Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 1, 2011

SI KECILKU CHAKKK

Memandangkan hari ini ramai yg offkan laptop dan pc dan ramai yang kunci rumah, akk nak n3kan pic sikecil ini sebagai kenangan :~


Amani



Damia anak Ayunalisa


Alisha anak sulung Ayunalisa....2.10.2011 hari lahir yg ke 2 alisha
 Aqil anak embun Dan Nisrina anak En Daun, blog yg berkisahkan tentang semua keindahan dan dedaunan. Comel je dua sepupu ni
 Maisara, merah sangatlah mak ngah, baju dia kalah baju mak ngahnya
 Adawiyah
 Amani
 Nabilla, anak kedua arwah abang
Maisara anak Linapg.


Hari ini dah pun 1.10.2011, akk berazam nak reply semua komen2 yang ada di setiap n3. Terima kasih buat semua yang rajin komen di n3 akk, komen2 kalian semua teramat2 akk hargai, walaupun akk tak sempat reply namun semua akk baca berulang kali. Terima kasih buat semua sayang semua

Pic C n P dari Egieazira,dia rajin kumpul semua anak buahnya, Tq ya dik. 
p/s tq buat Egieazira tentang n3 reply komennya



Friday, September 30, 2011

VERSATILE AWARD - DARI NANI N YANA

Assalam buat semua, pagi ni dapat award dari NANI, versatile award, Terima Kasih Cikgu Nani yang berada di Sabah nuuuu.... Dan akk dapat juga award ni dari YANA, Terima Kasih Yana kerana sudi bagi pada akk.


Biasalah award ni datang bersama setnya. Akk bab mengangkut award memang rajin sangat tapi bab tag tu payah sikit nak jawab, lagi satu alasan paling besar dak kecil Amani demam, batuk n selsema..kukuh betul alasan kakakmu ini nani. Nnt ada masa akk jwb ya



akk c n p dari rumah nani, apa yg nk kena buat tu :~



1. Thank and link back the person who gave you this award
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)

dah selesai 2. Share 7 things about yourself on the post
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)


ari ni 3.10. amani dah pun sihat, cuma ingus tu ada lagi, batuk pun dh kurang, maka akk jawab serba ringkas tentang akk ya Nani n Yana


1. Suka masak, makan dan mencuba resipi baru, tapi tak pandai mana pun masak2 ni, untuk makan famili akk boleh la.
2. Dulu2 lepas SPM akk dpt temuduga maktab, ujian bertulis, tapi gagal, pas tu akk tak cuba lagi, sampai la ni akk menyesal, tak guna sijil tu sebaik mungkin.
3. Akk dok KL dari tahun 1990 , lepas STPM akk terus ke KL.Hinggalah ke hari ini, dah 21 tahun rupanya akk kat sini, dari bas mini warna warni, tambang 50sen lagi, KL tower pun xdak lagi, bestnya bila di kenang2kan
4. Percaya atau tidak akk hanya memakan bahagian dada ayam dan hati sahaja , seingat akk dari kecil lagi akk tak makan bahagian lain, tak tahu kenapa.
5. Masa akk kecil dulu, bonda akk ada cerita akk ikut sedara pergi kenduri, lepas balik tu akk muntah2, siasat punya siasat rupa2nya akk makan itik, agaknya tekak akk ni tak boleh nak telan itik, loya sampai ke rumah heheh
6. Minat menjahit baju serta menjahit manik2, dulu sebelum ada amani akk memang  menjahit manik pada semua lengan baju akk.
7. Suka pada kehijauan, keindahan alam semula jadi

3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa 
Rasanya dah ramai blogger yang mendapat award ni, kepada sesiapa yang sudi sila kan ambil dan gantung di rumah masing2 buat kenag2an

4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
(Hubungi semua yang menerima)

Kalo ada masa akk buat
kerja siap pada 3.10 - 6.26pm

APAM COMEL

Assalamualaikum buat semua, dah lama org dok tayang apam, mcm versi ada yang polkadot dan ada yang dot..dot... Mengikut firasat akk heheh, rasa2nya semua resipi tu berasal dari resipi APAM COMEL @ MYRESIPI @ LILYDVALLEY, tgk pada resipi sama je semua sukatan, cuma ubah inti je. Terima kasih pada penyumbang resipi ini, memang sedap apam ni. Akk tak letak pun inti. Kalo nak tengok pada laporan masakan boleh lah klik2 di SINI, dari 2007 lagi resipi ni






APAM COMEL
Resipi Asal : Lilydvalley @ myresipi
kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan ( 15-20 biji )


3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek - 21/2 cawan
220 gm gula halus- 200gm
150gm susu segar/UHT - susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Inti Kelapa: - tak boh inti
==kelapa parut
==gula merah
==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
==2 helai daun pandan-pintal
Cara-cara


1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
2. Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
3. bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
4. masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.


6. masukkan inti kelapa
7. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
8. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.


