Friday, June 1, 2018
Biskut Coklat Chips
Assalamualikum dan selamat petang.. hari ni merupakan hari ke 16 umat islam berpuasa. Alhamdulillah Adik Puteri berpuasa dgn jayanya tanpa karenah... dh besar pun dia tahun 2 dah... blk sekolah pun cergas x ada mengantuk2... ptg kul 2 pg sekolah agama pula.. alhamdulillah.
Berbalik pada N3 hari ni... biasa hari ke 10 puasa dh mula buat biskut... tahun ni mcm x berapa nk rajin pula.
Biskut wajib buat setiap tahun coklat chips resipi asal dari biras... tp telah di olah semula mengikut citarasa dan menambah kekacang dlm adunan.
COKLAT CHIP ( resipi Asal )
Resipi asal : kak Anida ( biras )
Resipi : embunrosaliza
Bahan - bahan
* 450g choclate chips - Rosaliza guna 200g @ 2 cawan
* 3/4 cawan kuaci
* 2 sudu teh baking powder
* 11/2 ketul butter
* 1 cawan gula putih - rosaliza guna 3/4 cawan
* 1 cawan gula perang
* 5 cawan tepung superfine
* 2 sudu teh serbuk koko
* 2 biji kuning telur
* 1 sudu teh garam
* 2 sudu susu tepung
Cara - Cara
1~ Butter di pukul bersama gula putih dan gula perang, kemudian masukkan vanilla dan telur...gaul sebati
2~ Gaulkan tepung, coklat chips, baking powder, serbuk badam,koko dan garam hingga sebati. Campurkan adunan ini dengan butter yang telah di pukul tadi .....bentukkan ikut suka hati
3~ Bakarlah sehingga masak... lebih kurang 20 minit)
Thursday, May 31, 2018
Akok Sedap
Assalamualikum selamat petang buat semua. Hari ni hari ke 15 kita berpuasa.
Kuih berbuka ptg ni Kuih Akok Resipi Bonda... alfatihah Bondaku sayang. Resipi ni hasil dr usaha gigih linapg.
Akok Bonda Sedap
Resipi : Linapg
Kongsi bersama : rosaliza@syazaliza
Kuih berbuka ptg ni Kuih Akok Resipi Bonda... alfatihah Bondaku sayang. Resipi ni hasil dr usaha gigih linapg.
Akok Bonda Sedap
Resipi : Linapg
Kongsi bersama : rosaliza@syazaliza
KUIH AKOK RESEPI BONDA
Resepi : Bonda LiNa Pg
KOngsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-Bahan:( sukatan cawan)
- 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan gula kabung (Racik halus masukkan dalam cawan)
- 1 cawan air
- 1/2 cawan gandum
- 3 helai daun pandan (carik-carik)
- Secubit garam
Cara-Cara:
- Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan acuan dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.
- Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
- Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan
- Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.
- Bakar hingga masak.Lina pg bakar selama 15min suhu diturunkan ke 180'C.Guna api atas dan bawah
Selamat berbuka buat semua
Monday, May 28, 2018
Bingka Labu Sedap
Assalamualikum dan selamat berpuasa.. hari ni Isnin 28.5.18 hari ke 12 kita menjalani ibadah puasa... bingka labu ni saya buat beberapa hari yg lepas.. labu pemberian jiran, labu jenis besar.
Kongsi2 sikit dgn jiran2...
Sedap lemak manis
Bingka Labu Sedap
CnP : Yatiememori
Kongsi Bersama : rosaliza / syazaliza
BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
Kongsi2 sikit dgn jiran2...
Sedap lemak manis
Bingka Labu Sedap
CnP : Yatiememori
Kongsi Bersama : rosaliza / syazaliza
BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
- 2 biji telur
- 2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
- 1/2 cwn susu cair
- 2 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn gula pasir halus
- 1/2 cwn susu pekat manis
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
- 2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
- sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
- Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
- Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
- Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
- Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
- Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.
## saya lenyek2 je labu tu x blend..
Friday, May 25, 2018
Somtam
Selamat petang buat semua.. somtam iaitu salad betik. Betik segar dr pokok sendiri.. buahnya cukup besar sedang elok mengkal dan rangup.. kalo dia biar masak x lalu pula nk mkn puasa2 ni.. mlm2 x larat dah nk mkn betik... dr membazir baik kita buat somtam..boleh la bg jiran2 sikit..
