Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 7, 2011

KEK COKLAT KUKUS MUNIRAH

Kek coklat yang sangat sedap dan sangat lembap. Anak2 pun sangat suka dengan rasa dan tektur kek ni yang halus dan mulus.







RESEPI KEK COKLAT KUKUS MUNIRA


copy: Kak Hana


Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - hana gune susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde
>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C
4 biji telur - diblender (tapi kak.noor pukul hingga kembang) - hana juga

Cara-cara
  • Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  • Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  • Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.

Thursday, October 6, 2011

PUTERI SYAZA AMANI - 12 BULAN

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua. Sekejap je masa berlalu, dah pun 12 bulan  puteri amani. Setiap bulan akk menceritakan tentang dia. Hari ini ulang tahun pertama Amani. Giginya dah ada 8 batang,(silap lak ari tu taip 6 batang, dah kira tu, salah lagi heheh ) Tq auntie Hasue, auntie Izah n uda (en Daun )yang kira gigi kita hehe. suka sangat bercakap, tak henti2 pot pet2x, jumpa suis  semua ckp tuk ( tutup agaknya). Ada juga perkataan yang jelas butirnya, ada yang merapu meraban. Tapi kdg2 mama dan abah pun dia salah panggil heheh, kat abahnya di panggil mama, kdg gelak je akk ngan dak amani ni. Sangat takut dengan kucing, geli agaknya. 

Sekejap lagi akk nak pg klinik untuk cucuk dia nnt akk cerita kemudian ya, 


Terkini 6.10.11 tadi timbang dia 7.8 kg jer


chakkkkk, pic terbaru, ptg ni lepas ptg kek,06.10.11




gambar yg diambil ptg semlm 5.6.11, tak nak ngan org lain, saje nak tayang gigi tu pd aunty2 n uncle2
tak berapa suka nak bergambar, susah nak senyum masa kita snap foto dia, pastu baru sengeh2 bila dh off kamera
hari mula2 dia tak sihat tu, tgk monyok je muka, mata pun layu, masa ni dia nak ikut kakak Adda pg sekolah, si kakaknya yg pakaikan tudung tu, elok je dia pakai heheh


ini pic hari ahad, dah sihat cuma batuk2 n selsema ada lagi 
ginilah amani, selalu offkan pc akk, kdg2 tu ditekan2 terus je shutdown,..ginilah anak cyber 


opppssss lupa lakss nak gtau aunty n uncle, saye ni takleh jalan lagi, jalan ngan mama je boleh

Tuesday, October 4, 2011

NASI IMPIT DAN KUAH KACANG KELANTAN

Assalamualikum buat semua dan salam sejahtera, hari ini 4.10.2011 anak2 akan menjalani peperiksaan PMR, begitu juga dengan anak sulung akk, semoga mereka semua dapat menjawab soalan dengan cemerlang, dan buat yang terbaik.


Pagi bumi KL hujan mencurah2 bagaikan takmo berhenti, anak2 pun balik sekolah lambat sikit, nasib baik kul 1 lebih hujan dah pun reda. Terasa sejuk n nyaman seketika.


Berbalik pada n3 yang dah basi ni,nasi impit kuah kacang. Sebenarnya nasi impit tu yang segera je, akk ni mana pandai nak anyam ketupat nak buat nasi impit tu, nanti lain kali nak kena belajar dengan LINAPG, dia memang pandai, masa dia ajar buat sarung ni akk sibuk kat hostel katanya , akk pun lupa, nape akk tak reti, sedangkan adik akk En Daun pun pandai huhu.


Bercerita tentang kuah nasi impit ni, memang amat berbeza dengan kuah2 di negeri lain. dan kuahnya cair sikit, tapi untuk kita warga Klate memang suka dengan kuah sebegini. Cara untuk masak kuah ni ada dua cara, satu di tumis bahan2 blender dan satu lagi di masak terus tanpa tumis, dan tunggu hingga kuah pecah minyak, bermakna santan ken apekat sikit. Cara akk tumis, cepat kerja.


