Tuesday, August 7, 2012

ROTI PURI

Rasa sekejap sangat puasa tahun ini, hari ni dh pun masuk hari ke 18 umat islam berpuasa. Kesibukan jelas terasa heheh tah apa yg di sibukkan tu tak tau lah pulak.

Roti puri memang sentiasa menjadi kesukaan anak2 kat rumah ni, akk buat masa buka puasa, buat banyak juga, tapi semua habis. Selalunya kalo ada lebihan sambal ikan bilis, roti puri lah akk akan buat.


ROTI PURI
resipi asal : yatiezaini@myresipi
kongsi bersama: linapg & embunrosaliza

Bahan-bahan ( 12 biji )


2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air
Minyak utk mengoreng
Cara-cara

1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .


2. satukan tepung dan yis .. gaulkan


3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja


4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~

5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh

6. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil

7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen

8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...

9. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

Alhamdulillah Aqil (8tahun ) dan Adda ( 7 tahun ) berpuasa dengan jayanya sehingga hari ini, walaupun selalu bercerita pasal
 kawan2 yg tak berpuasa masa kat sekolah , minum air dan makan  depan dia.

5 comments:

Assalam kak liza,sy pon suka mkn n wat roti puri,sng n sdp kan..nak2 cich ngan sambal tumis ikn bilis ke,kuah kari ke,fuhh bestnyer,tapi lma gak xwat roti puri nih,huhu..
 
assalam rosa..nampak sedap roti ni..teringin nak buat..tapi nak tunggu cuti..tkut tk sempat nanti
 
Assalamualaikum Kak Rosa,
sedap wat berbuka puasa ngan roti puri ni...terliur je di buatnya..
 
assalam kak rosa..aisey posa tahun ni xwat lagik la roti puri yg menjadi menu wajib bulan posa...
 
cicah kari pun sodap ni kak..tak pun asak je inti kat dlm.hehe
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...