Assalam buat semua, hari ni teringin nak makan dan buat kuih tradisi Kelate yang sangat popular dimasa akk kecil2 dahulu. sekarang ni payah sikit nak dapat, tapi ada juga orang jual waktu pagi. Masa akk kecil2 dulu bonda akk selalu buat untuk sarapan.
Akk caling2 bomda minta resipi darinya...bonda sendiri pun dah lupa sukatannya, masa masak dulu main campur2 n godek2 je terus jadi, tak ada sukat2 pun. Akk pun godek2 kat dapur, sib baik menjadi dan rasanya boleh tahan.
TEPUNG APAM KELANTAN
1 cawan tepung beras
3/4 cawan air
10 biji lada hitam di tumbuk halus
3 ketul tapai ubi yang kecil - kalo besar memadai 1 ketul sahaja
( boleh juga di ganti dengan pisang ) - di lecek halus
1 sudu teh yis mauripan
1/2 sudu teh garam
1 - 2 sudu besar gula
Kelapa parut + garam secukupnya
CARA - CARA MEMBUATNYA
Satukan kesemua bahan2 diatas, kemudian biarkan selama 1 jam, Panaskan kuali dan lenserkan sedikit minyak, masukkan 2 sudu bancuhan tadi. Tutup kuali, apa bila hampir masak terbalikkan, kemudian angkat. ( akk dapat 5 biji ) . Guna api yang perlahan.
Sekiranya guna kuali yang tak melekat ( non stick pan ) yang kecil,hasilnya lagi memuaskan. Akk guna kuali biasa je. Sedap dimakan panas2.
rupa paras tak berapa elok, rasanya best. Ada sesetengah tu tambah serai, bawang merah dan halia
Buat adik2 akk linapg, En Daun, egie azira, alla n ayunalisa, resipi dh ada leh lah cuba hehe
Saturday, March 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
yg step leh ganti ngan pisang tu tapai ubi tu ke kak?tapai ubi atau pisang ek?
Post a Comment