Resipi hasil teropong dari dapur Maz Ilhamdapur yg berada di Bahrain sana
Somtam
CnP: Maz IlhamDapur
Kongsibersama : rosaliza/syazaliza
Cara
1. Dalam lesung masukkan nisan somtam, gesek-gesek biar hancur/lembut. Kemudian masukkan cili padi dan bawang putih. Tumbuk sikit sekadar nak pecahkan bawang dan cili.
2. Masukkan tomato, gesek lembut je, masukkan kicap ikan secukupnya dan jus limau. Sebatikan dan rasa apa yang kurang, biar ada rasa manis, masin yang seimbang dan sedikit rasa masam.
3. Dalam mangkuk satukan betik, udang kering, kacang tanah dan sos tadi. Gaul sebati.
4. Sedia untuk dihidang bersama kangkung atau kacang panjang.
Resipi hasil teropong dari dapur Maz Ilhamdapur yg berada di Bahrain sana
Somtam
CnP: Maz IlhamDapur
Kongsibersama : rosaliza/syazaliza
Bahan-bahan
- 1 mangkuk betik muda yang disagat panjang
- 1 biji limau nipis - amik jusnya
- 1 biji tomato
- 2 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 1/4 cawan nisan putih (gula kabung thai) @ secukupnya
- kicap ikan secukup rasa (fish sauce) & secubit serbuk perasa jika suka
- kangkung dan kacang panjang
- sedikit kacang tanah yang digoreng
- sedikit udang kering thai (warna oren tu)
ni ler rupe gula kabung thai atau nisan putih
1. Dalam lesung masukkan nisan somtam, gesek-gesek biar hancur/lembut. Kemudian masukkan cili padi dan bawang putih. Tumbuk sikit sekadar nak pecahkan bawang dan cili.
2. Masukkan tomato, gesek lembut je, masukkan kicap ikan secukupnya dan jus limau. Sebatikan dan rasa apa yang kurang, biar ada rasa manis, masin yang seimbang dan sedikit rasa masam.
3. Dalam mangkuk satukan betik, udang kering, kacang tanah dan sos tadi. Gaul sebati.
4. Sedia untuk dihidang bersama kangkung atau kacang panjang.
Tuesday, May 22, 2018
Puding Sagu Gula Melaka Sedap
Assalamualikum dan selamat malam. Pencuci mulut iftar ke 5...alhamdulillah nyaman masuk ank tekak dgn rasa yg manis lemak berkrimm. Selalu duk tgk Linapg buat sagu gula melaka tp pg rumah dia x boleh nk CnP resipi dia pula...
Puding Sagu Gula Melaka
Kongsi Bersama : embunrosaliza
Puding Sagu Gula Melaka
Kongsi Bersama : embunrosaliza
Sagu:
1 cawan biji sagu (warna putih)
1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran
Cara-Cara:
1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan.
2. Didihkan air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.
3. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau menggunakan garfu.
4. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan
4. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan
Sirap Gula Melaka
3 keping Nissan @ 1 ketul besar Gula Melaka
3 sudu Gula
Daun pandan.. simpul
2 Cawan Air
Cara2
Masak sehingga agak pekat
1 tin susu cair.
Cara utk makan...sagu, sirap gula melaka dan susu cair...mkn sejuk2
Friday, May 18, 2018
Lopat Tikam / Lompat Tikam Kelantan
Assalamualikum menu berbuka semlm puasa pertama lopat tikam.
Resipi : rosaliza@syazaliza
Resipi : rosaliza@syazaliza
BAHAN2NYA
1 cawan tepung beras
21/2 cawan air
sedikit pewarna hijau
1 sudu besar air kapur
CARA2
Satukan kesemua bahan2 diatas, tapiskan kedalam kuali. Dengan menggunakan api yg sederhana kacau sehingga pekat dan berkilat. Sejukkan di dalam loyang.
