Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 14, 2011

ULANG TAHUN KE 2 - EMBUN KASEH ROSALIZA






Assalamualaikum buat semua pengunjung embun kaseh, Hari ini 14.11.11 merupakan ulang tahun kedua blog embunkaseh. Dikesempatan ini akk ingin mengicapkan ribuan terima kasih buat semua pengunjung blog ini, yang suka komen2 kat blog ini, follower , juga pembaca secara senyap2 (ada ke yang baca kuat2 heheh ), yang buka cari resipi secara senyap2 tak kira siapa kalian, kunjungan anda sangat2 akk hargai. Bagi yang tinggal jejak, boleh lah buat kunjung balas. Buat follower yang baru, akk minta maaf banyak2 kiranya tak dapat follow balik, bukan tak sudi, tapi LINK tiada , tapi insyallah yang tinggal jejak atau link , akk akan follow balik. Terima kasih buat semua, sayang semua :~


Tq mr google, mawar putih yang disirami embun kasih 


Sekalung dan berkalung2  terima kasih akk ucapkan pada HASUE yang terlalu banyak membantu akk dalam membina Blog ini, dulu2 suka sangat lepak2 kat blog dia, bila tinggal mesej kat cbox dia, cepat je dia reply, bila tak dapat reply, dia akan call akk, terharu sangat dengan susah payah dia . Buat adik akk LINApg yang bagi sokongan untuk akk berblogging, memula tu tak berapa nak minat sebab akk masak2 masakan simple2 je, bila dia bagi semangat terus je bersemagat akk, dan tak lupa juga DJ Dayang jack, dulu2 kami selalu ym bila ada masa, semagat dari dia bertambah2 lagi akk nak bina ni, dan akhirnya terbinalah EMBUNKASEHTERCINTA pas tu akk tukar dengan EMBUNKASEHROSALIZA. Bila lama guna layout dari scrapping blog tetiba layout yg akk guna dah tamat tempoh, jadi akk tukar ke layout la ni atas bantuan CIKMIN.COM. Terima kasih sekali lagi buat semua

Sunday, November 13, 2011

KUIH PUTERI AYU

yang tak berapa nak ayu huhu...assalam buat semua. Kuih ni akk buat lama sudah, ada sikit rasa segan nak n3 kuih ni,tapi ada aku kisah lawa ke tidak ke, janji semua selamat masuk perut tanpa pembaziran satu pun, walaupun buruk rupa dan tak secantik si puteri amani eh si puteri ayu , rasanya menten sedap lembut dan gebu. Terima kasih buat Mamakastam Tioman @ Myresipi.


Ini je yang tinggal untuk snap pic, akk mai snap je, pulak tu masa msk biar kat acuan je, yang mula2 masak tu elok je, mudah je tanggal, rupa2nya masa panas2 tu kena keluarkan terus kuih ni dari acuan.


KUIH PUTERI AYU
resipi : mamakastam tioman @ myresipi
kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan - bahan


4 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau
Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepong ubi
Cara-cara

1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.

Saturday, November 12, 2011

FROM BEIJING WITH LOVE

Salam ceria di pagi sabtu yang mendamaikan, Amani masih lagi di ulit mimpi setelah bangun kul 6am untuk minum susu. Iqa dan abahnya pagi2  telah kesekolah untuk anugerah cemerlang hari ni.Sarapan belum sedia lagi, tadi minum nescafe dan roti dulu. Selalunya kalo hari tak sekolah sarapan yang berat akan akk msk.


From Beijing with love, walaupun akk tak pergi ke Beijing, tapi seolah2 mcm akk yang ke sana bila dapat cenderahati dari adik2 akk Linapg dan Alla. Terima kasih ya dik, nnt kalo ke Korea n Bandung jgn lupa akk ya heheh, mekasih sekali lagi. Macam akk lak shopping heheh. Semoga Allah murahkan lagi rezeki famili adik2ku sayang.


minta izin ya dik, akk nak letak pic ni kat sini sebagai kenang2an, bukan untuk menunjuk2.
cantik alas meja, akk dapat yang besar dan yang kecil, jade, t'shirt, apron dan lain2, ada yang tak terambil picnya. Terima kasih daun keladi, kalo pergi beli la lagi kihkih.

