Thursday, August 30, 2012

TERIMA KASIH....SAYANG

Selamat pagi buat semua, terima kasih di ucapkan pada my abe kerana memahami betapa susahnya isterinya bila mesin basuh rosak, dan telah menggantikan yg baru. Sebenarnya mesin basuh lama akk tu meragam masa bulan puasa lagi, kekadang tak lekat air, masuk air terus keluar, pas tu spin pun kekadang kering elok je kekadang tu basah lenjun. Kesian juga mesin basuh tu dah uzur sangat, berkhidmat untuk akk lebih kurang 16 tahun lalu. Sebelum raya tu my abe dh nak beli baru, tapi akk tak setuju kerana byk juga nak habiskan duit utk keperluan raya.

Selepas balik dari kampung kain baju menggunung terbawa ke hari jumaat bertambah2 lah gunung ganang kain baju kami yg famili besar ini.Hari jumaat tu my abe ada urusan penting. Semoga impian my abe tu tercapai untuk ke dua2 destinasi berbeza walaupun jauh beribu batu  dalam masa yg hampir sama . Sebenarnya akk nak mesin basuh tu sebelum my abe berangkat kesana.

Pagi sabtu ( 25.8.12 ) yg tenang dan kain yg bertambah2, my abe keluar sorang diri, rupanya nak suprisekan akk. Terima kasih banyak2 . Sebagai kenagan dan tanda penghargaan buat suami tersayang akk tepek gambar disini.




Akk masih setia dengan jenama toshiba. Alhamdulillah syukur tak terkata . Jangan ada yg meluat  atau muntah ijo ya, , sekadar berkongsi kegembiraan  saje

15 comments:

ehh, sama mcm dekat rumah kita la, heheh ;)
 
mesin basuh kat umah liza ni pun selalu meragam jugak, kdg2 tu dia blh pulak stop dgn sndiri, suka hati mak bapak dia je kan...hihihii
tp selagi blh guna, akan kuperah keringatmu hingga hujung nyawa...kejam tak? hihihihii
 
Rosa... kalau mesin basuh rosak, macam patah sayap sebelah ye he he hehh...
 
16 tahun? wah lamanya mesin basuh lama berkhidmat.. harap2 yangni pun boleh berkhidmat lama mcmtu.. tp kang saya perasan, skangni barang2 elektrik cepat rosak, tak macam dulu, tahan berpuluh taun
 
kira lama juga dia berkhidmat.. 16 thn.. mesin basuh sy dah lama jugak tukar.. rasa dlm 2,3 thn lepas.. adalah lebih kurang 10 tahun kot berkhidmat.. gitu gak ngan peti sejuk pun dh tukar.. pendek kata sejak kawin hamir 13 tahun... dah byk juga peralatan lektrik yg perlu tukar sbb rosak selain mesin basuh, peti sejuk.. tv pun dah tukar jugak.. sabar jelah.. heee...
 
Wah 9 kg tu... Blh la akak basuh kain baju byk2.
 
Zaman ni kalau takde mesin basuh, boleh fengsan dlm bilik air.....seronok ler dpt baru....akk punya jenama LG pun ok jg, dah 10thn rasanya.
 
16 tahun...lama tu, mmng berbaloi beli....
Kalau tak de mesin basuh..memang tak terrbasuhlah kain bajukan.....nak basuh guna tangan mmng tak larat...
 
hari ni baru nk rasmi mesin basuh 2,...dah menimbun baju kna basuh ni..hehe
 
Assallamualaikkum kak Liza aka kak Rosa..

Kak, amboiii dapat mesin basuh baru ye.. Nak jugak..heheheee.. MMesin basuh Naz pun cam dah mula nak buat hal tu.. Harap2 biarlah lama lagi bertahan...
 
cantik nye mesin baru..mesti dah rasmi dah ni..kekeke...
 
Tahniah kakk..dpt hadiah raya..hehe
mmg lomantik je cik abg akak tu sukerrrr je wat surprise kan.hihiii...mesti berbunga jer perasaan ms kotak tu kena angkut masuk dlm.hee...
 
Assalamualaikum kak Rosa...Salam Aidilfitri, maaf dipinta jika ada tersalah bicara ya! Lama betul tak dtg sini, rindu la, lepak lama sikit kat sini boleh kan! Sape tak suka dpt surprise mcm ni, cantik pulak tu. Pandai cik abe kak rosa pilih sorang2, kalau my cik abe jgn harap la nak reti pilih benda2 mcm ni, semua kena aii temankan..huhu.. :))
 
wahh bestkan dpt mesin basuh baru..umah kita pun br tukar tahun lepas setelah hampir 10 tahun x tukar..hehe! salam lebaran & maaf zahir batin wat liza sekeluarga ye!
 
Aik..ilang lak komen...best2 dapat mesin basuh baru..senang kije mendobi sekali harung selesai basuh baju suma askar2 dalam umah tu..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...