♥♥♥
1 cawan pulut
sedikit pewarna merah
sedikit garam
1 cawan santan ( anggaran )
Masak seperti memasak nasi...Sukatan santan sepaptutnya lebih sedikit dari pulut
#######
3 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
sedikit garam
Satukan kesemua bahan diatas kemudian kacau diatas api yg sederhana sehingga kuah agak pekat, rasakan untuk mendapat rasa lemak2 gitu
@@@@@@@@@@
3 keping nisan / gula melaka
1 cawan air
daun pandan
Masak sehingga agak pekat sedikit
"
"
"
SIAP
Selamat berbuka buat semua.....Thursday, May 17, 2018
Solok Lada
Assalamualikum dan selamat petang buat semua. Solok lada siap utk di gandingkan dgn nasi kerabu. Menu berbuka bersama ayam panggang kenny rogers
Terlebih rajin ptg ni
Siap masak amik gambar terus. Tunggu masa buka harus lupa.
SOLOK LADA
by: rosaliza @syaza liza
Bahan - Bahan
10 biji Lada solok - dibelah tengah dan keluarkan biji
1 cawan kelapa - digoreng hingga kekuningan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 batang serai - dihiris nipis
10 biji lada hitam @ aji shio
1 biji telor
Sedikit garam n nisan/gula melaka dan serbuk secukup rasa
2 ekor ikan kembung @ apa2 ikan - direbus ngan sedikit garam, dan ambil isinya.
1 cawan santan sederhana pekat
*********************************************
CARA - CARA
1. Tumbuk lada hitam,serai,halia ,bawang,dan nisan, kemudian masukkan ikan, tumbuk seketika hingga bergaul mersa. Masukkan garam.
2. Keluarkan bahan2 tumbuk tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar. Selepas itu masukkan kelapa yang telah di goreng tadi kedalam bekas( kalo rajin kelapa ni di tumbuk sedikit untuk menghaluskannya ). Gaul mesrakan bahan2 tersebut.
3. Pecahkan sebiji telor dan gaul rata. Kemudian bolehlah disumbatkan kedalam lada tadi. Buatlah sehingga habis
4. Susunkan didalam periuk, kemudian masukkan secawan santan. Tutup periuk dan masaklah dengan api yang perlahan sehingga kering. ( dalam 10 minit ).

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers
Assalamualikum dan selamat pagi. Hari ni 17.5.18 merupakan hari pertama umat islam berpuasa. Cadangan menu pertama berbuka nasi kerabu. Rasanya menu wajib hari pertama berbuka. Biasanya lauk telor masin dan juga ayam goreng. Kali ini kita tukar selera pula. Memandangkan semua anak ada hari ni mama pun merajinkan diri untuk memerap ayam. Petang tunggu masuk oven saja.
Memjadi dgn jayanya ayam panggangku
Ayam Panggang ala Kenny Rogers
CnP : Hana Memori
Kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan
Cara-cara
Tengah memerapkan diri. Awal2 siapkan N3. Nnt dh bako kita letak pula gambar yg dh siap, itu pun kalau x kelam kabut.
Memjadi dgn jayanya ayam panggangku
Ayam Panggang ala Kenny Rogers
CnP : Hana Memori
Kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
- Bahan-2 untuk make up ayam :
- 3 biji bawang besar
- 4 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
- 2 sudu besar madu
- 1 ketul kiub ayam Knorr
- 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
- 2 sudu besar herba campuran
- 1 1/2 sudu teh garam halus
- Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
- Sedikit mentega
- Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
- Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
- Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
- Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
- Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
Friday, May 11, 2018
Gertak Setelu / Jambatan sementara Setelu Gua Musang
Assalamualikum dan selamat petang. 11.5.18. Malaysia berwajah baru dgn PM baru Tun M perdana menteri yg ke 4 dan ke 7.
8.5.18 hari tu blk kampung melalui Gua Musang /Dabong / Jeli. Jambatan Setelu ini wajib kena lalu. Kami selalu memilih laluan ini kerana tak perlu menempuh jemmmm yg lama di jalan utama Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Tanah Merah.
Biasanya kalo sampai waktu siang kami akan melalui jalan ini. Tak pernah pula lalu waktu malam sebab keadaan jln berbukit2 dan hutan.
Jommm tgk. Setiap kali lalu mesti tangan ni nk ambil gambar sokmo
Masa cuti sekolah bln 3 hari tu. 18.3.18
18.3.18. Jambatan baru in progress.
8.5.18
8.5.18
Masa blk mengundi 8.5.18.

Subscribe to:
Posts (Atom)