Friday, November 11, 2011

ROTI ARAB - 11.11.11

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua, roti arab yang lama dah habis. Sedap roti ni, rupa2nya roti arab dan roti puri lebih kurang sama je cuma lain nama yang diberi.Perbezaannya ialah cara penyediaan, roti puri gula di masak bersama bahan2 lain. Manakala  roti arab guna air suam. Roti arab ke roti puri ke, kedua2nya akk suka dan disukai oleh anak2. Minta izin ya akk C n P kat sini untuk rujukan masa hadapan :~ 




ROTI PURI
resipi : sofinar@myresipi
kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan ( 10 org makan )


2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak- terlupa nak letak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum


Cara - cara

    1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
    2. tepung di gaul dengan yis
    3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
    4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
    5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
    6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
    7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
    8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging


    note: untuk mendapat roti yg kembOOng, hendaklah rajin menyimbah2kan minyak panas tanpa henti keatas roti arab, sehingga betul2 kembOOng, 



    sedap makan cicah ngan sambal bilis.


    Cantik tarikh hari ni kan 11.11.11

    Thursday, November 10, 2011

    HARI RAYA KORBAN 2011

    Hari raya haji semakin hambar di sambut oleh wargakota, ada yang tak rasa apa2 pun pada hari raya haji. Bagi kami warga kampung tetap meriah dengan makan2 dan buat ketupat juga ini merujuk pada MIL akk la. Bagi yang melakukan ibadah korban akan lebih terasa kemeriah hari raya korban ini, apa tak meriahnya, selesai je solat sunat aidil adha, singgah ziarah kat kubur, pas tu blk rumah kejap. Lepas tu , pergi pula   tempat peyembelihan korban, kat situ pula ambil masa berjam2 juga untuk siap. Balik ke rumah sibuk untuk masak. Walaupun la ni dah semakin kurang org yg melaksanakan ibadah korban ni msk2 untuk menjemput org mkn kat rumah. Paling tidak pun msk utk famili sendiri, keletihan memang tak terkata. Pas tu nak agih2kan daging korban pula, pada yang ada anak cucu boleh lah di suruh mereka. Siap msk2 n makan dah pun pukul 3pm, badan penat lelap mata kejap. Dah bangun tu baru lah nak melangkah kaki ke rumah kita pula..heheh merujuk pada akk la, tahun ni beraya rumah my abe. Ptg raya baru blk umah bonda akk. Rumak bonda akk dekat je ngan umah MIL, cuma jalan je berbeza tak sampai pun 500 meter heheh.


     bergambar lepas balik solat sunat dah, pagi2 masing2 sibuk tak sempat nak bergambar pun, my abe dh siap2 utk ketempat korban dah. Ini pun sebahagian dari pada fimili my abe
     Baju raya puasa, tak sempat nak jahit baju raya haji huhu
     masa akk pergi sempat gak la tgk sekor lembu yg sedang mengorbankan dirinya
     yg ni dah siap2 lapah
     Amani tengah meng catwalk heheh
    Maisarah yg tak berapa sihat, perutnya meragam. Alisha yg ketakutan 

    Friday, November 4, 2011

    ASAM PEDAS KAK ANIM

    Assalamulaikum buat semua, dah lama teringin buat asam pedas kak anim ni, ramai yang dah mencuba. Sebenarnya akk memang jarang masak asam pedas, tapi amat gemar masakan ini. Asam pedas ni dah lama akk masak , dah pun 2x buat sebelum ni, ni baru nak letak resipi kat sini, selama ni dok dlm draf je, sebenarnya akk cnp resipi masa nak buat asam pedas ni, tapi transfer gambar yang lambatnya, selalunya kumpul2 dulu hehe. Memang sedap asam pedas ni :~






    Asam Pedas Kak Anim.
    Resepi : Kak Anim
    Copy n paste : sheila
    Bahan :
    • 1 ekor ikan talapia hitam.kalau guna ikan tenggiri ambil 1/2 ekor/1/2 ikan jenahak/ikan merah - sheila guna ikan pari  - akk guna ikan tenggiri bahagian kepala
    • 20 tangkai cili kering - didihkan sebentar angkat dan toskan - dikisar
    • 1 labu kecil bawang besar - dikisar
    • 3 ulas bawang putih - dikisar
    • sedikit halia - dikisar
    • sedikit kunyit hidup - dikisar
    • 1 kuntum bunga kantan - dikisar
    • 2 batang serai - dikisar
    • sedikit daun kesum - di kisar
    • air asam jawa secukupnya
    • 1 kiub ikan bilis 
    • garam secukup rasa
    • beberapa batang bendi
    • tomato - dibelah 4
    • sedikit serbuk kunyit - tak letak
    • sedikit serbuk lada hitam - tak letak
    • sheila tambah dgn daun kari masa menumis- tak letak
    Cara memasak :
    1. Ikan di bersihkan dan dilumur garam dan sedikit serbuk kunyit.Ketepikan - akk rendan ngan asam jawa
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak @ pecah minyak.
    3. Pastikan cili betul2 masak masukkan sedikit air asam jawa, kacau sedikit.
    4. Masukkan ikan dan didihkan sebentar, kemudian masukan garam dan kiub ikan bilis.
    5. Masukkan lebihan air asam jawa dan biarkan mendidih lagi. Kemudian baru masukkan  bendi ,tomato @ terung jika suka.
    6. Kecilkan api dan didihkan hingga masak.Tabur sedikit serbuk lada hitam, biarkan seketika dan boleh tutup api dan sedia untuk di hidang.
    memang sedap asam pedas ni, anak akk siap cicah dengan roti, sedap katanya. Buat kali kedua tu akk lebihkan sikit kuah.