KUAH KACANG KELANTAN
resipi :embunrosaliza


Bahan - bahan


21/2 Cawan kacang tanah ~ digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan diblender kering)
13/4 Cawan Santan Pekat
4 Cawan air

BAHAN UTK DI BLENDER*
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
5 tangkai cili kering * ( nak pedas tambah lg)
2 batang serai di ketuk manja  ( ditumis bersama bahan2 diatas)

2 keping Nisan
3 Sudu besar gula
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
Sedikit minyak untuk menumis

CARA2 MEMBUATNYA
~ Blender semua bahan2 bertanda*. Kemudian tumis bahan2 bertanda * bersama serai  sehingga wangi, kemudian masukkan air dan santan. Kacau seketika.

~ Kemudian masukkan kacang, nisan, gula, garam, asam keping, kacau sentiasa. Gunakan api yg sederhana.

~Masakklah sehingga pecah minyak, sesuikan rasa. Siap



sate ni beli kat medan mara sate kajang Hj Samuri, sate yang tersedap yang pernah akk makan.

Monday, October 3, 2011

APAM BALIK

Assalamualikum buat semua,  sedap sungguh apam  balik ni ada iras2 yg pasar malam. Akk ambil resipi kat Myresipi.com, terima kasih myresipi yang banyak membantu akk dalam masak2 ni.


Cantik je kulit dia, kalo di sapu mentega lagi berkilat rasanya. Tapi akk biar gitu je, 


APAM BALIK
resipi asal : Ms Oreo@myresipi
kongsi bersama : embunrosaliza



Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning - Akk tak letak pun
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles - tak sapu pun, guna nonstick pan yg kecil
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • jagung cream
  • gula

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!
Apam ni kalo kita letak inti kastard pun sedap juga ni, teringat pula, best juga manis2. Balik kampung pun jarang dah jumpa yang inti kastard tu
Menjadi dan sedap

Saturday, October 1, 2011

SI KECILKU CHAKKK

Memandangkan hari ini ramai yg offkan laptop dan pc dan ramai yang kunci rumah, akk nak n3kan pic sikecil ini sebagai kenangan :~


Amani



Damia anak Ayunalisa


Alisha anak sulung Ayunalisa....2.10.2011 hari lahir yg ke 2 alisha
 Aqil anak embun Dan Nisrina anak En Daun, blog yg berkisahkan tentang semua keindahan dan dedaunan. Comel je dua sepupu ni
 Maisara, merah sangatlah mak ngah, baju dia kalah baju mak ngahnya
 Adawiyah
 Amani
 Nabilla, anak kedua arwah abang
Maisara anak Linapg.


Hari ini dah pun 1.10.2011, akk berazam nak reply semua komen2 yang ada di setiap n3. Terima kasih buat semua yang rajin komen di n3 akk, komen2 kalian semua teramat2 akk hargai, walaupun akk tak sempat reply namun semua akk baca berulang kali. Terima kasih buat semua sayang semua

Pic C n P dari Egieazira,dia rajin kumpul semua anak buahnya, Tq ya dik. 
p/s tq buat Egieazira tentang n3 reply komennya



Friday, September 30, 2011

VERSATILE AWARD - DARI NANI N YANA

Assalam buat semua, pagi ni dapat award dari NANI, versatile award, Terima Kasih Cikgu Nani yang berada di Sabah nuuuu.... Dan akk dapat juga award ni dari YANA, Terima Kasih Yana kerana sudi bagi pada akk.


Biasalah award ni datang bersama setnya. Akk bab mengangkut award memang rajin sangat tapi bab tag tu payah sikit nak jawab, lagi satu alasan paling besar dak kecil Amani demam, batuk n selsema..kukuh betul alasan kakakmu ini nani. Nnt ada masa akk jwb ya



akk c n p dari rumah nani, apa yg nk kena buat tu :~



1. Thank and link back the person who gave you this award
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)

dah selesai 2. Share 7 things about yourself on the post
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)


ari ni 3.10. amani dah pun sihat, cuma ingus tu ada lagi, batuk pun dh kurang, maka akk jawab serba ringkas tentang akk ya Nani n Yana


