. KACANG YG ROSAK ATAU DISIMPAN DLM PETI SEJUK TAK AKAN JADI TAHU FA KITA TU

SELAMAT MENCUBA... BANYAK DAH SAYA MENGAJAR DIKELAS SECARA PERCUMA RAMAI KAWAN2 DAH BUAT BISNES SAMBIL2LAN BW PERGI TEMPAT KERJA ....

ADA SESAPA TAK TAHU TAHU FAH NI MCMANA? ALAH KAT PASAR MALAM BYK JUAL...DLM BEKAS PLATIK DICEDUK GUNA SENDUK NIPIS TUUU DIJUAL BERSAMA AIR KACANG SOYA TUUU..
RESEPI NI PAYAH ORANG NAK KASI...(KEDEKUT ILMU).. SO SEMENTARA DAH ADA NI AMEK LAH BUAT KOLEKSI BAGI YG BERMINAT LAH...

TERIMAKASIH. . KALAU TAK MENJADI TAN! YA SAYA SEMULA...

BOLEH DIWARNAKAN SEMASA MENDIDIH TADI...PINK ATAU HIJAU.... TAPI AIR GULA PUTIH AJE LAH..MAKANNYA. .

PETUA DARI SEORANG AHLI RESPEKS * (copy n paste dari blog kak ilahjy )

kalu ikut apo yg den belajar dgn adik chef li tu ( pengarang buku jutawan senyap )
sukatan kacang soya tu 1kg nisbah dgn air 10 liter. kacang soya yg bagus dari kanada.
dio tak pahit. yg lain tu ada sikit pahit.
maso nak campurkan air soya tu ngan saiko, kono masukkan saiko dulu dlm bokeh ( yg kato cik jalilah, periuk )
tuangkan laju ( dlm kiraan 10 saat ). sobab, kalu lambat soya tu akan beku. fungsi saiko ialah membekukan
air soya tu. lopeh dah curah abih. pokap atau tutup permukaan ateh soya tu dgn kain ( selalu org guno tuala
good morning ) ini untuk merapatkan molikul2 soya tu. kalu tak dio akan memocah. tak berapo jadi la kiro
permukaan dio tu. laie satu, kalu dah buleh makan, buangkan permukaan ateh dio yg berbuih tu. bukan apa,
ko ado yg goli kang nampak buih2. pas tu maso makan tu kan, campur dgn air soya. lotak lak ais dlm 4~4 kiub,
fuhh amek2 sodap jang.



Banyak sangat dapat satu bekas nasi yg kecil tu. Taufufah ni akk simpan dlm peti ais 3 hari pun masih ok lagi. Anak2 makan sikit je, tu pun amik hati mama dia. Tapi bila hari ke3 ada yg baru nak rasa, pas tu tanya dh habis ke ?..Maknanya sedap la tu. Lain kali rasa dulu yg mama buat, ini bukan beli pasar malam huhuhu..anak2ku penghibur hati ku

Thursday, July 19, 2012

SAMBAL BELACAN BUAH BACANG

Assalam, dah lama terliur nak makan dan menerai sambal belacan buah bacang, malam tadi MIL sampai dari kampung, ada buah bacang 2 biji. petang ni (29.6.12 ) terus menumbuk sambal belacan, sekejap je siap. Dah lama habis sambal ni, baru leh letak N3 hari ni ( 19.7.12) Terima kasih buah Naz yg pandai menggoda akk dan berkongsi resipi. Akk panjangkan resipi sambal ni kat sini pulak, untuk rujukan masa depan :
pic pulak kelabu asap...kalo snap mlm2 selalu jd mcm ni.
SAMBAL BELACAN BUAH BACANG
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan :

  • 1 biji buah bacang yang masak(sederhana besar)
  • 6 biji cili merah
  • 4-6 biji cili padi
  • 2 inci belacan - dibakar
  • Gula
  • Garam
  • Asam limau nipis/ limau kasturi

Cara-cara :
  1. Kupas kulit buah bacang dan cincang kasar isinya.
  2. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan bakar hingga mendapat teksture yang dikehendaki(sebab ada orang suka sambal belacan yang halus, ada juga yang suka cilinya masih kasar-kasar).
  3. Masukkan gula dan garam. Gaul rata. 
  4. Masukkan pula buah bacang yang telah dicincang kasar tadi. Gaul rata dan rasa masin dan manisnya biar seimbang.
  5. Perahkan jus limau nipis/ kasturi sekiranya suka atau perlu.
  6. Hidangkan.

