Monday, July 16, 2012

SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU@ PUCUK UBI KAYU

Selamat petang buat semua, dh senja baru nak post n3. Pertama kali makan sambal tempoyak daun kayu ni bulan posa tahun lepas, memang sangat2 jatuh chenta dan sedap sangat, masa tu kawan akk beli kat pasar malam, dia tau akk suka tempoyak dan di belinya satu utk akk rm3.00 sebekas kecil je, memamg sedap sangat. Dari rasa tu akk mencuba dan mengolah sambal pucuk ubi kayu ni ( daun2 lain tak ada kecuali pucuk ubi dan daun kunyit saje.


Sambal tempoyak pucuk ubi


 1 ikat pucuk ubi - di celur terlebih dahulu kemudian di hiris halus2,
1 helai daun kunyit - hiris halus
7 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
segemgam ikan bilis *
2 sudu besar tempoyak
1 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
garam dan perasa ( embun guna kiub ikan bilis )

Cara2

Tumbuk bahan bertanda, kemudian masukkan pucuk ubi dan semua bahan2 diatas ke dalam periuk , masaklah dengan api yg perlahan. Sesuaikan rasa. Siap

18 comments:

Salam Rosa..poberet org perak ni!
Arini atie pon mkn gulai tempoyak ikan patin tp kat kedai lar...sbb keluar ngan HB.
Arini cuti masak...mkn main beli jer :D
 
Ho hoo... sedapnya! Kali pertama Amie makan tempoyak daun kayu & pucuk2 lain pada tahun 1989... kawan negeri 9 bawa, habis satu tapau Amie kerjakan, walaupun pada mulanya nak makan udangnya saja, tapi rupanya sedap betul segala daun kunyit, daun pucuk ubi dan entah daun apa lagi! Menu Rosa ini mengembalikan nostalgia itu... hu hu huu di sini tak ada bekalan tempoyak!
 
SDaya tak berapa ank reti makan tempoyak. Tapi en. suami cukup suka. Biasa masak tuk suami jer. Thanks kongsi resepi ni. boleh buatkan utk en. suami
 
Assalamualaikum Kak Rosa,
waduhhhhh terliur tngk menu akak arini..lauk2 mcm nilah yg buat kita makan bertambah2 nasi dan lauk..kan.
 
salam kak..
sy baru makan masa kenduri nak sambut pose minggu lps umah MIL..tempoyak -pucuk ubi + daun kaduk..mg pembuka selera kan kak..x suka pun leh jatuh cinta..hehhe
 
salam kak rosa.. mmg terbaik! tun masa duk miri dulu selalu buat sebab keliling rumah byk pokok ubi kayu. skrg ni pindah kawasan berbukit sikit, tanam pokok semua xhidup :(
 
assalam kak rosa...kite memang peminat tegar durian. tapi kite tak makan tempoyak. huhuh... pelik tak?
 
sedapnya..kuah pekat2 ni.Makan ngan ikan goreng lagilah mantap
 
Salam Kak Rosa..kt boleh geng laa..peminat tegar tempoyak hihii.. semua masakan yg ada tempoyak mmg feveret yana..dpt lauk mcm nii xsedar dh bertambah2 mkn nasi ^_^
 
Sedap dan menyelerakan..konfirm tak toleh kiri dan kanan klu tengah siok makan.
 
sambal tmpoyak daun kayu mmg sdap kak..kat nogoqhi smilan klo time bln poso salu ade..sodaaap:)acik tu jual sesenduk singgit..hehe
 
wawww..nampak menyelerakan sgt2 menu bertempoyak nih..pucuk ubi blkg umah ada sikit je skrg sbb rosak kena banjir aritu. ni mmg boleh bertambah2 nasik dibuatnya nih..selaku hantu tempoyak,ratah pun sodap ni kak..hehe
 
kalau pasal tempoyak memang lajujer nambah nasi.. mak mertua lalu tak dipandangnyer... ni sedap oooo....
 
nampak sedap.. boleh try ni. InsyaALLAH
 
Assalamualaikum kak rosa, terliur tengok lauk pucuk ubi ni, mmg special sbb ada letak tempoyak tu kan! lama x merasa lauk ni..dah teringin la pulakkk..:))
 
says the majority cover their funds promptly not to mention with no problems
A respected unsecured debt charity plans the quantity of most people looking at him or her pertaining to enable around payday cash advance bad debts towards double it. credit debt charitable organization claims near purchase all the cash advance, increased benefit personal loans this current year. Your nonprofit charities states that a couple of years in the past the volume of shoppers using them had been small.
chwilówki tarnów
pożyczka na dowód bez bik rzeszów
http://szybkapozyczka24.info.pl
www
polbank efg pożyczka gotówkowa

http://kredyty-bez-bik.org.pl
http://kredyty-bez-bik.org.pl
http://szybkapozyczkabezbik.org.pl
 
http://www.cafb29b24.org/docs/buyativan/#for-sale ativan addiction anxiety - ativan 57
 
buy xanax is it possible to order xanax online - xanax 0 5 mg alprazolam
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...