1. Suka masak, makan dan mencuba resipi baru, tapi tak pandai mana pun masak2 ni, untuk makan famili akk boleh la.
2. Dulu2 lepas SPM akk dpt temuduga maktab, ujian bertulis, tapi gagal, pas tu akk tak cuba lagi, sampai la ni akk menyesal, tak guna sijil tu sebaik mungkin.
3. Akk dok KL dari tahun 1990 , lepas STPM akk terus ke KL.Hinggalah ke hari ini, dah 21 tahun rupanya akk kat sini, dari bas mini warna warni, tambang 50sen lagi, KL tower pun xdak lagi, bestnya bila di kenang2kan
4. Percaya atau tidak akk hanya memakan bahagian dada ayam dan hati sahaja , seingat akk dari kecil lagi akk tak makan bahagian lain, tak tahu kenapa.
5. Masa akk kecil dulu, bonda akk ada cerita akk ikut sedara pergi kenduri, lepas balik tu akk muntah2, siasat punya siasat rupa2nya akk makan itik, agaknya tekak akk ni tak boleh nak telan itik, loya sampai ke rumah heheh
6. Minat menjahit baju serta menjahit manik2, dulu sebelum ada amani akk memang  menjahit manik pada semua lengan baju akk.
7. Suka pada kehijauan, keindahan alam semula jadi

3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa 
Rasanya dah ramai blogger yang mendapat award ni, kepada sesiapa yang sudi sila kan ambil dan gantung di rumah masing2 buat kenag2an

4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
(Hubungi semua yang menerima)

Kalo ada masa akk buat
kerja siap pada 3.10 - 6.26pm

APAM COMEL

Assalamualaikum buat semua, dah lama org dok tayang apam, mcm versi ada yang polkadot dan ada yang dot..dot... Mengikut firasat akk heheh, rasa2nya semua resipi tu berasal dari resipi APAM COMEL @ MYRESIPI @ LILYDVALLEY, tgk pada resipi sama je semua sukatan, cuma ubah inti je. Terima kasih pada penyumbang resipi ini, memang sedap apam ni. Akk tak letak pun inti. Kalo nak tengok pada laporan masakan boleh lah klik2 di SINI, dari 2007 lagi resipi ni






APAM COMEL
Resipi Asal : Lilydvalley @ myresipi
kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan ( 15-20 biji )


3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek - 21/2 cawan
220 gm gula halus- 200gm
150gm susu segar/UHT - susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Inti Kelapa: - tak boh inti
==kelapa parut
==gula merah
==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
==2 helai daun pandan-pintal
Cara-cara


1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
2. Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
3. bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
4. masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.


6. masukkan inti kelapa
7. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
8. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.


Utk Inti Kelapa:
==Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
==Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.
Notes2: Ini acuan yg biasa i guna. acuan lompang & aluminium...kalo boleh, size paper cups sesuaikan ngan acuan.


gebus gebass apam ni, sedap

Thursday, September 29, 2011

PUDING JAGUNG

Assalamualikum, puding jagung yang teramat sedap, lemak manis berkrim. Resipi akk copy n paste dari LINAPG. Dan dengan ini secara rasminya acuan jagung pemberian dari AYUNALISA telah selamat digunakan...mekasih ya Ayu, acuan anggur tu belum rasmi lagi, nnt akan meyusul puding anggur lak heheh


bila tgk lina buat daun kaler ijo akk pun teringin gak  nak buat jugakss, tapi kemalasan melebihi segalanya, akk ambil je kaleer ijau tu pas tu sapu2 kat bekas je, nasib baik jadi juga hijau2 tu..ala2 daun di gigit ulat. Sedap sangat puding ni



Puding Jagung
 by F&N (myR)
Kongsi bersama : LINAPG dan EMBUNROSALIZA

Bahan-bahan ( sefamily )

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis (sy gn 1 tin) Akk guna 1 cawan jagung cream
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair 
  • Sedikit garam (sy tambah)
  • Pewarna ijo (sy tambah)

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll. 
Comel je akk tgk puding ini dengan penuh perasan heheh bukan perasaan ya

Wednesday, September 28, 2011

BAWAL MASAK KUALI

Kembung masak kuali nama resepi asal tapi memandangkan akk guna ikan bawal jadilah bawal masak kuali, nama resipi ni pun di beri oleh empunya resepi iaitu Cik`Iza, akk copy dari myresipi. Rasanya memang sedap. 



BAWAL / KEMBUNG  MASAK KUALI 
Resepi Asal : Cik`Iza @ Myresipi
Kongsi Bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap).
  • 4 sudu besar lada boh / cili giling
  • * 3 biji bwg merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 btg serai
  • 1 sk halba
  • 1/3 cwn santan pekat
  • 2 sb air asam jawa
  • garam, gula and perasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
  2. Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
  4. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
  5. Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...