Friday, July 20, 2012

TAUFU FAH

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat buat semua. Esok seluruh umat isalam akan menyambut bulan Ramadhan, di kesempatan ini akk ingin mengucapkan buat semua, Selamat menjalani ibadah puasa, semoga segala amalan kita di terima Allah. Sekian

Bercerita tentang N3 hari ini pulak :~ Dengan perasaan ingin mencuba, pagi  8.7.12 akk telah DIY taufu fah, resipi kak Ilahjy.  Alhamdulillah menjadi dan rasa yg sangat sedap. Kekadang tu bila beli kat pasar mlm terlalu keras sikit dan rasa rasa lain sikit, yg ni sedap n lembut sangat. Terima kasih pada kak Ilahjy pada resipi sumbangannya. Izinkan saya panjangkan resipi kat dapur Embunrosaliza pula untuk di kongsi2kan bersama yg lain


TAUFU FAH
Resipi : Ilahjy (resepi sumbangan JY )
Kongsi bersama : http://embunrosaliza.blogspot.com


Bahan2
 3 CAWAN KACANG SOYA (RENDAM 8JAM)
1 CAWAN TEPUNG JAGUNG
18 CAWAN AIR (GUNA UNTUK MENGISAR KACANG)
1 CAWAN AIR MASAK/MINERAL
1 SUDU TEH UBAT TAHU FAH/SAIKO (KAT KEDAI UBAT CINA ADA)

AIR GULA MERAH SECUKUPNYA UNTUK DIMAKAN BERSAMA TAHU FAH NI...ATAU AIR GULA PUTIH PUN BOLEH IKUT SELERA KITA

CARA MEMBUATNYA:

1. KISAR KACANG SOYA DGN AIR 18 CAWAN TU SAMPAI HANCUR.
2. TAPIS GUNA KAIN PUTIH. JANGAN SAMPAI ADA TERMASUK SISA KACANG DLM AIR TU..NANTI TAK JADI PULA
3. PASTIKAN JUMLAH AIR KACANG SOYA CUKUP 18 CAWAN SETELAH DIMASUKAN KEDALAM PERIUK.
4. DIDIHKAN AIR TERSEBUT.
5.DALAM BEKAS YANG TAHAN PANAS..PERIUK ATAU BEKAS SIMPAN NASI TUU... YG SECUKUP BESAR DGN AIR SOYA. (BEKAS KE DUA LAH NI..)
6. BANCUHKAN 1 CWN AIR DGN 1 SUDU TEH SAIKO TADI SAMPAI SEBATI. MASUKAN KE DLM BEKAS DI ATAS.( bancuh bersama tepung jagung )
7.KEMUDIAN TUANGKAN AIR KACANG SOYA YG MENDIDIH TADI KEDALAM PERIUK BERISI BANCUHAN TUUU.. TUANG TINGGI2 TAU.
8.TUTUP DGN PENUTUP PERIUK BIAR BEKU. 15 MINIT DAH BOLEH MAKAN.! JANGAN DIUSIK2 SELEPAS TUANG KE DLM PERIUK TU NANTI TAK JADI PULA KALAU DAH 1/2 JAM TAK BEKU.. MAKSUDNYA TAK MENJADI LAH.. KENA LAH CUBA LG...
9.KACANG MESTI YG BERKUALITI BARU JADI. KACANG YG ROSAK ATAU DISIMPAN DLM PETI SEJUK TAK AKAN JADI TAHU FA KITA TU

SELAMAT MENCUBA... BANYAK DAH SAYA MENGAJAR DIKELAS SECARA PERCUMA RAMAI KAWAN2 DAH BUAT BISNES SAMBIL2LAN BW PERGI TEMPAT KERJA ....

ADA SESAPA TAK TAHU TAHU FAH NI MCMANA? ALAH KAT PASAR MALAM BYK JUAL...DLM BEKAS PLATIK DICEDUK GUNA SENDUK NIPIS TUUU DIJUAL BERSAMA AIR KACANG SOYA TUUU..
RESEPI NI PAYAH ORANG NAK KASI...(KEDEKUT ILMU).. SO SEMENTARA DAH ADA NI AMEK LAH BUAT KOLEKSI BAGI YG BERMINAT LAH...

TERIMAKASIH. . KALAU TAK MENJADI TAN! YA SAYA SEMULA...