    resipi simple tapi sedap.

    p/s dari mlm tadi bumi KL dibasahi hujan yang lebat, pagi ni pun masih hujan lagi, terasa kampung halaman sudah mengamit ku pulang. Insyallah pagi esok kul 4am kami akan bertolak ke Kampung. Hari ini anak2 ada exam lagi kat sekolah agama.

    Thursday, November 3, 2011

    JERING REBUS

    Pada hari ahad lepas akk pergi ke pasar pagi kat Pantai Dalam, jenjalan tu ternampak jering rebus ni, walaupun besar gedabak n tak berapa comel rupa parasnya, akk beli juga, dah lama tak makan. Sebenarnya jering ni di bawa dari Kelantan. Jering rebus ni bermusim juga. Kat negeri lain ada tak jering rebus sebegini.  Masa baru2 kawen dulu ada juga sekali akk tgk MIL akk buat jering rebus, macam2 benda ada kat dalam tu untuk direbus bersama dan petua untuk mengelak dari di `kapit' jering ini ( kalo salah masak akan menyebabkan tak boleh buang air kencing - betul atau tidak wallahualam ). 


    Semenjek akk makan jering rebus ni tak pernah pulak terjadi peristiwa kapit mengapit ni pada famili terdekat atau org yang akk kenal. Mengikut kata org tua2 disebabkan ada kapur kat dalam jering itu yg jadi begitu.


    Pada sesiapa yang tak pernah makan jering rebus tu, rasanya sedap lemak2 bila di cicah dengan kelapa parut+garam+gula, memang sedap sangat. 


    beginilah rupa paras jering rebus, tepi tu kelapa parut putih. Selalu yang biasa akk beli jering tu comel je kecil2 sikit dan warna dia kekoko2an yang sekata. Kalo tgk jering yang kat atas ni akk bagi gred C.

    Wednesday, November 2, 2011

    PUCUK MIDIN @ PUCUK PAKU MERAH

    Kat klate di kenali dengan pucuk midin, tapi masa kat pantai remis tu tanya org jual tu dia kata pucuk paku merah.

    Tuesday, November 1, 2011

    CUCUR BOM MANIS

    Assalamualaikum buat semua, 2 , 3  hari ni punyalah malas nak sapu sawang rumah alam maya ni, hari ini rajin sikit sebab ada kelapangan dipagi yang mulia ini. banyak lagi menu tertunggak yang berebut2 untuk di n3kan. Seboleh2nya nak di n3kan semua sebelum balik kampung raya haji nanti.


    Cucur bom manis ni dah lama akk buat masa resipi ni tengah  panas2 lagi, tapi biasalah akk semua yg dah basi baru bopleh letak kat blog, janji resipinya tak basi dan boleh di rujuk untuk masa hadapan. Sedap elok je kembongnya. My Abe kata macam roti, tapi akk terlupa nak letak garam masa gorengan pertama dan kedua. Lepas tu baru tambah garam. Akk tgk kat rumah Yana pas tu terus buat






    CUCUR BOM MANIS




    Bahan2 :
    • 1 sdt yis
    • 1 cawan tepung gandum
    • 2 sdb gula
    • 3 sdb susu pekat manis
    • secubit garam
    • air secukupnya
    • minyak untuk menggoreng

    Cara-cara :
    • Campurkan yis, gula, susu & sedikit air..larutkan..Ana biar sampai pekat berbuih.
    • Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
    • Perap aduna dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng
    • Panaskan minyak masak.
    • Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan & goreng hingga keperangan.
    • Hidangkan..yummyy...

    Akk buat 3 adunan maknanya 3 cawan.





    Sedap dimakan panas2.


    p/s sedar tak sedar rupa2nya hari ini dah pun  1.11.11. Sekejap masa berlalu
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...