Monday, July 23, 2012

SIAKAP KUKUS SOS TIRAM

Assalamualikum buat semua, selamat berpuasa ya, N3 pertama di bulan puasa. Sebenarnya menu ni dah lama akk buat, anak2 suka sangat makan ikan siakap, tak kisah masak kukus atau sweet and sour, sekali hadap je licin, tinggal tulang jer huhu.


Resipi ini sebenarnya menggunakan ikan terubuk, memandangkan tulangnya banyak sangat akk tukar ke ikan siakap, senang anak dan mamanya nak makan. Kalo guna ikan terubuk ada lah yg tercekik tulang. Terima kasih buat HASUE yg berkongsi resipi ikan siakap kukus yg teramat simple ini, sapa2 pun boleh buat janji ada ikan.


 Ikan Terubok Kukus Sos Tiram @ IKAN SIAKAP KUKUS SOS TIRAM
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com 

Bahan2:-tidak terhad,boleh tambah/kurangkan ikut selera

1 ekor ikan terubok(lebih kurang 1kg) - embunrosaliza guna ikan siakap
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 tangkai cili merah*-boleh tambah cili padi kalau nak pedas
1inch halia*
2 batang serai(hiris dulu)*-boleh tambah kalau suka
3 sudu besar sos tiram-bancuh dgn 3 sudu bsr air
Garam(jika perlu) dan lada sulah secukup rasa

->Bahan2 bertanda * ditumbuk/dikisar halus

Cara2:

Panaskan pengukus
Bersihkan ikan dan belah belakangnya.
Lumurkan dengan garam,sos tiram dan bahan2 hiris masukkan juga ke bahagian ikan yang sudah dibelah tadi. Tambahkan lada sulah.
Kukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak. Selamat mencuba!


Sedap isinya dan kuahnya.....
Akk buat juga kerabu mangga..memang kena gandigan menu ini.


Selamat menjalani ibadah puasa, semoga pahala yg penuh kita perolehi hari ini dan seterusnya

14 comments:

sedap nya.. lama tak makan ikan kukus :-)
 
sedapkan ikan kukus ni, nampak meliurkan kat gambar tu ;-)))
 
Sedapnya ikan kukus..konfirm kena korek matanya dulu klu ada kat depan Rahel..hehe..
 
ikan siakap mmg sedap! harga pun blh tahan jugak kalau kt sini.. tapi yg tun teriur lebih, tgk kerabu tuu.. adoii.. kurus pahala puasa. hihi
 
assalam kak..
terliur tgk pic ikan akk tu..sok2 blh la buat ni..
 
ewah ewah...berkukus2 lak kak rosa ni ya...mesti bertambah2 makannya tu... :0
 
Assalam kak rosaliza,
siakap kukus ni nampak sungguh sedap .. buat sahur pun sedap kan kak..tapi nak tunggu dia masak tu yang tak sanggup..ngantuk..kalau buka nasi oklah kan..sementara belum azan ..
 
Salam akak... belum terlambat erma nak ucap selamat menyambut ramadhan dan manjalani ibadah puasa tuk akak sekeluarga.. wah nampak sedap tu.. mkn ngan nasi panas2 tak yah lauk lain he he he
 
salam rosa..puasa2 ni tengok gambar siakap kukus ni memang teliur ni..tapi nak kenacari ikan siakap la dulu..
 
salamkak liza..berselera btol la tgk siakap aak tergolek2 camtu..yummy!~

selamat berpuasa kak liza :)
 
nmpk mrk la kaler merah giew..kalau stim bese2 tu pucat jer cam makanan org sakit hihihi
 
Salam Kak Rosa..selamat berpuasa..
waahhh ada menu feveret nii..yana suka sgt ikan siakap kukus..mark dulu resepi nii..harus cuba jgk nnt.. menyelerakan betul ^_^
 
Nampak sedap dan senang aje.... lepas ni boleh cuba.
 
Sedap tuuuu kakk...terubok dah lama tak beli...tengok yg dijual tu kecik2 jer..nanti x puas hati jer makan ikan kecik...mcm banyak tulang dr isi jer rasanya..ikan siakap ni pasti sedap kak..dah goreng pun mmg sediakala sedap..hehe...kerabu tu memang saja je cari pasal tu..hahaha....sibbaik lom boleh puasa lagi..ops.heeee
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...