Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 3, 2011

TEPUNG PELITA MODEN

Assalam buat semua, tepung pelita yang sudah lama akk buat ni, kal tak silap sabtu lepas atas permintaan anak akk yang suka sangat dengan tepung pelita, cuma mamanya je malas nak buat. Mula tu dia suruh buat guna daun pisang, akk ckp, tak dapat la makan yang mama buat. Kalo dalam bekas ok je boleh la buat bukan payah mana pun. Hari tu bekas kecil2 tu tak cukup ada 8 je, akk pun masukkan dalam loyang, letak gula banyak2 sikit, sedap juga lah, nak makan cedok je dalam mangkuk.

1 pic je sempat ambil, bateri habis,..sedap makan sejuk2. Akk selalu guna sukatan biasa yang akk buat je rasanya mmg sedap n lembut je}~

BAHAN - BAHAN

Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
4 cawan air
sedikit pewarna hijau
1 sudu besar air kapur


~ Di dalam bekas satukan kesemua bahan2 di atas. Tapiskan kedalam kuali dan kacau hingga agak pekat. Sila guna sudip/ spatula besi agar tidak berkerak n melekat didasar kuali.   Gunakan api yang sederhana. 




Lapisan Atas ( Putih )
1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan  - 1 cawan santan pekat + 2 cawan air )
Garam secukup rasa - rasa lemak2 sikit
~ Satukan kesemua bahan ini didalam periuk kacau sehingga pekat.


Daun pandan
Gula secukupnya

Penyediaan


~ Sediakan cup kecil / loyang  atau apa2 bekas. Potong daun padan anggaran 2 inci. Letak dibahagian bawah , selepas itu  masukkan sesudu kecil penuh gula. Kemudian diikuti adunan berwarna hijau ( masukkan menggunakan sudu ). Selepas itu masukan lapisan atas Putih ). Kukus lah selama 10 ~ 15 minit dengan menggunakan air yang telah mendidih.


Tak sempat nak BW sangat minggu ni sibuk dengan acara hoki anak akk. Esok akhir, semoga berjaya

10 comments:

sdpnyeee...
 
}~ senyumm...mmg sedap senyummm
 
eiiii...dah berpuluh tahun tak makan kuih ni, sedapnya....mintaklah sikit...
 
Assalamualaikum Rosa..akak suka mkn dlm bekas camni sebab kalau x larat nk abiskan boleh simpan balik. kuah gula tu kena banyak2 baru puas mkn.. :)
 
assalam kak....sedapnya kuih pelita ni....lum pernah buat lagi ni mkn jer pernah..hehe nanti nk cuba jugalah..:)
 
Salam Kak Liza..

Nida suka makan kuih ni tapi tak pernah buat.. sebab macam rumit jer gayanya..
 
akakkk!!!!!! maaf anda telah di tag oleh aniz..hehehe sila ke sini yer...

http://semanizstorica.blogspot.com/2011/03/contest-aksi-si-kecil-syok-tidur.html


p/s: letak gambar baby comel-comel tau
 
aduh..ni salah satu menu yg nak buat dr dulu tp x terbuat2 gak nih..bekas tu lum beli lagi..aritu beli bekas yg 4 segi jek..huhu..
tunggu bli dulu lah baru leh buat..kalo x mcm x best jek..padahal malas nak membentuk daun pisang atau daun pandan..haha..

akak,eqa darjah berapa ek??menanng tak?hehe..
 
hmm.. perubahan.: X MEN first CLASS MemboSANkan
 
suka sangat makan kuih nii..terutama kalau bulan pose mesti beli...nak buat sendiri belum pulak cuba lagi..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...