Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 9, 2012

KEK KEJU @ LIGHT CHEESE CAKE

Dah pun 9.7.12 , baru sempat nak letak n3, ruginya banyak hari tak megemas kinikan blog kesayangan ni. Sejak akhir2 ini bayak benda2 yg hendak dibuat, tapi tak terbuat2 juga, menjahit baju anak2 pun belum siap, baju mama laju siap hehe. Langsir yg ruang tamu baru siap dlm bilik baru je gunting. Hurmmm langsir umah akk ni biasa2 je jahit lurus je takde yg pelik2 heheh .
 Semalm ke Nilai lagi jalan2 cuci mata. . 


Kek Keju menjadi kesukaan anak2 kat rumah ni, tapi makan sikit2 je tapi berulang2.Sebenarnya dah lama juga akk buat kek ni, tapi hari ini baru sempat mengN3. Selepas ini insyallah akan buat lagi kek yg sangat sedap ini. Resipi ni biasa lah akk guna resipi HASUE Mekasih Sue berkongsi resipi. Akk panjangkan resipi ini seklai lagi disini


LIGHT CHEESE CAKE @ KEK KEJU

Kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja




kejadian yg serupa berulang kembali, kek menjadi 2 lapis, tapi akk suka yg mcm ni, yg kat bawah best je. tapi lagi best bila di makan yg gebu dan yang padat tu, sedap......

12 comments:

assalam rosa..walau macam mana pun kejadiannya dah pun buat sendiri kan
akak belum pernah buat sendiri
 
salam k.rosa.....harini baru sempat singgah since internet mcm siput b*b%. hehe.....singgah2 je terus terkedu tgk cheesecake akak. lama dah ros nak buat tapi mcm takut le. amatur baru nak kenal tepung ni rasa tak confident je. resepi dah berhabuk ros simpan, tapi xcuba2 lagi. ingat one fine day kena gagah buat gak ni sbb anak2 ros pun suka cheese.
 
Kak Rosa, kita dah telan2 liur, dah lama tak makan cheese cake..
 
mcm mana bole jadi 2 layer lak tu?
 
Assalamualaikum Kak Rosa,
rajinnya akak wat kek keju, dah start menjahit bagai baju raya..yatie lagilah satu apa pun tak ready lagi utk raya...he3..
 
Rosa,
Amie kalau jumpa cheese kek memang makan tak berhenti, sampai sebu perut....lagilah kalau makan dengan gang yang satu selera!
 
liza jadi 2 layer tu kira ok lah...dapat rasa 2 jenis dlm 1 adunan... kak ilah kalu mkn kek ni pasti tercekik kalu tak de air...tekak sempit kot..hehehe
 
wahhh...sedapnya kek keju..dah lama tak makan....mmng terliur tengok....
 
sedapnya chese kek..yana suka tp en.hubby pulak xsuka..sbb tu beli jer klu nk mkn..klu bt kita je laa kna abiskan.bertambah2 lah kolesnyaa hihii
 
sedapnya kak.. teringin la nk buat..
 
inila ciskek yg lama smpn ni..hihi.. yg pasti rasanya mmg beshh sgt kn.. cer try wt yg stoberi lk..sedapp
 
akakkk..yg jadi 2 layer nih cik abg pun suka yg kejadian cam puding kat bawah tu..kiranya x jadi gebu pun masih sedap kan..lama dah x wat ciskek kak..dr aritu beli cis,x terbuat gak..berkulat jugak cis tu karang..haih..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...