Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 4, 2012

NASI KERABU

Assalamualikum buat semua, dah pun masuk hari ke  15 kita berpuasa, tak lama lagi hari raya menjelma tiba. Seronok dengar lagu raya dah pun berkumandang. Dah ramai yg sibuk membuat biskut raya pulak.

Nasi kerabu antara menu wajib di rumah kami di bulan puasa, nasi ini akk masak pada puasa ke 2 hari tu lagi, tak nyempat nak update. Sebagai rujukan akk letak resipi Yani @ Myr, tq ya yani semua resipi yani best.

NASI KERABU PERANTAU  
Resipi asal : Yani @ Myresipi

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

@@ Nasi @@

4 cwn beras
1 sudu kecil garam - akk tak letak
4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
2-3 titik pewarna kuning - akk letak kaler biru
2-3 helai daun limau purut(optional) - tak letak
1 btg serai-diketuk(optional)- saya tak letak sebab tak suka. - akk pun
@@ Sambal Tumis @@

5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit - tak letak
200ml/ 1/2 tin santan pekat
2 btg serai
2 keping asam gelugur
2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
garam dan gula melaka

@@ Sambal ikan @@

1 ekor ikan kembung- saiz besar
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut - kelapa yang digoreng hingga kuning
2 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
1 batang serai
1cm halia

@@ Kerabu @@

kubis
timun
taugeh
daun kesum

@@ Bahan lain- optional @@

solok lada
telur asin
bawang jeruk
ayam goreng kunyit
sambal belacan

Cara-cara

## Sediakan sambal tumis ##

blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak

## Masak nasi ##

Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa
.
## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
Bersih ikan dan bakar ( Embun rebus jer ). Sementara tu bolehlah goreng kelapa
Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati. ( cara embun bila kelapa kuning masukkan bahan tumbuk tadi dan digaul dlm kuali yg api masih terpasang hingga kering air bawang ).

@@ Kerabu @@

Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap
Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. 

RESIPI SOLOK LADA
 Resipi : embunrosaliza.blogspot

 Lada solok 10 biji - dibelah tengah dan keluarkan biji
1 cawan kelapa - digoreng hingga kekuningan
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
1 batang serai - dihiris nipis
10 biji lada hitam
1 biji telor
Sedikit garam n nisan/gula melaka
2 ekor ikan kembung @ apa2 ikan - direbus ngan sedikit garam, dan ambil isinya.
1/2 cawan santan sederhana pekat

*********************************************
CARA - CARA
1. Tumbuk lada hitam,serai,halia ,bawang,dan nisan, kemudian masukkan ikan, tumbuk seketika hingga bergaul mersa. Masukkan garam. 

2. Keluarkan bahan2 tumbuk tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar.  Selepas itu masukkan kelapa yang telah di goreng tadi kedalam bekas(  kalo rajin kelapa ni di tumbuk sedikit untuk menghaluskannya ). Gaul mesrakan bahan2 tersebut.

3. Pecahkan sebiji telor dan gaul rata. Kemudian bolehlah disumbatkan kedalam lada tadi. Buatlah sehingga habis

4. Susunkan didalam periuk, kemudian masukkan secawan santan. Tutup periuk dan masaklah dengan api yang perlahan sehingga kering. ( dalam 10 minit )

nota* boleh guna sebarang cili berkaler hijau, tapi kalo guna lada solok lagi best.
Nasi kerabu kali ini lengkap,  siap dengan bawang jeruk lagi...hurmmmm dap dap nya

16 comments:

assalam rosa..kalau nasi kerabu ni akak beli je>tak pernah masak sendiri..tak de bakat he he
 
memang sape yang rajin jer mampu masak nasi kerabu ni

Saya beli je kat jiran , pandai gak dia buat :)
 
Salam kak nriah nasi kerabu akak..tgk list panjangnyaaaaa...hhhu...x sesabar mane nk mnbuatnya..hulur2la sket kt pd ni..hehe:-)
 
nasi kerabu mmg feveret akak. hari2 akak mkn nasi kerabu, tak jemu lak tu
 
Nasi kerabu kekandaku mmg terbaekkk..
Buatlah time buka posa ramai2 kat kampung nnt hihihi..
 
Assalamualaikum..
sedapnyer nasi kerabu..boleh ambik resepi akak nie..tp xtau la bila br nk masak..cerewet la nk masak..he:-)
 
Buatnya tak susah tapi banyak beno bahannya ye.
 
saya pun nak buat nasi kerabu ari ni..Bulan puasa ni dah bbrapa kali buat..tapi wajib ada ikan celup tepung..hihi Memang tak jemu2 makan nasi kerabu..
 
sedappnya nasi kerabu...
mengeliurkan betoii...
mas selalu beli jerk sbb mas sorang yg makan kat rumah...
 
wah! sedapnya nasi kerabu. semalam baru nani makan nasi kerabu. itu pun makan yang orang lain butkan. kite menumpang je.
 
huwaaaaa..sedapnyaa ns kerabu..yana mcm xlarat jer nk bt sorang2..tgk list resepi..Ya Allah panjangnyaaa.. rajin netul akak bt sendiri.. klu kita berjiran dh lama yana bwk pinggan ketuk umah akk hehee..
 
mmg nyum2...nasi kerabu ni...hihi
 
As salam kak rosa,
Jumaat lps Mein buat nasik kerabu ni. First time dia cuba dn menjadi. Cuma solok lada tak blh buat sbb lada hijau utk solok mmg takdak kat sini. Resepi dh cilok dr blog akak..hehe..
 
Fibox dgr khbrnya dh diharamkan di Malaysia. Sbb tu tak keluar apa2..
 
Salam rosa., rajinnye buat nasi kerabu. Akk suka, kadang bli je bila dh tringin. Tp, sambal skit sangat, x puas mkn. Kalo la rmh kita dekat dh lama akk mintak beli sepinggan yg rosa buat tu, mahal pon xpe..hehe..
 
Tak baik tau tayang nasi kerabu mcm ni......
Keluar air lior akk, dah la teringin nasi kerabu.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...