Thursday, July 19, 2012

SAMBAL BELACAN BUAH BACANG

Assalam, dah lama terliur nak makan dan menerai sambal belacan buah bacang, malam tadi MIL sampai dari kampung, ada buah bacang 2 biji. petang ni (29.6.12 ) terus menumbuk sambal belacan, sekejap je siap. Dah lama habis sambal ni, baru leh letak N3 hari ni ( 19.7.12) Terima kasih buah Naz yg pandai menggoda akk dan berkongsi resipi. Akk panjangkan resipi sambal ni kat sini pulak, untuk rujukan masa depan :
pic pulak kelabu asap...kalo snap mlm2 selalu jd mcm ni.
SAMBAL BELACAN BUAH BACANG
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan :

  • 1 biji buah bacang yang masak(sederhana besar)
  • 6 biji cili merah
  • 4-6 biji cili padi
  • 2 inci belacan - dibakar
  • Gula
  • Garam
  • Asam limau nipis/ limau kasturi

Cara-cara :
  1. Kupas kulit buah bacang dan cincang kasar isinya.
  2. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan bakar hingga mendapat teksture yang dikehendaki(sebab ada orang suka sambal belacan yang halus, ada juga yang suka cilinya masih kasar-kasar).
  3. Masukkan gula dan garam. Gaul rata. 
  4. Masukkan pula buah bacang yang telah dicincang kasar tadi. Gaul rata dan rasa masin dan manisnya biar seimbang.
  5. Perahkan jus limau nipis/ kasturi sekiranya suka atau perlu.
  6. Hidangkan.

NOTA :
  • Kepedasan tu boleh adjust ye.. Ikut la lidah masing-masing tahap kepedasannya..
SELAMAT MENCUBA!

9 comments:

salam kak..
lama x pekena yg berkaitan ngan buah bacang ni..tempat sy skrg ssh la nak cr buah bacang..mungkin pasar ada kot..pokok dia pun dah x pernah jumpa dah..
 
sedapkan buah bacang buat mcm ni..mmg berselera la bila makan nasik tuuu...
 
pergh..makan ngan nasik panas2 n ikan kembung goreng..mmg terangkat..huhu
 
ada ikan goreng, ngan sayur masak air mmg terbaik la nih.
 
As salam kak rosa,
Resepi tradisional dan klasik mcm ni yg bagus utk ditonjolkan. Yg moden2 tu biasa sgt dh.

p/s : gmbr kelabu asap tu jgn salahkn kamera sbb teknik amek gmbr yg x kena kot. selalu amek gmbr mlm2, ok je. f2.8 tu..
 
kak liza mmng suka mncuba n memasakk mmng best ahhhhhh
 
assalam kak rosa...kompom heq rasa dengki sbb xleh merasa sambal mace n..ssh le nak dapa buah tu kat sini..
 
sedapnya....!!! Dah lama tak makan ...
 
Assalammualaikum kak rosa

sedapnya sambal bacang...tapi sekarang ni susah la nak dpt buah ni..kunin selalu la juga...

dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak buat kak rosa sekeluarga...:)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...