Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 26, 2013

MURTABAK SEGERA @ MURTABAK MINI KULIT POPIA DAN PENCICAH BAWANG

Assalamualaikum buat semua hari ini sesetengah negeri bercuti semperna nuzul alquran, bagi kami di Kl sekolah mcm biasalah. Hari ini dah pun masuk hari ke 17, tak lama lagi nak raya dah, mesti ramai yg sibuk membuat persiapan terakhir dan juga mengukis. Kukis akk belum mula lagi, Menjahit alhamdulillah dah siap semua, dh siap packing dh pun heheh, bukan apa takut tercicir je.

Okey berbalik pada murtabak segera ni, dah 2 kali akk buat, anak2 kata lebih sedap dari yg kat PARAM. Kebetulan akk buat murtabak ni, my abe ada juga beli yg kat PARAM, yg akk buat habis waktu berbuka lagi, yg param tu buang keesokkan harinya, anak2 kata tak sedap bau bawang lah mcm2. Sampai hari ni dh tak beli kat Param lagi. Terima kasih MYResipi.



MURTABAK SEGERA

Resepi : Minami 133 @myresipi
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang Rosaliza guna 3 keping daging buger di hancurkan
  • 2 biji ubi kentang - Rosaliza rebus dulu kentang, baru cepat sikit siap
  • 1 sudu setengah rempah kari 
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 1 ulas bawang putih 
  • Daun sup 
  • Minyak 
  • 2 sudu kecil garam 
  • Kulit popia 
  • 2 biji telur 
  • 1 biji bawang cincang 


Cara-cara


  1. Mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang. Rosaliza goreng daging buger dulu hingga agak garing dan wangi , baru di masukkan bawang.
  2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang. 
  3. Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. masukkan bawang cincang. kacau sehingga sebati. 
  5. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia. 
  6. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak. Rosaliza goreng menggunakan majerin atas pembakar burger
PENCICAH CUKA MURTABAK
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.co

      Bahan2:
  1. *Bawang besar (dihiris nipis)
  2. *Cuka makan (2 sudu besar)
  3. *Garam (1/2 sudu teh)
  4. *Gula (2 sudu besar)
  5. *Pewarna makanan (biasanya warna merah)
  6. *Air suam (6 sudu besar)   Rosaliza guna 3/4 cawan air panas  
CARA2
 
1. Hiris bawang nipis2 & rendamkan di dalam pewarna makanan ( titikkan 1 titik pewarna merah di dalam semangkuk air).
2. Dalam mangkuk yang lain,masukkan cuka & ditambah dengan garam & gula.
3. Akhir sekali masukkan bawang tadi (ambil bawang sahaja)
4. Sedia untuk dijadikan pencicah murtabak.



5 comments:

Boleh wat meniada kat bazaar ramdhan ni hehe...nampk sedap tu.
Adoi dalam kepala ni macam nk buat tak tak terbuat pun...
 
Assalamualaikum Rosa,
Amie dah siap salin resepi ni... anak2 & suami cukup suka makan murtabak, in shaa Allah petang ni sambil melapis kek tempahan, sambil2 buat murtabak ni... tq Rosa!
 
sedap tu kak....dah blh jual dh tu;-)
 
Assalamualaikum..salam ramadhan..sp kak kak sheila pun masa 1 st ramadan dah try...mmg puas dmkn buatan sendiri...hari ni pun sheila buat lg tp inti daging kurma...mmg sdp mcm yg kat kedia mamak tu
 
salam kak rosa.. mmg biasanya buat sendiri lagi sedap dr yg beli kat kedai.. dh lama xmkn murtabak mini nih.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...