NOTA :
  • Kepedasan tu boleh adjust ye.. Ikut la lidah masing-masing tahap kepedasannya..
SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, July 18, 2012

HOKI - ROYAL SELANGOR CLUB

13.7.12






 pasukan akhir, skbb girl A lawan sekolah apa tah....
 Eqa buat panalty....
Mendapat tempat ke 2 setelah kalah panalty 2-3

Monday, July 16, 2012

SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU@ PUCUK UBI KAYU

Selamat petang buat semua, dh senja baru nak post n3. Pertama kali makan sambal tempoyak daun kayu ni bulan posa tahun lepas, memang sangat2 jatuh chenta dan sedap sangat, masa tu kawan akk beli kat pasar malam, dia tau akk suka tempoyak dan di belinya satu utk akk rm3.00 sebekas kecil je, memamg sedap sangat. Dari rasa tu akk mencuba dan mengolah sambal pucuk ubi kayu ni ( daun2 lain tak ada kecuali pucuk ubi dan daun kunyit saje.


Sambal tempoyak pucuk ubi


 1 ikat pucuk ubi - di celur terlebih dahulu kemudian di hiris halus2,
1 helai daun kunyit - hiris halus
7 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
segemgam ikan bilis *
2 sudu besar tempoyak
1 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
garam dan perasa ( embun guna kiub ikan bilis )

Cara2

Tumbuk bahan bertanda, kemudian masukkan pucuk ubi dan semua bahan2 diatas ke dalam periuk , masaklah dengan api yg perlahan. Sesuaikan rasa. Siap

Friday, July 13, 2012

IKAN CENCARU SUMBAT GORENG

Assalam buat semua, dah lama nak masak ikan cencaru sumbat, tapi kelapa pulak tak ada, selalunya akk punggah kelapa dari kampung. Masa blk kampung cuti sekolah hari tu, sbb cuti seminggu sampai lupa nak kupas nyor untuk bekalan ke KL huhu. Memandangkan banyak resipi cencaru sumbat guna kelapa, jadi akk mengGoogle terjumpa resipi  Kak Nor Secubit Garam buat ikan cencaru sumbat tanpa kelapa  , terus akk menbuatnya. Oh ya ikan cencaru juga dikenali sebagai ikan jeket ( masa akk dok asrama dulu2 ), kalo di klate di panggil ike kheronge, sebut betul2 khonge ( kalo dibahasa malaysikan jadi khorenge gitu heheh )


Merapu meraban pulak . Minta izin ya kak nor nak kongsi resipi di dapur embunrosaliza pulak.




IKAN CENCARU SUMBAT GORENG
resipi : K.Nor@SecubitGaram
kongsi bersama : embunrosaliza


Bahan: 
3 ekor ikan cencaru
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 in kunyit hidup
1 biji cili merah
3 - 5 biji cili api
sedikit belacan
3 sudu besar air asam jawa pekat
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
garam
gula
minyak

Cara:
Belah belakang ikan cencaru, bersihkan dan toskan.
Tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, cili merah, cili api dan belacan hingga lumat.
Masukkan air asam jawa, daun kunyit, gula dan garam dan gaul.
Masukkan kedalam ikan cencaru dan perap 1/2 jam.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.

sedap ikan ni, mmg sesuai di hidang di bulan puasa nnt



insyallah mlm ni, lepas isyak akk nak blk kampung nak ambil nyor banyak2, bonda kata ada banyak kelapa .

Thursday, July 12, 2012

BINGKISAN DARI DESA BUAT TATAPAN - EN DAUN

30.5.12 cuti sekolah baru2 ni akk sempat blk kampung selama seminggu. Bingkisan ini khas buat tatapan adik2ku. 


 Ain dan Nabila, dh besar mereka ( anak arwah abe sulungku )
 Amani panggil aman, suka bergayut kat palang besi utk letak generasi kedua

 model lepas bangun tido, 

 labu air di tepi pagar sebelah rumah 
pokok anggur yg semakin besar n merimbun..buah tara. Dah beralih ke tepi kolam.


jom ar adik2 ku sekelian kita balik kampung. Esok malam 13.7.12, insyallah akk n famili blk kampung lagi. Jom la LINAPG kita blk sama2 cuti sabtu ahad je

HOKI DI MAJLIS BANDARAYA IPOH ( MBI )

Hoki ini berlangsung pada 23.6.12 - 24.6.12, ini merupakan acara yg diadakan setiap tahun, penyertaan adalah terbuka pada semua sekolah sama ada bawah 18 atau bawah 12 tahun. Penyertaan dari seluruh Malaysia, sesiapa yg ingin menghantar pasukan di alu2kan. Pasukkan SKBB menghantar 3 pasukkan 2 pasukkan lelaki dan 1 pasukkan perempuan. Pada tahun ini SKBB hanya ke suku akhir sahaja.  Sekian





 Pelapis cilik hoki bersama Cikgu 
Yokkk kita main golek2 kat sini pulak, Amani dan Ucunya


p/s Esok 13.7.12 ada perlawanan hoki di RSC ( royal selangor club )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...