Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 6, 2009

Crispy Potato Wedges

Salam di pagi minggu buat teman2 di alam maya ini. Breakfast kami pagi ini crispy potato wedges bersama dengan mayo n sos cili, di samping juga kue teow goreng. Anak suka sangat dengan wedges ni, sekejap je habis, tq buat nOOrsha kerana resepi ini, nOOrsha akak minta izin ya nak c n p resepi ni, biasalah utk rujukan masa hadapan
untuk resepinya



Crispy Potato Wedges

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...