Thursday, July 26, 2012

WEDGES

 Assalamualaikum dan selamat petang, dah kul 4.14pm baru dapat mengN3 hehehe.Crispy potato wedges resipi nOOrsha, memang menjadi kesukaan anak2 kat rumah ni, wedges ni akk buat masa cuti sekolah hari tu lagi, lama betul mengambil masa untuk tayangan. Mekasih ya Sha berkongsi resipi ringkas ini. Akk panjangkan ke dapur EmbunRosaliza pula resipi ini :~


Crispy Potato Wedges

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

Selamat berpuasa buat semua......

9 comments:

salam kak..baru tadi beli sos segera tu,,boleh suri try resipi ni n letak sos tu hehe
 
salam rosa..anak2 memng suka kentng wedges ni..tapi akak selalu beli yang segera..tinggal goreng je
 
Memang best buat ngonyel2 ramai2 ni kak..x sedo dah makan byk..suka cicah sos n mayo...kalo ade cheezy mcm kat kfc tu(skrg ramai yg jual akak pnh beli x?) mesti sedap jek kn..hehe
 
ini kalau makan cicah sos keju pon sedap ni...alahai...teringin pulak...
 
Hai Rosa,
lama jugalah Amie tak buat menu begini... anak-anak paling suka, letak je di piring tak sampai berapa minit...licin!
 
assalam kak rosa..dah berzaman xwat potato wedges ni.Ingat jaman aktif kat myR lagi..sedap kan cicah sos n mayonis
 
Sis selalu beli yg segera aje,lepas raya bolehlah cuba resepi ni.
 
sedapnye ngudap2 kentang macam ni..
 
salam Rosa, sesekali mkn wegdes memang sdp, bdk2 pn suka. akk ada seorang ank angkat yg brsuamikn org Arab, bila dtg rmh, dia akn mnta akk buatkn utk hb dia kntang wedges, akk pon naik pelik dia bleh mkn kntang tu ngn roti ptong biasa, lauk langsung x sntuh, istri dia kate, xnk ajar hb dia mkn mknn melayu yg sdp2..nnti nyusahkn dia nk kne msk..hee..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...