Utk Inti Kelapa:
==Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
==Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.
Notes2: Ini acuan yg biasa i guna. acuan lompang & aluminium...kalo boleh, size paper cups sesuaikan ngan acuan.


gebus gebass apam ni, sedap

Thursday, September 29, 2011

PUDING JAGUNG

Assalamualikum, puding jagung yang teramat sedap, lemak manis berkrim. Resipi akk copy n paste dari LINAPG. Dan dengan ini secara rasminya acuan jagung pemberian dari AYUNALISA telah selamat digunakan...mekasih ya Ayu, acuan anggur tu belum rasmi lagi, nnt akan meyusul puding anggur lak heheh


bila tgk lina buat daun kaler ijo akk pun teringin gak  nak buat jugakss, tapi kemalasan melebihi segalanya, akk ambil je kaleer ijau tu pas tu sapu2 kat bekas je, nasib baik jadi juga hijau2 tu..ala2 daun di gigit ulat. Sedap sangat puding ni



Puding Jagung
 by F&N (myR)
Kongsi bersama : LINAPG dan EMBUNROSALIZA

Bahan-bahan ( sefamily )

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis (sy gn 1 tin) Akk guna 1 cawan jagung cream
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair 
  • Sedikit garam (sy tambah)
  • Pewarna ijo (sy tambah)

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll. 
Comel je akk tgk puding ini dengan penuh perasan heheh bukan perasaan ya

Wednesday, September 28, 2011

BAWAL MASAK KUALI

Kembung masak kuali nama resepi asal tapi memandangkan akk guna ikan bawal jadilah bawal masak kuali, nama resipi ni pun di beri oleh empunya resepi iaitu Cik`Iza, akk copy dari myresipi. Rasanya memang sedap. 



BAWAL / KEMBUNG  MASAK KUALI 
Resepi Asal : Cik`Iza @ Myresipi
Kongsi Bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap).
  • 4 sudu besar lada boh / cili giling
  • * 3 biji bwg merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 btg serai
  • 1 sk halba
  • 1/3 cwn santan pekat
  • 2 sb air asam jawa
  • garam, gula and perasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
  2. Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
  4. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
  5. Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap.



Sunday, September 25, 2011

MALWARE MENYERANG EMBUN

Assalamualaikum buat semua yang sudi bertandang ke blog embun kaseh rosaliza.....Sungguh tak kuduga embun di serang malware, sebelum ini tgk blog prg je yg kena, bila kena blog sendiri gelabah bukan main lagi, apa taknya sayang sangat2 kat blog embun ni, rasa macam sebahagiam dari kehidupan je blog Embun ni, walaupun tak banyak resipi2 yang istemewa namun ku teramattt sanyangkannya.


Terima kasih yang tak terhingga buat AYUNALISA yang pagi2 lagi sms bagitau akk pasal pak guard merah ni, mekasih ya ayu, dan terima kasih buat my abe sayang yang menolong bininya yang tak keruan ini menghalau n mengenyahhh jauh2 virus ini.


Harap2 lepas ini blog akk bebas dari virus, 


vairus dari blog Mazidul. Nasib baik cepat akk dapat tahu. Alhamdulillah dah dapat dibuang segala virus tu dengan jaya dan selamat. 

Friday, September 23, 2011

PUDING TEMBIKAI BISKUT MERIE

Assalam buat semua, syawal akan berakhir tak sampai seminggu pun lagi, pasti sabtu dan ahad ni ramai yang akan membuat rumah terbuka.


Puding tembikai, memmang ku jatuh chenta dengan puding yang sedap ini. Kali ini memandai je letak biskut merie, bukan apa teringin nak makan tapi roti pulak tak ada stock kat umah, jadi memandai je durhaka resipi orang, nasib baik menjadi dengan jayanya, dan harumnya tak tau nk kata hehehe. Kalo nak tengok yang guna roti boleh tengok kat SINI





PUDING TEMBIKAI
kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)- akk guna 1 sudu besar penuh
  • 2 keping roti gardenia * akk guna 8 keping biskut merie, lain kali nak boh 12 kpg
  • 6 cawan air (4cwn air) 
  • 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
  • 1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
  • 1 cawan susu cair (sy tambah) *- akk guna susu tpg +air
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil (sy xboh)
  • sedikit pewarna ijo/merah (sy tambah stoberi emulco) akk guna pewarna pink
  • secubit garam akk tambah
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan ijo (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn - akk guna secawan), curahkan di atas lapisan ijo tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi.Biar sejuk.Simpan ke dalam esbok

guna 8 keping biskut pun masih boleh di potong, tapi lepas ni nak boh 10 atau 12 keping pulak

Thursday, September 22, 2011

ROTI PURI

Assalamualaikum buat semua dan salam sejahtera, akk harap semuanya sihat walafiat y. Emmmm lepas2 raya gini terasa makin mengembang je badan ni , apa taknya asyik makan2 n makan je, kalo sabtu n ahad sibuk beraya , makan lagi maunya tak kembangkan...nak kecut barang sekilo dua tu ambil masa la pulak.

Dah lama tak mengentri roti puri ni, selalu buat sebab anak2 n makbapaknya suka sangat dengan kesedapan roti yang simple ini. KembOOOng elok je roti.

ni akk tunjuk yg kembOOng je, ada juga yg lepernya bila buat2 malas nak siram ngan minyak, tapi sedap juga yg leper pun

ROTI PURI
resipi asal : yatiezaini@myresipi
kongsi bersama: linapgembunrosaliza

Bahan-bahan ( 12 biji )


2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air
Minyak utk mengoreng
Cara-cara

1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .


2. satukan tepung dan yis .. gaulkan


3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja


4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~


5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh


6. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil


7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen


8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...


9. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA
begitulah kejadiannya, bila tak siram ngan minyak panas, roti puri ini tidang akan mengelembong, baik2 siram nanti tersiram tangan ke kaki ke, mana lah tau tengah syok2 menyiram ada yg datang sembang ke, mmg kelam kabut jadinya.



Wednesday, September 21, 2011

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

Hari ini 21.9.2011 merupakan hari lahir suamiku. Ku  doakan agar kekanda memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran dan juga  pekerjaan .


Tak lupa juga ku doakan agar panjang umur, murah rezeki dan dilindungi Allah sentiasa. 


kena kecil sikit pic nnt tuan badan angrybird ehh marah hehe...harap2 dia x tertgk n3  ni hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...