Friday, July 13, 2012

IKAN CENCARU SUMBAT GORENG

Assalam buat semua, dah lama nak masak ikan cencaru sumbat, tapi kelapa pulak tak ada, selalunya akk punggah kelapa dari kampung. Masa blk kampung cuti sekolah hari tu, sbb cuti seminggu sampai lupa nak kupas nyor untuk bekalan ke KL huhu. Memandangkan banyak resipi cencaru sumbat guna kelapa, jadi akk mengGoogle terjumpa resipi  Kak Nor Secubit Garam buat ikan cencaru sumbat tanpa kelapa  , terus akk menbuatnya. Oh ya ikan cencaru juga dikenali sebagai ikan jeket ( masa akk dok asrama dulu2 ), kalo di klate di panggil ike kheronge, sebut betul2 khonge ( kalo dibahasa malaysikan jadi khorenge gitu heheh )


Merapu meraban pulak . Minta izin ya kak nor nak kongsi resipi di dapur embunrosaliza pulak.




IKAN CENCARU SUMBAT GORENG
resipi : K.Nor@SecubitGaram
kongsi bersama : embunrosaliza


Bahan: 
3 ekor ikan cencaru
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 in kunyit hidup
1 biji cili merah
3 - 5 biji cili api
sedikit belacan
3 sudu besar air asam jawa pekat
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
garam
gula
minyak

Cara:
Belah belakang ikan cencaru, bersihkan dan toskan.
Tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, cili merah, cili api dan belacan hingga lumat.
Masukkan air asam jawa, daun kunyit, gula dan garam dan gaul.
Masukkan kedalam ikan cencaru dan perap 1/2 jam.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.

sedap ikan ni, mmg sesuai di hidang di bulan puasa nnt



insyallah mlm ni, lepas isyak akk nak blk kampung nak ambil nyor banyak2, bonda kata ada banyak kelapa .

10 comments:

as-salam
sedapnye cencaru sumbat.. sedap mkn dgn nasi panas2 ni..
 
Sedap cencaru sumbat ni.Tumpang mkn kt sini la nk wt malas kih3.Kol bape gerak nnt?slmt smpai ya
 
Sedapnya ikan cencaru sumbat mkn time panas2...
 
sedap tu kak rosa..suri suka..tpkan anak2 kalau dah sumbat bagai tu tak reti nak makan..tu yg terbantut usaha kita nk masak gitu tu
 
best pulak tgk resepi ni. kite tak berapa sikit kalo cencaru sumbat kelapa tu. selalu buat cencaru simbat yang inti sambal je. lenkali nak try la ni.
 
Rosa.... memang tak pernah rasa jemu dengan hidangan begini, dari dulu memang suka sangat cencaru sumbat, tak kisahlah sumbat apa, sambal belacan ke, lebih-lebih lagi kalau sumbat kelapa. Sesuai benarlah buat hidangan bulan puasa nanti Rosa.
 
Assalamualaikum kak...
Fuhhhh sedapnya cencaru sumbat...saya tak suka yg sumbat kelapa....nak buat jugaklah...tapi tnggu bulan poso..hehehe...
 
salam kenal dan berziarah disini..jumpa link blog nie kt blog kak amie..:) resepi best2 disini..i follow:)
 
kat sini macam dah lama x jumpa ikan cencaru..huhu..masa ia byk x berapa nak membeli lak..bila dah x jumpa tercari2 jer..goreng gitu n cicah smbl kasturi pun best,ini pun best gak main sumbat2 nih..mmg rajin laa kak liza..
alhamdulillah dh slmt balik dr kmpung ya.. hehe
 
kayna selalu buat nih. wah. selalu masak 4 ekor. sorang 2 ekor mkan dengan hubby. Gelojoh tul.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...