Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Tuesday, March 1, 2011

NASI LEMAK HALBA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Pagi subuh2 hari lagi dah hujan, sejuk n nyaman je terasa. Bila sedut udara kat luar rumah terasa segar sangat.

Pagi ni anak Afiqah ada  perlawanan hoki peringkat zon bangsar di stadium pantai, dari tahun lepas lagi Eqa dapat mewakili SKBB. Harap2 sekolahnya akan berjaya ke peringkat akhir seperti tahun lepas juga. Jap lagi akk pun nak pergi tengok juga lah bagi sokongan kat dia.

Bercerita pada menu nasi lemak halba ni. Dah ramai yang masak nasi lemak letak halba ni. Akk baru nak cuba. Akk tak pasti resipi kepunyaan siapa sebenarnya, akk cuma agak2 je bahan2nya. Selalunya bila masak nasi lemak akk cuma letak daun pandan, santan,gula dan garam je. Kali ini akk letak daun pandan, gula, garam, bawang putih hiris, halia hiris, dan halba. Masak tengah masak tu harumnya bau, macam nasi dagang pulak baunya.

Bila makan tu tak usah nak citerlah anak2 n my abe akk suka sangat makan bertambah2, suka pulak, bila mencuba sesuatu yg baru dan di sukai oleh famili . Akk masak sambal sotong dan telor je. Oh ya lupa lak sayur kangkung sekali. Ini kes terkenang zaman2 akk kerja dulu, masa tu akk dok ngan makcik akk kat Taman Subang, ada seorang makcik tu dia jual nasi lemak ngan sayur kangkung, sedap pulak tu, akk suka sangat beli nasi lemak ngan dia. Bila ada sayur kangkung akk gorenglah n mkn dengan nasi lemak.

Panjang lak cerita hari ni....cover yang semlm tak nulis heheh. Mai lah kalo ada sapa2 nak tgk nasi lemak akk ni. Oh ya lupa lak, akk masak nasi ni hari sabtu lepas..bermakna mmg sah2 dah habis }~



Nampak simple je tapi sedap dan harum je

6 comments:

akakkkkkk..
sihat ker?
ishh pernahs ekali makan nasi lemak halba neh.rupanya mmg best wangiii je..nak try gak nanti kak
 
salam kak..sedap tu...masa kat sijangkang dulu..orang jawa suka masak nasi lemak letak halba..wangi je kan baunya..
 
}~ Assalam Izah...akk sihat sihat aje, mekasih izah. Memang sedap sangat nasi lemak halba ni
 
}~ Suri solehah...oh resipi asal dari org jawa kut suri. mmg sedap n wangi
 
tak pernah cuba laa letak halba kak..sedap ekk??lenkali leh try nih..ni dah lama x makan nasik lemak..huhu
 
}~ Hasue...akk pun first time letak halaba tu sue, mmg sedap lebih2 lagi bila tgk abe bertambah2 mkn heheh, kalo tambah2 tu sedap la, kalo tambah sekali biasa je tu heheh
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...