Wednesday, March 23, 2011

DULCE LE LECHE

Assalamualaikum buat semua, berlipat2 dan terbelit  lidah nak menyebut nama dulce le leche ni kan. Agaknya bahasa Argentina la kut, sebab empunya resepi kata dari Argentina. 


 Walaupun caranya mudah yang amat untuk membuatnya, tapi haruslah mempunyai kesabaran dan daya ingatan yang kuat, kerana susu hendaklah direbus selama 2 jam. Api.... bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Oleh itu berhati2 lah ya.


Teringin nak cuba resipi ni bila tengok nOOrsha hantar laporan kat myresipi. Sebelum ni ada gak tengok Hana isteri Dr Hamzah tu buat. Rasanya dah ramai yang mencuba, akk je yang ketinggalan keretapi ni huhuhu.


Rasanya sedap lemak manis dan berkrimmmm dia sukai ramai.


beginilah hasil dari susu yang dimasak selama 2 jam


Dalam tin lagi....


Jom kita tengok resipi yang paling senang nak buat tapi perlu kesabaran menunggu 2 jam. Resipi kepunyaan beldandy @ myresipi }~


resipi beldandy @ myresipi


DULCE LE LECHE


Bahan-bahan ( 1 tin )


1 tin susu pekat manis. Pilih brand kesukaan masing2.
Cara-cara


Buangkan kertas pembalut tin susu tersebut. Rendam dalam periuk besar. Boleh rebus 2-3 tin sekaligus) Pastikan paras air sentiasa 2 inci menenggelami tin susu.


Rebus pada api sederhana selama dua jam. Kalau nak lebih pekat lagi rebus 3 jam.


Tutup api dan biarkan sejuk. Setelah sejuk buka tin dan transferkan caramel ke dalam bekas plastic kedap udara. simpan dlm fridge


****** mekasih buat HaSue ..akk dah pandai tengokkk tu dah tak ada garis2 dah mekasih daun keladi Sue *******
enak dimakan ngan roti ni, boleh ganti kaya.



13 comments:

wah kak liza pun dah membuat tak boleh tahan ni
 
haaa..dah pandai dah akak..takde garis dah..hihi..

aritu carik gak susu pekat nih kak..tapi takde lak kat kedai tuh..yg ada krimer manis jek..kalo guna krimer manis kan x jadik..huhu.. akak wat makan roti je ke dulce tuh?bak ler setin..akak rebus brp tin nih?hihi
 
assalam rosaliza...bukan rosa je yang ketinggalan..akak pun sama..
macam rupa kaya je ye..
 
}~ Chik Mimi..assalam mimi...itu la org dah lama buat akk baru je nak mula heheh
 
Ermmm dulce de leche! Sedap hingga menjilat jari! Baru buat brownies hari tu...ada lagi stok ddl ni. Mkn ngan aiskrim vanila..perghhhhh! ;)
 
}~ HaSue...heheh mekasih sue, mmg dah jadi pun tima kasih banyak2..kalo tak sampai akhirnya dok bergaris gitu.

Akk guna susu krimer je sue..ok gak brand dairy champ, pagi tadi rebus, abe pun pelik nape rebus tin heheh

Ptg ni buat mkn ngan roti je..tu yg senangnya heheh,nak buat kukis ambil masa lak. mekasih sue
 
}~ Kak Erna..a,a kak rupa dia mcm kaya , rasanya lemak berkrimmm, anak2 suka la, manis2 lemak berkrimm ni .

Saya pun selalu ketinggalan je kak heheh, tak sempat nak kejar blogger2 tersohor yang lain
 
}~ Love2cook..hai love..oh love pun dah buat ke...oh ya ke sedap..kalo gitu nak kena cari eskrem vanilla juga lah heheh..tq love..nak g skodeng imah love jap ni
 
salam kak..maaf lah ye lama benar dah tak singgah.. :) cikmin ni seminggu sekali rebus 3 tin sekaligus..wajib 3 jam..mmg kena pakai F&N susu isian pekat manis..mahal jugak susu tu setin..tapi sodap kan kak..hihihi..
 
makan dengan macaron sedap kak..bila nak sampai seru buat macaron ni... :P
 
Salam rinduuu kak...hehe lama tak singgah sini..mcm2 dh terlepas ni...DDL pun dah sampai dapur akak dah dapur saya jer lum lagi ni...sedapnya..:)
 
tin tu x meletup kak kak kalau men letak macam tu ja atas api??

Bawak pandai isi tak pandai
 
Akk dh tkr kamera baru ke? Gmbr dh ok ni.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...