Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Thursday, August 16, 2012

BISKUT BATU @ ROCKY COOKIE

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua..rasanya dah ramai yg balik kampung, Tak tau nak coret apa kali ni, kain baju pun belum habis kemas lagi.

Buat pertama kali mencuba resipi kak1 ni, saya copy n paste dari myresipi, sedap biskut ni ranggup sangat n anak2 suka, 

BISKUT BATU @ ROCKY COOKIE
Resipi : Myresipi @ kak Wan citarasawan
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan ( 100 biji )

Bahan A
100ml putih telur - rosaliza guna 2 biji putih telor AA
1/8 sudu teh cream of tartar
100gm gula kaster
Bahan B
10gm tepung jagung
100gm kacang tanah - di panggang
80gm hirisan badam - di panggang
60gm coklat chips
1 sudu teh cappucino emulco / mocca / coffee- Rosaliza letak esen vanilla
Cara-cara

1. Pukul bahan A menggunakan kelajuan tinggi hingga kental dan bertanduk.
2. Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata.
3. Sudukan setengah sudu kecil ke atas loyang yang telah di gris terlebih dahulu.
4. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30-40 minit, gunakan turbo fan untuk 10 minit terakhir supaya putih telur masak sepenuhnya. Tekan dengan jari, jika atasnya masih lembut, bakar lagi sehingga atasnya keras apabila di tekan.- Rosaliza bakar suhu 140C selama 20minit, ( nota utk sendiri bakar 30 minit dh hangus n pahit sikit..)
5. Apabila biskut sejuk, terus simpan di dalam bekas kedap udara

sebelum bakar , loyang terakhir

3 comments:

Assalamualaikum Rosa Syg :D
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Kiranya Terdapat Salah Dan Silap.

Note:-
Pertama kali dengar Biskut Batu,
Biskut ni nampak macam sedap, tapi rasanya keras ke sbb dipanggil Biskut Batu?
 
selamat menyambut hari raya dari saya..maaf dipinta jika terdapat silap dan salah...kalau ada terasa hati komen2 dari saya tu yee...
 
Because the admin of this web page is working, no question very rapidly it
will be renowned, due to its quality contents.

Here is my blog ... ranger Forum
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...