BOLEH DIWARNAKAN SEMASA MENDIDIH TADI...PINK ATAU HIJAU.... TAPI AIR GULA PUTIH AJE LAH..MAKANNYA. .

PETUA DARI SEORANG AHLI RESPEKS * (copy n paste dari blog kak ilahjy )

kalu ikut apo yg den belajar dgn adik chef li tu ( pengarang buku jutawan senyap )
sukatan kacang soya tu 1kg nisbah dgn air 10 liter. kacang soya yg bagus dari kanada.
dio tak pahit. yg lain tu ada sikit pahit.
maso nak campurkan air soya tu ngan saiko, kono masukkan saiko dulu dlm bokeh ( yg kato cik jalilah, periuk )
tuangkan laju ( dlm kiraan 10 saat ). sobab, kalu lambat soya tu akan beku. fungsi saiko ialah membekukan
air soya tu. lopeh dah curah abih. pokap atau tutup permukaan ateh soya tu dgn kain ( selalu org guno tuala
good morning ) ini untuk merapatkan molikul2 soya tu. kalu tak dio akan memocah. tak berapo jadi la kiro
permukaan dio tu. laie satu, kalu dah buleh makan, buangkan permukaan ateh dio yg berbuih tu. bukan apa,
ko ado yg goli kang nampak buih2. pas tu maso makan tu kan, campur dgn air soya. lotak lak ais dlm 4~4 kiub,
fuhh amek2 sodap jang.



Banyak sangat dapat satu bekas nasi yg kecil tu. Taufufah ni akk simpan dlm peti ais 3 hari pun masih ok lagi. Anak2 makan sikit je, tu pun amik hati mama dia. Tapi bila hari ke3 ada yg baru nak rasa, pas tu tanya dh habis ke ?..Maknanya sedap la tu. Lain kali rasa dulu yg mama buat, ini bukan beli pasar malam huhuhu..anak2ku penghibur hati ku

11 comments:

woww baut taufu fah sendiri...sedap nih..adda suka mkn masa sejuk2..best..
 
Sesuai ni untuk berbuka puasa pelengkap pencuci mulut, kan..

Selamat Berpuasa, Kak Embun Rosaliza..
 
kak..sedap wat pencuci mulut waktu buka pose ni..mmg betul tu kdg2 bila beli ada yg keras ckit, berbaloi bila wat sndr ni..kena lak ank2 laju je..
 
Bleh wt nego doh kak rosa hihi.Bdk2 mkn x?
 
Bestnya boleh buat sendiri! nak cuba juga nanti bila ada kesempatan. terima kasih Rosa...
Selamat berpuasa buat Rosa sekeluarga.
 
alhamdulillah menjadi.. sebenarnya resepi ini kak ilah sudah ubah suai sampai menjadi..utk diajar dikelas masakan persatuan BAKAT DARAT dulu...resepi asal tak pernah menjadi liza... setakat ni ramai dah baut jualan selepas kak ilah
ajar mereka di kelas masakan itu..
kak ilah tunggu juga N3 liza selpas liza bgtau liz buat tahu fah ni..hari ni baru ada .. kalau nak buat sikit liza kurangkan bahan...kak selalu buat 1 cawan jer sekali hadap anak beranak. hehhe..ok..tahniah..
dan selamat berposa ya liza..aampun dan maaf dipinta..
 
salam ramadhan gak wat liza sekeluarga ye!
 
Wah, kak liza,... terernya buat taufu fa. Saya tak pernah buat lagi.

Salam Ramadhan al mubarak, kak liza, ampun dan maaf dipinta atas salah dan silap.
 
Rajinnya liza ni, tabik springgggg la...
Selamat berpuasa ye:-)
 
1st time suri jumpa resipi ni kak,,bestkan boleh buat sendiri,,macam teringin nk cuba,,tp duk baca resipi tu,,takut nk cari ubat tu susah?..
-selamat berpuasa kak,,mana entri bulan posa nih hehe
 
Wahhhh wahh..teruja tengok akak buat tau fu far sendiri..sy pernah beli ubat taufu tu kak..2x dah kot tp x terbuat2 gak..kekeke..punya la rajin tu terlampau kan!

cantik kejadian taufu far akak tu..dah mcm yg dijual kat pasa malam dah ha..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...